XEOUL CLINIC – sebuah hab selamat dan boleh dipercayai dalam kecantikan estetik dan kesihatan, dengan servis menyeluruh dan profesional.
Baru lagi bertentang mata dengan Pengarah Urusan Xeoul Clinic, Dorothy Ng, masih terpana dengan kejelitaannya, dengan awet muda… Dan wajah yang jelita diiringi badan yang fit dan cergas. Saya rasalah, kalau dibariskan Dorothy dengan mana-mana aktres muda yang ada di negara kita ini, boleh terkebelakang mereka.
Saya mahu berkongsi rahsia kecantikan dan kesihatan Dorothy. Semuanya hasil rawatan yang dijalani di klinik estetik yang diuruskannya bersama rakan kerjasama Dr. Edmond Ng.
Xeoul Clinic, mempunyai doktor perunding estetik sepenuh masa yang memiliki lebih daripada 10 tahun pengalaman dan memperoleh lesen Board Certified Aesthetic Medical Practitioners di Malaysia dengan
Letter of Credentialing & Privileging (LCP) yang bertanggung jawab dalam menjaga setiap pesakit. Pasukan pakar estetik juga telah melengkapkan Program Master dalam Anti-penuaan, Perubatan Regeneratif dan Perubatan Estetik. Selain itu, Pengarah Perubatan Xeoul Clinic juga seorang penolong profesor dan perunding di Fakulti Perubatan & Sains, UCSI University. Dengan latar belakang akademik dan sumbangan dalam perubatan kesusasteraan yang dimiliki oleh Pengarah Perubatan, Asst. Prof. Dr. Edmond Ng, klinik ini sentiasa dikemas kini dengan kaedah dan teknik rawatan yang terkini. Dengan latihan perubatan, peningkatan pengetahuan dan kemahiran klinikal, memastikan pasukan ini mempunyai teknik dan pengetahuan yang sangat kompeten untuk memberikan perkhidmatan yang unggul kepada masyarakat yang dahagakan kecantikan.
Bukan saja menawarkan rawatan kecantikan, sebaliknya Xeoul Clinic juga menjadi pusat latihan untuk doktor dalam Program Sarjana bagi Program Ani-Penuaan, Perubatan Regeneratif dan Perubatan Estetik, berkolaborsi dengan UCSI Univesity. Satu kelebihan jika ke sini adalah akses kepada penyelidikan dan/atau percubaan klinikal. Pelanggan berpeluang mengambil bahagian dalam penyelidikan perubatan canggih dalam prosedur perubatan estetik. Penjelasan lengkap tentang risiko dan faedah akan diberikan dan klien akan sentiasa ditanya tentang persetujuan terlebih dahulu sebelum mengambil bahagian dalam prosedur percubaan.
Xeoul Clinic dengan berhati-hati memilih peranti rawatan estetik melalui percubaan dan penyelidikan dari kalangan pengeluar alatan yang utama di dunia. Hasilnya mereka memperolehi laser dan peranti bernilai lebih sejuta dolar yang sesuai dengan keperluan estetik pelanggan. Xeoul Clinic berusaha menjadi platform kecantikan dan kesihatan yang benar-benar komprehensif, dapat menangani kebimbangan estetika dan kulit pelanggan tanpa mengira tahap kehidupan mereka, dengan perkhidmatan yang disampaikan oleh kakitangan yang luar biasa yang mengambil berat, mesra dan terlatih dalam bidang estetika.
Perkhidmatan klinik ini meliputi empat bidang utama:
Wajah dan Kulit: Botulinum Toxin, Dermal Fillers, Fractional CO2 Laser Treatment dan Q-Switch NdYag Laser Treatment.
Badan: Rawatan Berat Badan dengan BTL Vanquish Me dan BTL Vanquish Flex.
Rawatan Muka: Chemical Peel Treatments.
Rambut dan Estetik: Regenera Activa
Bagi khidmat luar klinik, Xeoul Clinic menjalinkan kerjasama dengan lebih 10 pertubuhan terkemuka di Korea Selatan yang mana setiap satu klinik ini memiliki pakar perubatan terkemuka dalam bidang masing-msing yang meliputi pengindahan dan pembinaan semula dari kepala ke kaki untuk semua keperluan dan keinginan pesakit. Xeoul Clinic sangat berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam mengesyorkan pakar bedah teratas bukan sahaja untuk pembesaran estetika tetapi juga pembedahan rekonstruktif. Ibaratnya seperti satu perkhidmatan bespoke kerana setiap keinginan, keperluan dan jangkaan mereka akan difahami dengan teliti, dipertimbangkan dan disyorkan dengan harga dan opsyen yang munasabah, termasuk nasihat profesional. Bandar Seoul bukan saja terkenal dengan pembedahan kosmetik termaju tetapi beberapa rakan klinik Xeoul Clinic sendiri memiliki kemajuan dalam bidang bioteknologi dan pembalikan penuaan, bersaing dengan Amerika Syarikat dan Eropah.
Berminat mendapatkan rawatan atau konsultasi kecantikan di Xeoul Clinic atau klinik kerjasama mereka di Seoul Korea, kunjungi mereka di UG-30 (Upper Ground Floor), Empire Shopping Gallery, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Malaysia
Hubungi mereka di talian: +603-5613-0023 / +603-5612-0023 atau WhatsApp: +6012-9696 428 atau menerusi email: [email protected] dan website: www.xeoulclinic.com. Lawati laman media sosial mereka di Facebook: Xeoul Clinic dan Instagram: Xeoul Clinic