FESYENTULAR

Fesyen vs Politik Daripada Yeo Bee Yin ke Syed Saddiq

Teringat di nun satu tengahari yang panas terik, saya meredah kesesakan jalan raya untuk ke Campbell Complex mengambil morning suit yang sudah hampir sebulan ditempah dengan seorang tukang jahit mahir. Sepatutnya saya ambil lebih awal, tetapi kerana banyak hal lain terpaksa tangguh lagi dan lagi, hinggalah tiba hari terakhir, terpaksa juga pergi atau esok ke pertunjukan Rizalman for Zalora, saya pakai t-shirt saja. 

Difikirkan semula, boleh saja saya main sarung apa yang ada dalam almari, asalkan selesa. Lagi pula saya datang cuma melaporkan majlis. Saya bukan tetamu khas, tidak duduk sebelah Tuanku Permaisuri, tidak duduk sebaris Neelofa mahupun Ziana, tetapi kalau dah tetamu lain pasang badan dengan berlian dan beg berjenama, tak mungkin saya mahu bergaya kasual saja atau nanti disergah Rizalman; “Penat-penat aku buat tema tema royal ascot, buat deko beria-ria dengan chandelier bagai, kau datang pakai seluar jeans aje?”

Memilih pakaian bukan semata-mata tentang gaya. Kita menggunakannya untuk memperkenal siapa diri kita dan sebagai tanda hormatnya kita pada tuan rumah. Dan lagi, seperti dalam kisah saya tadi, supaya di majlis yang dihadiri ratusan tetamu yang pasang badan, saya tidak rasa terasing.

[thb_image image=”10442″]
[thb_gap height=”40″]

Memilih pakaian bukan semata-mata tentang gaya. Kita menggunakannya untuk memperkenal siapa diri kita dan sebagai tanda hormatnya kita pada tuan rumah. Dan lagi, seperti dalam kisah saya tadi, supaya di majlis yang dihadiri ratusan tetamu yang pasang badan, saya tidak rasa terasing.

Tidak kisah apa saja kerjanya, anda juga boleh bergaya walau dalam kelompok anda sendiri. Katakan anda cikgu, pegawai kerajaan, anda masih boleh rasa aura glamor. Kalau satu geng berpakaian senada, pasti jelik dan lagipun nampak macam braidsmaid.

Begitu juga halnya dengan ahli politik. Walaupun fesyen barangkali adalah topik yang paling mereka tak minat, namun perlu juga tahu fasal gaya, mesti ada citarasa kerana fesyen dan politik ada kaitannya. Apatah lagi ahli politik antara insan yang paling popular dan yang sebenar, lagi popular mereka daripada selebriti. Lihat Syed Saddiq sebagai contoh, namanya kini lebih kerap disebut berbanding Dato’ Siti.

Bercakap tentang fesyen dan ahli politik, saya tidak nampak sangat mereka menggunakannya sebagai jambatan dalam urusan kerja. Ini contoh hubungan rumit dua bidang ini kerana ahli politik tidak menggunakan fesyen sebagai ekspresi diri. Pun begitu, saya bagi pengecualian buat YB Yeo Bee Yin. Tidak pun saya menilik bajunya setiap masa tetapi adalah dua tiga kali saya nampak beliau bergaya sesuai acara, masa dan tempatnya. Contohnya ketika membentangkan isu pencemaran kimia Sungai Kim Kim di Dewan Rakyat, yang mana beliau memakai blaus biru gelap dan blazer hitam. Not bad, pada saya beliau tahu mengaitkan fesyen dalam tugasannya. Dalam fesyen, warna biru gelap melambangkan keyakinan, power, authority dan kebijaksanaan manakala hitam menunjukkan sophistication, kekuatan dan kuasa. Jadi gabungan kuasa daripada warna hitam dan kuasa daripada biru gelap, sudah jadi berganda dan seterusnya beri impak tambahan pada kerjanya. Lagi satu, ketika beliau berbaju kurung oren muda memberi ucapan penggulungan MESTECC. Warna oren dalam fesyen antara lain bermaksud enthusiasm, determination dan youthful – sesuai dengan prestasinya yang mencipta rekod menamatkan penggulungan dalam masa sembilan minit seraya mendapat pujian timbalan yang dipertua Dewan Rakyat di persidangan tersebut.

