GAYA HIDUP

Kisah Pagi Yang Menyenangkan Dengan Nespresso

[vc_row][vc_column][vc_column_text]Waktu pagi adalah berbeza bagi setiap orang. Sama ada anda pergi ke kelas yoga pada waktu matahari terbit, keluar berlari sebentar sebelum berulang ke tempat kerja atau bangun awal pagi supaya dapat meluangkan masa yang lebih untuk membaca akhbar sambil menikmati sarapan kegemaran. Pagi yang produktif dan menyenangkan merupakan persediaan yang baik untuk menghadapi hari anda.

Kajian baru daripada Nespresso menunjukkan bahawa 91% orang minum kopi di dalam dan di luar rumah dan 56% meminum kopi mereka di waktu pagi. Kajian turut menunjukkan bahawa waktu pagi adalah masa di mana kita lebih gemar minum lebih banyak kopi dan memilih kopi yang berasaskan susu.

Untuk merasai nikmat di waktu pagi (Espresso + Susu)
Ketahui bagaimana espresso kegemaran anda dapat menghasilkan perisa yang baru bila dibancuh sebagai cappuccino.

  • Dharkan (40ml) Aroma panggang dan smoky menyeduh sedikit cappuccino tetapi dilunakkan oleh unsur-unsur bijirin, coklat dan kacang.
  • Ristretto (40ml) – Campuran biji kopi panggang yang kuat ini diimbangi oleh aroma bersusu yang lembut untuk menghasilkan cappuccino yang penuh perisa.
  • Arpeggio (40ml) – Kopi dark roast yang berkeyakinan ini dapat menghasilkan cappuccino dengan rasa yang kuat dan berkarakter dengan begitu baik sekali.  

Inginkan pilihan yang lebih sederhana bagi cappuccino anda?

  • Volluto (40ml) – Espresso manis dengan rasa seperti biskut yang begitu menarik ini memberikan kesan rasa yang penuh perisa dan menghasilkan gabungan sempurna dengan buih bersusu yang tipis.
  • Livanto (40ml) – Keharmonian seimbang aroma sederhana dan rasa panggang diperkayakan dengan kehalusan buih susu.
  • Cosi (40ml) –Cappuccino dengan Cosi membawakan aroma bijirin yang dibakar, pada masa yang sama memberikan perisa seperti biskut, diperkayakan oleh tekstur yang lembut dan berlemak.

Adakah anda penggemar Latte Macchiato?

  • Dharkan (40ml) Rasa Dharkan Latte Macchiato yang manis dan ringan memberikan aroma kacang dan coklat yang kaya dengan buih mewah.
  • Ristretto (40ml) – Aroma kopi panggang segar yang memuaskan dipelihara dan diperkuatkan dalam buih bersusu yang mewah.
  • Arpeggio (40ml) – Aroma kopi dark Arabica panggang yang manis dan tersendiri tetap kekal walaupun di dalam buih berkrim.
  • Volluto (40ml) – Perisa seperti biskut yang manis, diperkuatkan dengan sedikit keasidan, digabungkan dengan buah-buahan enak untuk menghasilkan aroma karamel yang disaluti buih berkrim.
  • Livanto (40ml) – Espresso yang seimbang ini mempunyai aroma karamel panggang bila disaluti buih bersusu yang lunak.
  • Cosi (40ml) – Sebagai Latte Macchiato, Cosi menjadi ringan dan halus, pada masa yang sama memelihara aroma bijirin yang dibakar untuk menghasilkan minuman bersusu yang lembut rasanya.

Untuk pagi yang lebih santai (Lungo + susu)

Nikmati Café Latte yang enak dengan rangkaian kopi Lungo kami

  • Envivo Lungo (110ml) – Dinikmati sebagai Latte, digabungkan dengan kelunakan buih susu, Envivo Lungo Grand Cru menampilkan aroma kayu yang lembut dan menghasilkan aroma mentega yang sarat dan lazat.
  • Fortissio Lungo (110ml) – Bila buih susu mula berbusa, Fortissio Lungo menampilkan kombinasi rasa yang kompleks namun seimbang, kerana aroma bijirin panggang berbaur dengan aroma biskut dan tofi manis, membawakan rasa yang lunak, halus dan sarat.
  • Linizio Lungo (110ml) – Manis, lunak dan sarat dengan perisa berkrim, minuman yang kaya dengan buih ini mengimbangkan aroma bijirin panggang yang ringan dengan aroma.  


[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button