Ramai terliur melihat pinggung seksi Kim Kardashian dan adik beradiknya. Dan tidak ramai wanita mendapat punggung idaman anda. Mungkin ada juga teringin mendapatkannya. Kalau begitu cuba senaman di bawah ini.
Cara Berkesan Besarkan Punggung Anda Mesti Cuba!
Senaman untuk menguatkan otot punggung amat penting untuk menjaga kekuatan dan keseimbangan tubuh. Jika anda termasuk dalam kategori antara mereka yang menghabiskan masa seharian duduk di pejabat, kebarangkalian anda mempunyai otot punggung yang `tidur’ dan lemah, amat perlu untuk anda melakukan senaman punggung. Sebagai bonus, memiliki otot punggung yang kuat juga akan membuatkan posisi anda menjadi lebih baik.
Rajin Buat Booty Butt Workout atau Senaman Otot Punggung
Terdapat tiga jenis otot pada punggung iaitu
Otot Medius (gluteus medius)
Otot Maximus (gluteus maximus)
Otot Mimimus (gluteus minimus)
Ketiga-tiga otot ini penting untuk membentuk punggung yang bulat, padat dan cantik . Gerakkan bahagian tubuh anda terutamanya kawasan yang menumpukan pada otot punggung dan peha selama 15 minit atau lapan set.
Squats
Squats adalah senaman punggung untuk menguatkan otot punggung dan peha. Anda perlu berdiri dengan kaki terbuka (lebih lebar daripada bahu anda). Pastikan kepala dan punggung tetap lurus dan bengkokkan lutut. Bawa kedudukan punggung ke bawah hampir mencecah lantai. Jangan biarkan lutut terkeluar daripada selaras dengan kedudukan jari kaki. Tahan seketika, kemudian luruskan kembali lutut serta kembali untuk posisi berdiri. Lebih rendah kedudukan punggung menghampiri lantai, adalah lebih baik kerana ia benar-benar merangsang ketiga-tiga otot punggung – Medius, Maximus & Minimus untuk bekerja. Jika anda hanya merendahkan punggung sekadar paras peha, adalah berkemungkinan anda tidak merangsang ketiga-tiga otot punggung ini tetapi hanya sekadmerangsang otot di bahagian peha.
Jumping Squats
Jumping Squat adalah aktiviti di mana anda melakukan squat tetapi berbeza dengan squat kerana anda bukan sahaja berdiri dan melakukan squat, malah turut melompat untuk kembali ke posisi berdiri yang asal. Kaedah ini adalah lebih berkesan dan membakar lebih banyak kalori berbanding dengan squat. Selain itu anda akan lebih banyak berpeluh dan ianya amat membantu untuk membuang toksik di dalam tubuh melalui peluh dan lebih banyak lemak yang dibakar berbanding Squat.
Latihan Jumping Squat yang konsisten selama empat minggu, tiga kali seminggu akan menghasilkan badan serta punggung yang lebih montok, mantap, kemas dan menawan. Sebagai permulaan, otot-otot punggung dan peha yang tidur mulai terbangun dan menjadi kuat.
Semakin meningkat usia, kekuatan otot di bahagian kaki, peha dan punggung akan menjadi semakin berkurangan. Dengan sentiasa melakukan Jumping Squats atau Squat, anda membantu membangun dan menguatkan otot-otot kaki, peha dan punggung di seluruh tubuh. Sebagai bonus, anda akan memiliki ‘thigh gap‘ atau jarak peha dalaman yang amat diidami oleh ramai wanita supaya kelihatan seksi.
Jenis minyak yang baik untuk urutan di pinggung mahupun pada buah dada
Mengurut menggunakan minyak adalah cara terbaik bagi mendapatkan hasil yang dikehendaki. Terdapat pelbagai minyak urutan di pasaran cuma anda perlu tahu untuk memilih yang terbaik.
Minyak Kelapa Dara
Ramai sudah mengetahui akan khasiat yang terkandung di dalam Minyak Kelapa Dara, malah minyak kelapa biasa pun mempunyai banyak khasiatnya. Minyak ini amat sesuai digunakan untuk mengurut pinggung dan buah dada kerana ia mudah meresap ke dalam kulit, dan tidak terlalu pekat serta tidak melegas.
Kepada yang tidak beberapa suka akan baunya kini di pasaran sudah banyak minyak dara ini diberikan aroma segar, terpulang kepada jenama yang anda beli. Ia juga dapat membaiki tekstur kulit, menjadi lebih lembab dan baik untuk peredaran darah. Selain itu minyak kelapa juga bersifat anti bakteria dan antifungal.
Minyak Zaiton
Minyak Zaiton digunakan secara meluas di mana-mana salon di dunia. Ia juga minyak yang yang mudah diperolehi di mana-mana pasaranya. Jika memilih untuk menggunakan minyak zaiton pastikaan anda menggunakaan yang disebut ‘cold-pressed’ dan ‘havene free olive oil’. Yang terbaik pilihlah minyak zaiton yang paling kurang melalui prosess penyediaannya kerana khasiatnya akan berkurangan ketika proses mengadunnya. Berbeza minyak kelapa, minyak zaiton lebih pekat dan kadang-kadang tidak menyelesakan.
