Oleh: Pengasas Sun Leaf, Michelle Hee
Saya mengalami thalassemia dan keadaan badan juga sangat lemah, sehingga apabila lapar tangan akan menggeletar dan membuatkan saya berasa sangat tidak selesa. Saya tidak boleh mengambil ubat pelangsingan dan teman-teman tahu bahawa saya tidak sepatutnya menggunakan sembarangan produk pelangsingan, untuk mengelakkan gangguan jantung dan membawa kepada masalah kesihatan lain seperti sukar tidur.
Dengan tekad untuk ramping, saya menandatangani pakej lima tahun dengan sebuah kelab kesihatan wanita di Starhill Gallery beberapa tahun lalu. Sejak itu, saya pergi ke gimnasium sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu dan juga menghadiri kursus latihan lain. Selain itu, saya cuba mengurangkan pengambilan makanan tidak berkhasiat sebanyak mungkin, sehingga saya hanya makan salad semasa makan malam, dan kadang-kala buah-buahan untuk waktu makan biasa seperti sarapan pagi. Diet mendatangkan masalah perut seperti kembung dan muntah hampir setiap hari membuatkan saya merasa sangat tidak selesa. Saya bergantung kepada ubat-ubatan yang dibeli dari farmasi untuk mengatasi masalah kembung, tetapi masalah yang saya alami tidak menunjukkan perubahan. Tubuh saya juga kelihatan lebih besar tambahan pula saya berbadan tegap. Sebagai wanita pertengahan umur, saya senantiasa mengagumi perempuan muda dan langsing.
Saya juga menghidapi sembelit sejak sekolah menengah. Kerana kurangnya pengetahuan tentang produk kesihatan, saya akan membeli teh kurus untuk mengurangkan masalah yang saya alami.
Sejak mula bekerja, untuk mengatasi masalah sembelit saya mengamalkan beberapa makanan diet yang kaya dengan serat yang dibeli daripada rakan-rakan yang melakukan jualan langsung. Pada orang ramai, sembelit bukanlah satu hal yang membimbangkan. Mereka menganggap selagi anda buang air besar sekali setiap dua atau tiga kali sehari, ianya adalah normal. Oleh itu, saya tidak perlu ketahui lebih banyak mengenai sembelit, seperti punca dan kesan negatifnya terhadap kesihatan.
Satu-satunya yang ada dalam fikiran saya ialah bekerja keras dan mendapatkan wang sebanyak mungkin. Saya tidak peduli dengan makanan tambahan dan tidak mengambil tahu tentang produk penjagaan kesihatan. Saya fikir suppliment adalah mahal. Ia tidak berbaloi dan tidak perlu membelanjakan wang membeli suppliment. Saya begitu naif dan tidak pernah terfikir untuk melakukan sebarang pemeriksaan. Suatu hari ketika di pejabat, kerana rasa pening yang datang secara tiba-tiba, saya rebah ke lantai dengan hentakan kuat. Nasib saya baik kerana tidak mengalami kecederaan kerana lantai pejabat dilitupi permaidani. Selepas melakukan pemeriksaan, doktor memberitahu saya mengalami thalassemia. Saya tertanya apakah itu thalassemia?
Pada pendapat saya, kita harus bertanggungjawab atas kesihatan diri. Walaupun kita tidak diberikan sebarang pilihan ketika dilahirkan, tetapi kunci untuk segala yang berpotensi dialami pada masa akan datang terletak di tangan kita sendiri. Penyakit keturunan tidak dapat diubah, tetapi pastinya kita boleh memperbaiki keadaannya dan mengambil langkah pencegahan.
Masalah kesihatan yang saya alami sebelum ini menyebabkan saya menubuhkan jenama Sun Leaf bersama beberapa rakan yang sangat cemerlang.
Sun Leaf:
- Matahari adalah ‘tuhan’ alam semesta, kuasa hidup;
- Pengabdiannya kepada kehidupan adalah tanpa syarat.
- Beribu-ribu nyawa tumbuh di bawah matahari. Di mana ada sinar matahari, di situ ada nyawa dan ini membentuk dasar semangat usahawan yang dipercayai oleh Sun Leaf!
- Rasa indah bermula di sini!
Ramai teman menyangka saya telah kurus. Ya, mereka betul. Saya telah kehilangan berat badan dengan ketara! Wanita seeloknya miliki potongan badan yang langsing dan tidak boleh mengambil ringan akan hal ini dalam jangka masa panjang. Kelangsingan menggambarkan keyakinan, keinginan, sentuhan sensasi dan semangat yang terletak dalam diri wanita. Bermula daripada alam sekolah menengah dan seterusnya, setiap wanita perlu menyedari hubungan antara ‘kelangsingan’ dan ‘kecantikan’ dan ini juga merupakan topik yang sering menjadi perbualan. Kedua-dua perkataan ini perlahan-lahan menjadi sebahagian penting dan misi kehidupan kita.
Tidak ada jalan mudah untuk memperolehi badan yang langsing. Untuk mengurangkan berat, kita perlu melihat beberapa aspek terutama gaya hidup, tabiat makan dan disiplin. Pertama sekali, kita mesti melakukan detoks. Detoksifikasi juga bagus untuk kulit dan complexion. Jika anda enggan mengambil langkah pertama dalam menurunkan berat badan, maka anda akan merasa sangat sukar untuk mencapai matlamat ini.
Untuk menikmati kejayaan hebat dalam kehidupan, wanita harus tahu bagaimana menjaga diri mereka, baik daripada segi mental dan fizikal!
“KESIHATAN. KEGEMBIRAAN. KECANTIKAN. KEJAYAAN”
Takrif saya tentang kejayaan:
1) Memiliki tubuh yang sihat, kuat dan pemikiran jelas yang dapat memanjat Tembok Besar China walaupun pada usia 70-an dan 80-an!
2) Bebas masalah kewangan dan berkemampuan menikmati percutian enam bintang mengelilingi dunia tanpa perlu risau!
3) Melatih lebih ramai pemimpin dan bakat, dan membimbing ramai orang ke arah kejayaan!
4) Untuk terus meningkatkan dan menaik taraf pengetahuan dan keupayaan diri, memacu setiap ahli pasukan untuk mempunyai aspirasi tinggi!
5) Memberi bantuan kepada organisasi kebajikan seperti rumah anak yatim dan rumah orang tua.
*Nantikan isu akan datang kerana Michelle Hee akan membongkar kelebihan produk Sun Leaf!