FESYEN

Dah Bagus Promosi Tudung, Tapi Baju Pula Ketat: Banana Republic Tak Hormati Sensitiviti Orang Islam

[vc_row][vc_column][vc_column_text]Seronok apabila semakin banyak jenama antarabangsa menunjukkan minat pada fesyen modest. Walaupun kita tahu, tujuan mereka melakukan kerana yang utamanya atas faktor keuntungan berikutan populariti pemakaian hijab dan peningkatan jumlah orang Islam di seluruh dunia, namun tetap kita teruja melihat langkah baru barisan jenama besar ini.

Pun begitu, dalam pada seronok melihat kepekaan terhadap industri fesyen modest, kelalaian mereka membuatkan timbul rasa kurang senang. Contoh paling jelas, Banana Republic. Jenama ini sudah mula mengeluarkan koleksi tudung sendiri tetapi dalam cara promosi yang nampak sungguh tak kena. Styling mereka tersasar dari landasan fesyen modest, yang mana modelnya memakai tudung tetapi berbaju sendat. Manakala dalam salah satu gambar, model memakai turban dengan dress ketat paras paha dan terbelah pula tu. 

Ada yang menyalahkan model kempen iklan ini iaitu Fatuma Yusuf. Alasannya kerana Fatuma beragama Islam, kenapa tidak dia menegur kliennya ketika dia menjalani penggambaran dengan mereka? Tentu dia tahu fesyen modest yang sebenar, jadi seharusnya dia bersuara jika dia tahu ada bahagian yang berpotensi menaikkan kemarahan orang Islam. Namun jangan dengan mudah meletakkan kesalahan di bahu Fatuma kerana tiada apa yang boleh dia lakukan selain menjalankan saja tugasannya. Maksud saya, dalam industri ini, model dilayan seperti props dan input mereka dianggap tidak penting dan seringkali diabaikan. Jadi, tiada pilihan buat model seperti Fatuma selain mengunci mulut.

Banana Republic patut lebih sensitif kerana pemakaian hijab bukan hanya setakat menutup rambut. Sepatutnya mereka mengupah pasukan jurugaya yang mahir dalam selok belok fesyen modest supaya hasil yang mereka persembahkan menghormati nilai-nilai agama Islam. Jika melakukan kerja sambil lewa, terpaksalah mereka berdepan dengan kecaman dan silap haribulan, bakal alami kerugian.[/vc_column_text][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9985″][thb_gap height=”40″][/vc_column][/vc_row]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button