FESYEN

Bergaya dengan Longchamp

[vc_row][vc_column][vc_column_text]Tetamu Longchamp pagi di hari pelancaran dijamu dahulu dengan aneka makanan di sebuah hotel terkemuka sebelum dibawa ke sudut Longchamp yang ketika itu antara jenama yang mengambil bahagian dalam pameran khas di ibu negara.

Tetamu terdiri daripada selebriti tanah air, editor fesyen dan beberapa kenamaan. Jelas sudut Longchamp mendapat perhatian dan kunjungan yang paling ramai.

Terkini dalam perhiasan kacamata Longchamp mengambil ilham daripada koleksi beg-beg Longchamp sendiri. Longchamp amat sinonim pada peminat beg seluruh dunia. Koleksi kaca matanya menampilkan reka bentuk feminin, warna ‘vibrant’ dan design yang sungguh innovatif. Setiap gaya bentuknya mewakili karektor jenamanya yang penuh bergaya lagi elegan, waktu sama ia sebagai penghormatan kepada warisan dan tradisi Longchamp yang amat membanggakan.

Wanita Longchamp berkongsi visi jenama ini yang bergaya dan gemarkan fesyen. Setiap perincian dan hasil tangan yang halus menjadi keutamaan ketika menggayakan. Memakainya mesti selesa dan rasa bangga. “Eyewear is a complementary and logical new product category for the Longchamp brand.

Eyewear was the missing element to complete and enhance our portfolio, and the wardrobe of the Longchamp woman.”

‘Bintang’ kepada kempen terkini ialah frame bentuk membulat dihiasi rama-rama di penjurunya, ia diperbuat daripada keluli dengan garis halus. Cerminnya dua tona lensa dan diperhias dengan engsel yang mengambil ilham himpunan beg Roseau yang punya perincian bambo. Terdapat tiga warna, hitam, emas kuning dan emas ros.Banyak lagi reka bentuk yang boleh anda pilih. Singgah ke kedai kacamata untuk mencuba dahulu sebelum pulang dengan satu rekabentuk yang sesuai dengan anda. Pasti memakainya anda bangga dan yang penting selain menghalang daripada panas terik matahari, anda juga mencuri perhatian orang sekeliling.

[/vc_column_text][thb_gap height=”40″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_media_grid grid_id=”vc_gid:1537031657774-a9ae4f4a-4958-5″ include=”6019,6021,6018″][/vc_column][/vc_row]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button