MAJALAHWM.COM
Make Today Amazing
Sepetang penuh bermakna bagi kami di Majalahwm.com. ‘Make Today Amazing’ ya, setelah lebih setahun kita duduk di rumah, tiba masa kita raikan hidup dalam era norma baru yang mengekalkan SOP semestinya, dengan bilangan tetamu terpaksa dihadkan.
“Sudah terlalu lama kita tidak bersama dalam suasana indah begini kan,” kata Bon Zainal sebaik mengambil tempat duduknya. “Rasa macam ‘hidup semula.” sambut Nora Muhamed. “Kita mahu menghidupkan kembali saat-saat gemilang bersantai bersama teman dan rakan taulan,” jawab Suhara. Selain klien dan rakan Media, majlis juga menerima kehadiran teman-teman yang selama ini banyak memberikan kerjasama dan kata-kata perangsang kepada saya dan Mahani seperti Datuk Paduka Temenggung Nora Abdullah, Datin Norma Norell, MadameTessie Lim, YM Raja Azam Baeizah, Soo She Ping, dan Selina Yeop jr antara.
Melangkah masuk ke ruang tamu Ficus Bistro ‘the most happening Bistro to date’ tetamu sudah merasai kenyamanan suasananya. Dekorasi seperti di rumah sendiri, cantik lagi selesa dan tidak menjemukan. Setiap korner diberikan tumpuan, dihiasi mengikut citarasa pemilik yang mahu setiap pengunjung merasai kedamaian. Lukisan-lukisan dari jejarinya sendiri yang di dalam bingkai yang indah menghiasi ruang tamunya. Pohon Ficus memberikan kesegaran. Di atas almari-almari terdapat buku-buku dan majalah, menambah cantik dihiasi dengan pasu-pasu kastus. Di laman tingkap-tingkap kecil dengan ‘blind’nya dihiasi lagi dengan aneka dekorasi kecil, hanya anda yang pernah ke sini akan merasai betapa cantiknya tempat ini. “Terima kasih kepada majalahwm.com kerana sudi meraikan tetamu anda di Ficus Bistro,” kata tuan punya Ficus Bistro, Iliyana Zakaria.
Sedikit mengenai Majalahwm.com. Ia ditubuhkan pada 2016 kerana rasa kecintaan saya dalam dunia penerbitan. Seperti yang saya sebut dalam ucapan tempuh hari, saya boleh pencen dan duduk goyang kaki, jika saya mahu, tetapi otak ini rasanya masih ‘muda’ dan mahu terus bercerita. Otak ini masih mampu menyumbangkan sesuatu, otak ini masih boleh berfikir waras dan rakan serta anak-anak saya di luar sana masih mengalu-alukan tulisan saya. Saya juga tidak mahu ia beku sebelum sampai waktu, dan sehinggalah jejari ini tidak lagi berupaya untuk menaip dan otak sudah lemah, kurang berfungsi, hanya pada waktu itu saya akan berhenti. Doakan saya sihat begini supaya maju berkarya.
