FESYEN

Terbaru di Rak Cole Haan: Sneaker GrandPro Rally

[vc_row][vc_column width=”1/2″][vc_column_text]Sepasang kasut walau secantik mana rekaannya dan daring warnanya tetapi kalau memakainya tak selesa, bahagian dalam diperbuat daripada bahan yang tidak bermutu lagi keras dan berat pula tu, tak ada gunanya. Tak berbaloi berbelanja, apatah lagi jika yang berjenama dan harga pula menjangkau beribu.

Cole Haan mengeluarkan kasut yang menepati standard baru kasut lelaki dan wanita, yang mana ia menawarkan gaya, keselesaan dan ada fleksibiliti.

Ketika menjalankan proses rekaan, pereka in-house Cole Haan membayangkan kasut ini menjadi pilihan individu urban, yang bercita-cita dan yang aktif ke sana ke mari.

Koleksi diberi nama GrandPro Rally ini kelihatan santai dan ringan. Kasut Rally lelaki menawarkan nafas baru, di bahagian atas merupakan hasil potongan laser manakala rekaan untuk perempuan seperti satu rekaan kraf yang menarik banyak mata memerhati. 

Kedua-dua gaya ini dijadikan daripada gabungan bahan yang ringan supaya yang memakainya dapat melangkah dengan mudah, di bahagian dalam pula menggunakan kusyen yang kaya keselesaan dan reka bentuk bahagian dalamnya juga berkontur mengikut bentuk semula jadi kaki kita, dan pasti akan rasa selesa walau pertama kali memakainya.[/vc_column_text][/vc_column][vc_column width=”1/2″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”11506″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][thb_gap height=”20″][vc_media_grid element_width=”6″ grid_id=”vc_gid:1580994870529-2d45fb14-3821-6″ include=”11509,11508″][thb_gap height=”20″][/vc_column][/vc_row]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button