Gaya 80-an sekali lagi diterima pakai
Daripada warna pastel ke jaket boxy dan jeans berjumbai di bahagian bawah. Dipentas Fendi baju sukan dipasangkan dengan celana longgar, Cerruti menggembalikan semula jaket ‘square cut’ dipadankan dengan celana potongan tirus ke bawah. Pentas Fendi, Cerruti, E Tautz menjadi perhatian.
Putih menyakinkan
Semua putih, dari hujung rambut ke kaki, cara yang mudah untuk merakamkan keasyikan 80-an. Dan kalau anda inginkan sedikit kelainan, padankan blazer dan celana putih dengan kasut hitam atau coklat, loafer dan sandal pilihan gaya 80-an ini. Check out Billionaire, Xander Zhou dan Officine Generale
After Nineties comes the Naughties
Setelah beberapa musim anda menyaksikan olahan 90-an diketengahkan, tidak syak lagi gaya fesyen lelaki berkembang ke arah apa yang disebut naughties, seluar baggy, sesetengah mengadakan zip di bahagian lutut dan sweater-vest menggantikan jaket tailor. Lelaki nampak lebih ranggi dan ‘kenakalan’ sang pria soolah terserlah. Valentino, Emporio Armani dan Dries Van Noten antara yang disenangi
Pink selesa dan tiada cacatnya
Warna merah samar untuk lelaki? Oh tiada yang cacatnya kala digaya oleh sang teruna malah nampak lebih segak. Dan untuk lebih mencabar, padanan jaket merah samar dengan celana warna sama, menarik perhatian gadis-gadis di luar sana. Sementara itu Ami, Comme des Garcons dan Billionaire mencuba untuk lebih menghangatkan pentas dengan ‘eye popping hot pink’ nah perhatian tetamu sudah tentu terkedu kepada kamu. Singgah ke Ermenegildo Zegna, Dunhill dan Berluti
Sut corak jalur meninggi
Berita menarik bagi peminat corak jalur meninggi… bukan saja ‘eye catching’ tetapi boleh jadi amat ‘flattering’ kepada si pemakai tidak kira apa pun bentuk badan. Anda boleh pilih sekadar jaket sahaja dan jika berani dan yakin, dapatkan sepasang. Nak tahu untuk mendapatkannya, singgah ke Topman Design dan Versace.
Gaya Dua Poket
Kemeja gaya militari zaman tujuh puluhan menggembalikan nostagia kepada zaman ibu dan ayah kamu. Jaket-jaket juga dihiasi dengan poket-poket yang menjadikan ia satu tarikan. Nampak lebih ranggi, santai dan mudah dipadankan, Dengan jeans, bermuda.. Ya seluar paras lutut masih kekal di musim ini.