Seorang teman memiliki lebih seribu sunglasses pelbagai bentuk. Katanya dia tidak boleh tengok dan mesti beli. “Saya lebih suka beli kaca mata hitam daripada baju dan kasut… “I’m addicted to it,” beritahunya dan minta diberitahu trend terkini di musim ini.
Memang tidak mudah mencari satu yang sesuai, anda perlu mencuba satu demi satu bagi mendapatkan yang paling sesuai, dan hasilnya mengujakan membuat orang juga menoleh pandang.
Embellished Shapes
Dolce Gabbana dan Mui-Mui membuat gadis berkaca mata hitam melonjak gembira. Keindahan pada frame dengan hiasan mutiara serta permata aneka warna hingga 3D berbunga menghidupkan runway musim bunga panas 2018 kedua jenama ini khasnya.
Tinted Lenses – Sekitar anda lebih berwarna warni dengan kaca mata yang pelbagai warna. – tinted lenses digemari kerana anda boleh pilih apa juga warna kegembiraan disesuaikan dengan gaya hari itu. Daripada Top Shop yang sederhana harga, Agnes b yang amat selesa, hingga ke Dior yang glamor pilihan pelbagai dan menakjubkan.
Retro Cat-Eyes – Muka saya ini memang susah mendapatkan bentuk sesuai. Saya sendiri terkejut bila Retro Cat-Eyes ini sesuai sangat dengan saya. Saya nampak antara ramah dan juga sombong. And I like it. Peragawati terkenal dunia Gigi Hadid amat gemar bentuk ini, unik lagi tidak boring.
Ski Goggles – musim ini ramai yang akan mendapatkan kaca mata ala-ala ski goggles ini. Terutama pada yang senang sunglass ber’frame’ besar, ini pilihan terbaik. Dan anda tidak perlu berbelanja besar untuk memiliki gaya yang sedang panas ini, sebab jenama seperti Oakley, Quay, Karen Walker antara yang disebut menarik perhatian
FlatTop Visors
Bentuk frame amat ‘flattering’, dan gaya ala klasik ini sebenarnya sesuai untuk ramai wanita, juga sesuai bila-bila. Musim berganti musim anda tidak salah gaya dengan bentuk. Mungkin peminat Victoria Beckham mahu memilikinya satu, apa tah lagi tuan punya jenama ini tidak lekang dengan sunglass daripada koleksi Victoria Beckham.