FESYEN

Yves Saint Laurent Fall PFW 2019

[vc_row][vc_column][vc_column_text]Hitam menjadi latar pertunjukan – kosong – tetapi kemudian dihidupkan dengan lampu-lampu putih di sekelilingnya, memberi kontra kepada latar gelap. Dan serentak itu, barisan model berjalan dalam gerak langkah yang sama, menggayakan pakaian yang biasa dengan estetika YSL iaitu gelap dan moody.

Anthony Vaccarello, pengarah kreatif jenama ini mencedok idea 80-an untuk koleksinya. Untuk itu anda boleh menjangka adanya skirt pendek, berbahu besar, sepatu tumit tinggi, selain penambahan seperti bulu, cetakan haiwan dan sekuin – termasuk untuk pakaian lelaki.

Sekitar minit ke 12 mood pertunjukan berubah, lampu lebih bergemerlapan, muzik pula lebih rancak. Dan keluar model-model dalam helaian neon keseluruhannya, daripada aksesori di kepala hingga sepatu di kaki. Walaupun dewan yang gelap gelita hanya berpandukan kepada lampu bergemerlap dan warna neon daripada setiap koleksi, tetapi tetamu masih boleh melihat dengan jelas setiap yang diperagakan.

Melihat kembali pertunjukan ini, pada saya penggunaan neon menawarkan sesuatu yang berbeza buat jenama ini. Mungkin juga kita boleh katakan ia sebagai bab baru untuk Saint Laurent… siapa tahu?[/vc_column_text][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8865″][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8862″][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8863″][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8864″][thb_gap height=”40″][/vc_column][/vc_row]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button