CANTIK

Tips Mencantikkan Payudara Setelah Bersalin

[vc_row][vc_column][vc_column_text]Ibu-ibu yang menyusukan anak bangga kerana bayi diberikan susu yang terbaik yakni susu badan, ya susu si ibu. Namun apa yang terjadi, ramai pula yang merasakan, buah dada mereka kendur dan mengecil dik kerana menyusukan bayi.

Apakah kerana takut kendur, anda menolak untuk menyusukan bayi? Jangan ini dijadikan alasan, kerana kebaikan menyusukan bayi terlalu banyak, baik bagi bayi sendiri mahupun ibu yang menyusukannya. Oleh yang demikian ikuti beberapa tips mencantikkan buah dada, waktu sama anak membesar sihat malah lebih pintar.

Payudara aset terpenting wanita

Payudara antara aset terpenting buat seorang wanita. Mempunyai payudara yang tegang dan cantik menjadi setiap idaman wanita, namun tidak semua wanita memperolehi sifat payudara yang sedemikian. Kepada yang ingin mempunyai payudara sedemikian perlulah berusaha sebaik mungkin untuk mendapat payudara yang cantik dan sempurna. Berikut adalah beberapa petua orang tua yang boleh diamalkan untuk tujuan tersebut.

Petua Mencantikkan Payudara
Panaskan dua sudu minyak sapi kemudian biarkan sejuk. Sapu dan urutkan di sekeliling payudara selama 15 minit. Basahkan tuala dengan air suam. Lap sehingga bersih. Lagi satu petua, Tumbuk 10 ulas bawang merah hingga halus. Sapukan di sekitar payudara, jangan terkena putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dan bilas dengan air bersih.

Petua Menegangkan Payudara
Wanita yang sudah bersalin akan mengalami masalah buah dada menjadi kendur tidak bermaya seperti dahulu. 1) Dapatkan beberapa helai daun sirih, ianya berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan ia kering dan dibuat berulang kali.

Menurut orang tua yang memberikan petua ini, petua ini dipanggil ‘Petua Sayang Suami’.� Semoga kebahagiaan rumahtangga puan-puan akan bertambah seri lagi dengan kehadiran cahaya mata dan tubuh badan yang menawan. Bersama-samalah kita amalkan. Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut tika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 20 minit. Lakukan dua kali seminggu. Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Buat tiga kali seminggu. Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam. Insha-Allah mujarab.

Memerahkan Puting Yang Lebam
Puting payudara yang kelihatan lebam dan hitam dapat dikembalikan kepada warna asal. Ambil tiga helai sireh dan tumbuk sehingga menghasilkan air berwarna merah. Perah air sireh ini dan sapukan di sekitar puting . Lakukan setiap malam sehingga berhasil.

Memulih Puting Dari Retak-Retak
Untuk memulihkan retakan pada puting, ambil minyak kelapa hijau dan campurkan sedikit halba. Sapukan pada hujung puting anda. Jangan lakukan ketika menyusu anak.

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button