Bercakap lagi tentang fesyen ahli politik, secara individu, ada yang berpakaian seadanya dengan sut kosong, tali leher berjalur dan potongan yang sesuai dengan tubuh badan. Sebagai contoh, Azmin, Maszlee dan Gobind Singh mahupun Rina Harun dengan penampilan ala isteri YB, saya lihat penampilan mereka baik-baik saja. Cuma saya rasa ada ahli politik kita perlu upah penata gaya sebab tak kena sangat atas bawah, sebagai contoh Bung Moktar dengar rambut tercacak dan beruban. Kadang nampak macam gengster, kadang pula nampak selebet (sorry ya Zizie). Belum lagi cakap fasal Azalina Othman. Oh yang ini sungguh saya tak berkenan.

Syed Saddiq juga ada ketikanya tak kena gaya (please YB, awak muda dan handsome pula tu) daripada sut ke kemeja dan pakaian sukan dan termasuk juga t-shirt selalunya yang sendat, padat (minus penampilan dalam gambar di bawah, yang itu perfect). Barangkali Syed terlalu sibuk kerana antara kesemua menteri beliau antara yang paling ligat. Yang untungnya adalah akaun DS (dark side) di Twitter kerana dengan penampilan sebegitu secara tak langsung you sudah bagi bahan untuk mereka zoom! Untuk YB Syed Saddiq, please call me. Saya nak kenalkan pada uncle tailor favourite saya dari Dynasty Formalwear. Dia boleh buat sut yang bagus jahitan dan harganya pun murah. Saya tahu banyak diplomat asing buat baju di situ.

[thb_gap height=”40″][thb_image image=”10440″][thb_gap height=”40″]

Dalam pada itu, ada juga yang bagus keterampilan seperti bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan dan ahli parlimen Port Dickson, Anwar Ibrahim. Kedua-duanya pakai apa pun masuk saja. Tetapi nanti ya, saya tak beri keseluruhan kredit kerana mereka pandai pilih baju sebaliknya mereka ada pakej ekstra; ada pesona ‘makin tua makin bergaya’ macam George Clooney. Itu sebabnya saya beri markah lebih. Lagi satu nama yang saya mesti sebut (atau nanti saya dihambur pengikutnya), iaitu Dato’ Sri Najib. Selalu dalam sut kemas dan rapi dengan siluet yang terletak elok pada badan. Dan saya berpendapat kebanyakan masanya penampilan Najib lagi bagus berbanding Anwar mahupun Mohamad Hassan. Oh lagi satu, kalau sudah menyebut Najib kena juga menyebut seterunya, Tun Mahathir. Pakaian Tun tidaklah sleek macam Najib tetapi masih nampak kemas dan tegap. Di usia 93, badan Tun masih berjaga sedangkan orang lain umur 30-an sudah boyot. Jadi kredit juga harus diberi pada Tun.

Pun yang sebenar bosan cakap fasal fesyen versus ahli politik memandangkan orang kita jenis mengikut acuan senior. Kita tidak ada ahli politik yang adventurous seperti di Yunani, mereka ada Yanis Varoufakis (bekas Menteri Kewangan.) Dia ada personaliti, gaya pemikiran yang berani dan menarik perhatian. Sekali dia membuat kemunculan, semua mata dah tak pandang tempat lain sebalik tertumpu padanya. Dia bertemu George Osborne, editor surat khabar British memakai kemeja biru terang, jeans hitam, kasut kulit dan jaket kulit – menentang kombinasi stereotaip pakaian ahli politik yang selalunya dalam sut dan tali leher. Sayang, ahli politik kita tak boleh bergaya ‘sempoi’ macam tu sebab masyarakat sukar menerimanya.

Mengaitkan fesyen dan politik boleh jadi rumit kerana hakikatnya, yang lebih penting adalah keupayaan mereka menjalankan tugas dan berapa besar perubahan yang boleh dibawakan. Pun begitu, tidak salah untuk bermain dengannya (fesyen) jika ia dapat memberi kesan positif pada kerja mereka. Apatah lagi kita boleh gunakan fesyen untuk mengukir imej dan menyampaikan mesej. Bukankah itu keperluan ahli politik? Lagi pun tak mungkin daripada muda sampai ke tua penampilan balil-balik macam itu saja. Sesekali mesti tukar gaya. Kalau Tun Mahathir, Rafidah mahupun Azizah tak mahu bergaya glamor tak mengapa; awak muda, awak di era berbeza, jadi awak buat.

Related posts

Rusuhan George Floyd, Butik Mewah Dipecah Masuk, Beg dan Aksesori Dibawa Lari

admin

Ratu Cantik Dunia 2019 Kembali Ke Negara Asal Bantu Rawat Pesakit Covid-19

admin

Koleksi Musim Bunga/Panas Kaca Mata – DAVID BECKHAM

admin

Leave a Comment