FESYEN

DonniEYE Kini di Malaysia

Pencinta kaca mata pasti gembira kerana DonniEYE kini berada di Malaysia. DonnieEYE berkolabori dengan Zeiss, jenama optik terkenal dari Jerman dengan ciptaan lensa eksklusif khas kaca mata DonniEYE.

“Warna emas pada lensa cermin mata hitam ini memberikan gaya keanggunan dan pereka kami secara khusus menambahkan tekstur serpihan emas secara terperinci pada lensa, yang menambah sentuhan stereoskopik. Kanta ini diperbuat di Itali,” kata Kamen Chung salah seorang daripada pengasas Tonysame, (jenama kaca mata antarabangsa), dia juga adalah CEO dan pereka kaca mata terkenal.

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”11524″]
Siapa Kamen Chung?

Memulakan kerjaya dalam industri kaca mata pada 1989 dan pada 1994, dia sah bergelar optometri berkelayakan. Memegang jawatan Pengurus Kanan di sebuah butik kaca mata (terkenal menjual jenama-jenama hebat), dia dengan yakin memajukan lagi jenama-jenama hebat dunia, lantaran pasaran kaca mata berjenama berkembang dengan pesatnya.

Menjadi CEO Alain Mikli untuk rantau Asia Pasifik, dan pada  2003 Alain Mikli membuka stor terbesarnya di Hong Kong Central; cuma mengambil masa lapan tahun, Alain Mikli memperkukuhkan perniagaannya di serata rantau ini. Dan pada 2003 juga, V Magazine (majalah berkisar kaca mata di Hong Kong) diterbitkan oleh Chung. 

Pengasas ZUPA

The only different between you and The Star is a Pair of ZUPA.’ Inilah slogan digunakan oleh ZUPA yang diasaskan pada 2016 oleh Kamen Chung. Dia bertanggung jawab membawa keanggunan rekaan dari Perancis dan kemahiran seni kraf dari Jepun. Dan pada Oktober 2018 bintang antarabangsa terkenal Donnie Yen dan ZUPA melancarkan DonniEYE. Kala itu lebih seratus selebriti terkenal seperti Charles Heung, Rosamund Kwan, Wong Jing, Sandra Ng dan ramai lagi hadir memberikan sokongan.

[thb_gap height=”20″]
[thb_gap height=”20″]
Mengenali Zeiss

Zeiss Vision Centres oleh Eyez Optometry kini dilengkapi satu lagi peranti revolusioner yang membolehkan pelanggannya menjalankan analisis penglihatan menyeluruh. ZEISS VISUFIT 1000 adalah peranti sentral yang menyediakan pengguna sepasang kaca mata yang sangat sesuai mengikut keperluan tertentu.

ZEISS VISUFIT 1000

ZEISS VISUFIT 1000 adalah platform bagi penentuan data digital 3D, yang tepat, cepat dan mudah digunakan, menjadikan lensa dan bingkai yang lebih sesuai antara satu sama lain. Ia menghasilkan pandangan 180 darjah daripada pembinaan semula digital 3D (AVATAR) menggunakan sembilan kamera dengan 45 juta mata bagi menangkap data pengukuran yang sempurna ketika mengukur atau mengenal pasti bingkai, mata, pupil, kornea dan memastikan lensa dan bingkai sesuai untuk pengguna  memperolehi visi terbaik.

Melalui proses moden dan terperinci ini, pengguna dilengkapi dengan maklumat yang komprehensif mengenai bingkai dan kanta yang sesuai buat mereka, yang dapat membantu mereka membuat keputusan pembelian yang lebih bijak dan mudah.

Dengan teknologi dan pendekatan canggih, ZEISS VISUFIT 1000 menandakan titik perubahan dalam konsultasi cermin mata digital untuk pengguna generasi baru.

[thb_gap height=”20″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”11525″][thb_gap height=”20″]
DonniEYE Special Edition

Jenama DonniEye oleh bintang antarabangsa Donnie Yen akan bekerjasama dengan Zeiss, di mana jenama optik Jerman ini akan mencipta kanta eksklusif untuk kaca mata hitam DonniEYE menggunakan teknologi optik canggihnya.

Kaca mata pertama DonniEYE dengan lensa Zeiss memperkenal ‘the golden shades of lenses’ sesungguhnya memperlihatkan sifat keanggunannya kepada si pemakai. “The designer has specially added the fragment texture detail on the lenses, which adds a stereoscopic touch, “ kata Chung

Diuruskan oleh Eyez Optometry Holdings Sdn Bhd, Zeiss Vision Centre berlokasi di Pavilion Elite and DC Mall di Kuala Lumpur.

Related posts

Sudahkah Anda Berhijab?

admin

Bergaya Dengan Kaftan Rekaan Pereka Timur Tengah Dihari Raya Aidiladha

admin

TIMBERLAND FOR FUNCTIONAL STYLE  AND WEATHER READINESS

adminwm

Leave a Comment