Cocoa Butter
Cocoa Butter ialah lemak daripada biji koko. Cocoa butter paling popular digunakan dalam menghasilkan pelbagai alat solek termasuk krim pelembab kerana sifatnya yang melembab dan mempunyai kuasa penyembuhan untuk masalah kulit. Untuk ibu yang ada masalah rengangan kulit terutama pada buah dada, yang berlaku sewaktu mengandung dan menyusukan bayi juga untuk kulit pinggung yang pecah-pecah.
Untuk hasil lebih berkesan adunkan cocoa butter anda dengan apa juga minyak yang anda senangi.
Petua & Tips Mencantikkan Payudara
Sudah pasti anda mahukan Petua dan Tips untuk mencantikkan payudara. Manakan tidak, Payudara Wanita adalah di antara anugerah terindah Ilahi untuk semua wanita, yang juga merupakan aset terpenting buat wanita. Memiliki payudara yang bukan sahaja besar, tegang,cantik dan montok adalah menjadi idaman semua wanita. Namun, tidak semua wanita memiliki payudara yang indah dan cantik. Banyak faktor yang mempengaruhi keremajaan payudara seseorang wanita.
Antaranya adalah faktor penjagaan dalaman dan luaran payudara, faktor pemakanan , senaman dan pemakaian bra yang betul dan konsisten. Anda yang ingin memiliki payudara yang tegang, indah, besar, cantik dan montok bolehlah mencuba petua dan tips ini.
Tips Payudara Cantik 1: Menggunakan Ghee atau Minyak Sapi
Pada yang tidak mengetahui apa itu Ghee, ghee adalah sejenis minyak daripada lemak susu lembu atau sapi yang telah melalui proses perebusan tertentu atau `boiled and clarified‘ . Ghee banyak digunakan di dalam kaedah perubatan Ayuverda kerana dipercayai mengandungi pelbagai khasiat, zat dan lemak yang bermanfaat dan juga boleh dijadikan pemangkin untuk keberkesanan herba dan perubatan yang digunakan di dalam perubatan Ayuverda. Dan digunakan di dalam masakan.
Ghee dikatakan amat baik digunakan kerana ghee mempunyai tahap pemanasan yang tinggi apabila dibakar berbanding dengan minyak lain. Tidak seperti minyak lain , molekul-molekul daripada ghee tidak mudah bertukar menjadi molekul lain dan juga tidak mudah teroksida apabila suhu panas atau dibiarkan dengan lama begitu sahaja. Ghee juga mempunyai khasiat lain serta anti-inflamasi.
Jangan terkejut dan tidak hairanlah kenapa harga ghee di pasaran amat mahal jika dibandingkan dengan mentega jenis lain di pasaran. Tetapi anda haruslah berhati-hati apabila membelinya di pasaraya kerana kebanyakan ghee yang murah mempunyai kandungan campuran bahan sintetik. Baca label dan isi kandungan di tin dengan betul kerana banyak ghee di pasaran adalah sintetik !! Anda haruslah memastikan anda menggunakan ghee yang 100 % kandungannya adalah daripada lembu/sapi sahaja dan bukannya kandungan sintetik untuk disapu di payudara anda!!
Urutkan Ghee yang telah dicairkan di payudara anda setiap malam sebelum tidur, dan anda akan merasakan payudara anda semakin mekar, penuh, pejal serta montok.
Tips Payudara Cantik 2 – Petua Menegangkan Payudara
Kebanyakan wanita yang telah bersalin, pastinya mengalami masalah payudara menjadi kendur dan tidak bermaya seperti masa dahulu. Jangan risau . Anda boleh mencuba petua ini.
Ambil beberapa helai daun sireh. Sapukan minyak kelapa ( sebaiknya yang dibuat sendiri ) ke atas daun sireh itu. Layurkan di atas api lilin. Kemudian tekapkan daun sireh itu pada payudara dan biarkan ia mengering. Lakukan berulang kali.
Petua ini dipanggil sebagai ` Petua Sayang Suami ‘ oleh orang tua-tua dahulu. Caranya dengan mengupas setengah biji labu dan masak sehingga ia lembik. Ramas labu itu ketika ia masih lagi suam-suam panas dan sapukan ramasan labu tersebut pada seluruh payudara.
Lakukan ia selama 20 minit, dua kali seminggu. Kandungan protein dan zat di dalam buah labu dipercayai dapat membantu memperbaharui sel-sel kulit payudara yang baru. Labu kaya dengan antikoksida, Beta Carotene dan Vitamin A manakala bijinya pula mengandungi khasiat gamma-tocopherol serta Vitamin E yang amat baik untuk kulit payudara dan wajah.
Khasiat daripada labu ini juga dipercayai dapat menjadikan tisu sel di sekitar payudara lebih tegang, halus dan anjal. Kulit di sekitar payudara juga akan menjadi awet muda jika dilakukan amalan ini selalu. Boleh juga dicampurkan hasil rebusan labu tadi dengan labu, susu dan madu kemudian diminum setiap dua kali sehari.