FESYEN

Cantiknya Gaun Pengantin Beropol ala Dress Parti yang Dipakai Pekerja Snapchat Ini

[vc_row][vc_column][vc_column_text]Cantik sungguh gaun pengantin Selby Drummond, ketua department fesyen dan kecantikan di Snapchat. Saya terjumpa gambarnya di akaun Twitter majalah Vogue, dan terus saya klik untuk saya lakukan sedikit ‘research’ tentangnya.

Ini bukan gaun pengantin biasa yang jenis konvensional atau yang dusty, sebaliknya ia direka dengan gaya dress parti, sesuai dengan DNA perekanya, Giambattista Valli yang banyak mencipta gaun couture yang fun dan happening

Dress ini mendapat inspirasi daripada gaun couture daripada pertunjukan fesyen Giambattista Valli. Sebut Valli dalam temuramah bersama Vogue, “Selby menunjukkan gambar yang dia ambil ketika menonton pertunjukan couture saya dan kata dia, ‘Saya nak dress macam ni’.”[/vc_column_text][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9972″][thb_gap height=”40″][vc_column_text]Untuk mendapatkan rekaan seperti yang dia mahukan, Selby ke butik Valli dan mencuba gaun original dari pertunjukan fesyen tersebut. Dari situ mereka berbincang mencari bahagian yang boleh ditambah baik untuk mendapatkan rekaan yang dia mahukan. Mereka berbincang tentang lengan baju, tentang kepanjangan gaun. Gaun yang asal pendek di bahagian depan, iaitu di paras peha, jadi mereka tambahkan renda untuk melihat bagaimana rupanya jika panjang sampai ke kaki. Setelah proses rekaan semula siap, satu sesi fitting dilakukan dan kali ini dia rasa mahu kurangkan ropol di bahagian bahu dan dia mahu bahagian dada diubah kepada potongan V. Perbincangan demi perbincangan dilakukan, termasuk juga bagaimana nak menyerlahkan bentuk pinggang Selby yang sudah sedia langsing. 

Ini bukan pertama kali mereka bekerjasama kerana Selby pernah menyarung gaun Giambattista Valli ke acara Met Gala. Dan dengan beberapa tahun pengalaman bekerja di Vogue menjadikan Selby memiliki pengetahuan yang arif dalam bidang fesyen dan dia juga teliti memilih persalinan untuk hari bersejarah dalam hidupnya.[/vc_column_text][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9974″][thb_gap height=”40″][vc_column_text]Perkahwinan bersama lelaki bertuah bernama Steven Dubb, yang mengepalai sebuah syarikat hartanah diadakan di satu hujung minggu yang fun dan relaks di The Belmond Cap Juluca, Anguilla Resort di kepulauan Carribean. Beberapa acara berbeza diadakan, dimulai dengan parti meraikan ketibaan tetamu di bar bernama Dune Preserve, Bankie Banx. Di acara kickoff tersebut, Selby memakai dress Valentino yang dia temui ketika menghadiri pertunjukan couture jenama tersebut. [/vc_column_text][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9975″][thb_gap height=”40″][vc_column_text]Esoknya, mereka mengadakan rehearsal dinner yang Fred Leightonmana Selby menyarung kasut Alexandre Birman dan dress ketat Dolce & Gabbana.[/vc_column_text][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9976″][thb_gap height=”40″][vc_column_text]Tiba hari yang ditunggu-tunggu, ketika matahari hampir terbenam, Selby melangkah anggun dalam dress Giambattista Valli, ke sebuah gerbang berlatar belakang lautan yang indah bagi membuat akur janji perkahwinan bersama suaminya. Selby memperindah lagi dress tersebut dengan cincin dan anting-anting daripada Fred Leighton.[/vc_column_text][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9978″][thb_gap height=”40″][vc_column_text]Seterusnya, sesi makan malam di restoran Cipriani bernama Cap Juluca, yang mana Selby mengenakan gaun kerja tangan pereka fesyen masyhur Bill Bull. Selepas selesai makan malam, Selby sekali lagi menukar persalinan. Kali ini dia menyarung dress mini Paco Rabanne dan sepatu Aquazzura, sesuai untuk mood berparti menutup acara perkahwinannya.[/vc_column_text][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9979″][thb_gap height=”40″][/vc_column][/vc_row]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button