FESYEN

Kate Moss & Anak Perempuannya, Tetamu Yang Tidak Dijangka Di Pernikahan Diraja Princess Eugenie

Modelsque tepat menerangkan gaya solekan tetamu di perkahwinan Puteri Eugenie. Untuk perkahwinan diraja kedua tahun ini yang berlangsung pada Jumaat (semalam) Eugenie dan Jack Brooksbank turut menjemput model terkenal termasuk Naomi Campbel, Cara Delevigne dan tidak ketinggalan Kate Moss.

Walaupun Moss yang hadir bersama anak perempuannya Lila Grace Moss Hack itu tidak dijangka menghadiri majlis tersebut, tetapi mereka nampaknya sama-sama menikmati keseronokan berjalan ke Windsor Castle untuk meraikan perkahwinan bersama tetamu lain.

Untuk acara istimewa ini, Moss memakai sut berbintik polka bersama topi kecil berwarna hitam dan veil, menepati protokol pakaian perkahwinan diraja. Menurut majalah People, Moss dan Eugenie saling mengenali kerana ibu Eugenie iaitu Fergie sering menyokong pertunjukan fesyen amal Fashion For Relief yang dianjurkan Naomi Campbell, yang mana Moss juga terlibat dengan badan amal ini.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”7747″][thb_gap height=”40″]

Related posts

Cara Menggayakan Pakaian Kulit Tanpa Nampak Murah

admin

2023 Fashion Trends

adminwm

Black Is Modest And Arrogant

admin

Leave a Comment