Sementara Princess Eugenie dan Jack Brooksbank menjemput lebih ramai tetamu berbanding Meghan Markle dan Puteri Harry (lebih 850 tetamu manakala Meghan 600) di majlis perkahwinan mereka, senarai tetamu nampaknya masih tidak terbatas. Di sini kami kongsikan beberapa tetamu yang yang awalnya dikhabar bakal datang kerana hubungan rapat mereka dengan Princess Eugenie dan keluarga diraja, tetapi akhirnya tidak muncul, sama ada kerana mereka tidak dijemput atau mereka tidak dapat hadir.
Ed Sheeran
Kesibukan yang teramat menyebabkan Ed Sheeran ketinggalan menghadiri perkahwinan keluarga diraja England yang kedua tahun ini. Walaupun berhubungan baik dengan keluarga diraja, Sheeran terpaksa menolak jemputan kerana terikat dengan persembahan jelajah.
Karlie Kloss
Tidak jelas sama ada nama Karlie Kloss turut berada dalam senarai tetamu atau tidak, kerana dia bukanlah kawan kepada pengantin sebaliknyha merupakan kawan baik kepada pengapitnya, Princess Beatrice. Tetapi Kloss berada di New York pada hari Jumaat, jadi untuk dia terbang ke London sepertikan satu komitmen besar buatnya.
Amal dan George Clooney
Suami Puteri Eugenie, Jack Brooksbank adalah duta jenama tequila milik George Clooney, Casamigos bagi pasaran United Kingdom. Jadi mengapa tidak Clooneys menghadiri majlis itu, sementelah mereka menghadiri perkahwinan melakukan Meghan dan Harry pada Mei lalu? Semua alasan terarah kepada kesibukan jadual Clooney, apatah lagi dia baru saja menandatangani perjanjian baru dengan Paramount Pictures.
Prince Louis
Adakah Princess Eugenie membelakangi Prince Louis? Tentunya tidak. Lagipun untuk menghadiri majlis besar-besaran dan lagi dipenuhi kerlipan cahaya kamera adalah tidak sesuai untuk Prince Louis yang baru berusia lima bulan.
The Duchess of Cornwall
Ibu tiri Putera Harry, Camilla Parker Bowles tidak menghadiri perkahwinan Puteri Eugenie disebabkan oleh tugasan kerja. Di hari majlis, Duchess of Cornwall ini mengadakan tugas rasmi di Scotland dan bekerja dengan badan amal di sekolah di sana.
Ashley Benson
Beberapa hari sebelum berlangsungnya upacara diraja ini, bertebaran khabar angin tentang Cara Delevingne yang bakal hadir (dia sememangnya hadir semalam) ke majlis ini, dan peminat tertanya-tanya adakah dia akan membawa bersama teman wanitanya Ashley Benson? Malangnya seperti yang dilihat, Benson tidak menemani Delevingne dan dia kelihatan berjalan masuk ke Windsor Castle bersama Pippa Middleton
Victoria Beckham
Victoria dan David Beckham adalah salah satu pasangan yang paling banyak mendapat perhatian ketika di perkahwinan Meghan dan Harry pada Mei, jadi tentunya peminat berharap melihat kehadiran mereka lagi dihari istimewa ini. Tidak jelas apa sebabnya pasangan Beckham tidak muncul, tetapi The Mirror melaporkan bahawa Victoria tidak begitu rapat dengan Eugenie berbanding Harry dan William, jadi kemungkinan pasangan ini tidak menerima undangan.