Loreal Revitalift Crystal Micro-Essence – Bukan Sekadar Kulit Mulus

Pengarah Pemasaran LOréal Paris untuk Bahagian Produk Pengguna, Cik Marina Khong memberitahu bahawa LOréal Paris kini jenama nombor satu dalam penjagaan muka seluruh dunia. Di sebalik bertujuan untuk memperkasakan golongan wanita dengan meraikan kecantikan dan nilai-nilai intrinsik yang ada pada diri sendiri, jenama ini juga menggalakkan wanita untuk memenuhi hasrat dengan penuh keyakinan,
Katanya, wanita yang yakin adalah wanita yang benar terhadap diri sendiri. Satu cara terbaik untuk menampilkan keyakinan diri adalah dengan memiliki kulit yang sihat dan berseri. “Saya yakin, jika anda mula menjaga diri, anda pasti akan mengalami perubahan yang indah pada diri sendiri. Bersama L’Oreal Paris, anda boleh meraikan kecantikan dan keunikan anda dengan kulit yang bersinar umpama kristal.” Marina Khong
Mengenai Produk
Centella Asiatica mempunyai kepekatan tinggi flavonoid, triterpenic steroid, asid amino, dan gula, kombinasi yang menawarkan pelbagai manfaat kepada kulit untuk memperbaiki dan meningkatkan keanjalan kulit. Ciri-ciri anti-oksidatif kuat tumbuhan telah digunakan untuk merawat parut jerawat dan mengurangkan kekeringan kulit. Sebagai tambahan kepada Centella Asiatica, setiap titisan penyulingan kulit juga mengandungi bahan aktif mencerahkan kulit, seperti Salicylic Acid dan HEPES untuk mengelupas kulit secara sederhana, menghaluskan pori, memperbaiki tekstur kulit dan mempercepatkan pembaharuan.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]