FESYEN

Nurita, Vera Wang Malaysia

Nurita Harith  pereka yang memiliki reputasi yang cukup gemilang di industri fesyen Malaysia, memiliki pengikut dan pelanggan setianya sendiri. Setiap hasil dan sentuhan Nurita sentiasa memberi roh dan magis pada rekaan yang dihasilkan terutama sekali pada koleksi perkahwinan yang dilancarkan saban tahun.

Tidak keterlaluan untuk saya katakan Nurita boleh sahaja dianggap Vera Wang Malaysia. Hasil sentuhannya mudah dikenali kerana berteraskan paksi dna jenamanya sendiri, Nurita tahu bagaimana mengolah siluet baharu pada helaian tradisional dan moden tetapi dihembus dalam nafas lebih segar agar helaian pengantin yang dihasilkannya kekal releven dipakai sepanjang zaman.

Sudah tentu rona putih masih menjadi pilihan utama buat Nurita untuk koleksi perkahwinan 2022. Bijak menggabungkan fabrik lace diolah pada baju kurung mahupun kebaya, Nurita tahu bagaimana mengolah teknik drapping mahupun menambah jemiki untuk lebih elegen dan mewah seiring dengan jenama ini.

Tampil bekerjasama dengan Diamond & Platinum untuk kempen kali ini. Sudah tentu gabungan jenama ini perlu diberi perhatian buat anda yang masih tercari-cari busana dihari bahagia.

Sumber gambar-Nurita Harith

Related posts

Yang Lelaki Sangat Perlukan Musim Ini

admin

CARLO RINO UNVEILS ITS DAZZLING PRISM COLLECTION FOR THE RAYA FESTIVITIES

adminwm

DAIYA TRISHA FOR CLARKS SPRING/SUMMER 2023 COLLECTION

adminwm

Leave a Comment