Sering kali saya berfikir, siapa fesyen ikon masa kini?
Jika dahulu kita mungkin disogokkan dengan Saloma mahupun Camelia, tetapi dengan era media sosial, sesiapa sahaja boleh bergelar ikon fesyen. Konsepnya sama seperti pemuzik dan pelakon yang jika dahulu kala mereka ini sering diangkat sebagai ikon tetapi harini saya melihat influencer meungguli takhta. Biarpun ada yang kurang senang dengan perkembangan ini, tetapi percayalah dalam tidak sedar kita yang mengangkat mereka ini sebagai ikon. Lihat sahaja bagaimana adik beradik Kardashian yang seringkali dicemuh tetapi kita juga yang menghadiahkan like juga meng-follow sehingga menjadikan mereka ini ikon seterusnya bergelar jutawan.
Bagaimana bergelar ikon?
Yang sebenarnya sekarang tidak lagi susah. Cukuplah sekadar mempamerkan kehidupan yang glamor di media sosial, mungkin ada yang antaranya bersama glam squad lengkap dengan agen, stylist, juru solek dan jurugambar peribadi. Jika di Malaysia tidak keterlaluan jika saya melihat Neelofa dan Ezurin Khyra sebagai ikon fesyen media sosial. Berbekalkan kehidupan yang glamor wajah yang rupawan sebagai bonus, mereka ini juga selalu menyajikan pesona fesyen yang terkini yang di muat naik di Instagram masing-masing.
Jom, kita tengok penampilan dua ikon fesyen ini, juga saya sertakan gambar ikon fesyen dari luar negara.
Ezurin Khyra
Neelofa
Zahirah Macwilson
Fazura
Scha Alyahya