Juga memandangkan majalah fizikal sudah tidak relevan lagi, kerana pembacanya lebih 80 peratus adalah wanita dan tidak lagi merasakan thrill untuk ke Kunikuniya atau MPH dan mana-mana toko buku mahupun ke kedai-kedai runcit mamak hanya untuk membeli majalah. Sesuai peredaran waktu, saya memilih mengadakannya secara online, dan antara yang terawal berbuat demikian. Sudah pasti ia mendapat respon yang cukup membanggakan. Ramai merasakan pilihan yang tepat, kerana bisa sahaja membacanya di mana sahaja, di dalam LRT, MRT, ketika santai bersama keluarga, sambil menemani anak bermain, sang ibu hanya perlukan telefon untuk mendapatkan sebarang maklumat. Kala berehat di katil sebelum mata mahu dilelap, carian www.majalahw.com pasti menambah ilmu, ilmu dunia, ilmu agama.Tiada yang kurangnya di majalahwm ini, daripada fesyen ke kecantikan, kesihatan, hiburan, agama dan gaya hidup dan aneka yang lain. WM juga menyajikan yang terkini, kisah semasa dan antarabangsa. Menariknya pada keluaran ini. kami telah membuat ‘facelift’ kepada majalahwm.com lagi friendly dan lagi happening. Akan ada column bahasa Inggeris, (kerana ramai mahukannya dwi bahasa ini daripada tinjauan yang kami adakan) merasakan tiba masa untuk diberi dalam dua versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Tunggu, majalah ini akan mengadakan lebih banyak ruang menarik untuk bacaan anda. Pasti sejam dua tidak cukup untuk khatam. InshaAllah banyak lagi yang bakal anda alami di majalah yang satu ini, majalah yang menyeronokkan anda di dunia dan menyenangkan anda di akhirat.
“I just enjoy lying on the couch and reading magazines,” David Sedaris. Ingat Jennifer Aniston, apa katanya tentang majalah. “I was always reading those beauty magazine and wanting to become this unattainable thing.” “Reading for me will be a combination of books, magazines, tumbir and just kind of Web in general on the iPad.” David Karp.
Disember 2019, sebelum covid 19 melanda, kami sempat meraikan hampir 400 tetamu, secara gilang-germilang di Palace Of The Golden Horses. Sejarah diukir bagi majalahwm.com kerana rakan seperjuangan saya, dari di Jelita kemudian di majalah Wanita, menyertai saya; Together We Are Stronger. Kehadiran Mahani Awang menyertai majalah ini, memberikan impak yang besar terhadap dunia penerbitan majalah ini. Pastinya tindak balas daripada pembaca amat mengalakkan dengan viewer majalah sudah ke angkat empat juta. Kami bangga kerana kami masih relevan dan disenangi peminat, kami bangga dapat menyumbang serba sedikit cara kami untuk masyarakat di luar sana. Kami bangga menjadi ikon kepada generasi muda dan kami akan teruskan perjuangan selagi mampu dan bernyawa. Terus menggalakkan anak-anak muda membaca, kerana membaca adalah sumber ilmu terpenting. Ilmu dalam buku/majalah adalah warisan berharga yang ditinggalkan kaum genius kepada kemanusiaan dan diberikan turun temurun kepada anak cucu.
Majlis sepetang bersama majalahwm.com akan terus menjadi kenangan bila tiga wanita ulung, Datin Norma Norell Founder/Managing Director Norma Norell (M) Sdn Bhd, Madame Tessie Lim, Founder CEO World Centre of Personal Excellence Coaching & Training dan Puan Adlina Juliana, CEO Perbadanan Nasional Berhad dijemput ke pentas memberikan buah fikiran tentang cabaran dan harapan mereka saat dunia masih dalam himpitan penangan covid19, di ketika ramai di dalam kegusaran dan kesukaran menghadapi pandemik, dan bagaimana untuk bangun andai tersungkur, sesuai dengan tema Hari Wanita Sedunia – Choose to Challenge.’ Majlis juga memperkenalkan Puan Adlina Burhan daripada AB & Artho yang akan mengetahui Bahagian Pengiklanan dan Pemasaran Majalahwm.com.
Tetamu pulang seribu kenangan, set hidangannya yang bukan sahaja berhias cantik lagi terlalu sedap dan ramai mahu datang lagi mengulangi hidangan yang dapurnya diketuai oleh tuan punya restoran itu sendiri, Iliyana Zakaria.
MajalahWM.com juga mengucapkan terima kasih kepada invidu tertentu Raja Azam Baeizah daripada RA8, Anna Ghani dari Guinot Paris, Janna dan Farah NuSkin Beauty, Yani Baktier, Yan Collection, Fazilla SLAE be it, dan dan penyumbang lain di petang yang indah ini.