Untuk sesetengah orang, bersukan memang rengsa dan memenatkan, tetapi kalau diikutkan perasan, alamatnya di hujung usia nanti terpaksa kita berbaring kita di katil hospital. Jadi mahu tak mahu mesti juga lakukan. Yang pentingnya, mesti ada geng yang boleh memberikan kita semangat untuk fit dan lagi satu, best kalau dapat memakai persalinan yang stylish (dah nama pun era ootd) ketika bersukan.
Untuk nampak stylish walau dalam keadaan berpeluh-peluh boleh mengenakan koleksi terbaru Adidas, edisi adicolor. Cantik sangat kerana ia datang dalam kombinasi warna-warna terang sementelah inspirasinya daripada spektrum cahaya semula jadi yang biasanya dilihat pada warna pelangi, iaitu merah, oren, kuning, hijau, biru dan violet.
Berikut antara koleksi adicolor untuk wanita dan lelaki.