Bagi anda orang berada, bukan sambarangan jam menjadi pilihan. Kerana jam lambang kekuasaan, kemewahan, dan siapa anda di mata masyarakat.
Di bawah ini 10 jenama mewah yang menjadi pilihan tokoh besar dunia dan billionaire seantero.
Audemars Piguet
Diasas oleh Jules Louis Audemars dan Edward-Aguste Piguet. Audemars Piguet hanya mengeluarkan 36,000 jam setiap tahun. Malah Tiffany & Co dan Bulgari menggunakan ‘movement’ jenama ini untuk penjenamaan masing-masing.
Vacheron Constantin
Jenama ini antara jenama mewah yang tertua di dunia. Diasaskan oleh Jean-Marc Vacheron pada 1755 di Geneva, Switzerland. Antara jenama hebat dalam Richemont Group.
Patek Philippe
Jenama Swiss, Patek Phillipe & Co diasaskan pada 1851, menjadi pilihan keluarga di raja zaman berzaman. Pilihan jam ‘complicated mechanics’ dengan gaya lebih tradisional.
Blancpain
Ia di dalam subsidiari Swatch Group, diasaskan pada 1735. Dan mengalami pelbagai perubahan besar sepanjang abad ke 19, sentiasa mempembaharui dan memodenkan dengan inovasi terkini dalam produksinya.
Chopard
Buatan Swiss, bukan sahaja terkenal kerana jam-jamnya yang unik tetapi kerana barangan kemas. Diasaskan pada 1860 oleh Louis-Ulysse Chopard, pembuat jam terkenal dari Switzerland.
IWC Schaffhausen
Lahir pada 1868 IWC Schaffhausen pakar jam-jam premium Swiss. Pengeluar jam terkenal ini menggabungkan teknik kejuruteraan dengan rekabentuk eksklusif. Jam-jamnya terkenal kerana rekabentuk klasik tetapi menggunakan ‘superior material’ dan ‘superior standard‘.
Rolex
Salah satu jenama mewah walaupun bukan yang termewah. Jam British origin ini terkenal di serata pelusuk dunia malah Forbes pernah menamakan ‘World Most Powerful Global Brands’. Rolex juga pengeluar jam mewah terbesar dunia, menghasilkan 2,000 jam setiap hari.
Ulysse Nardin
Jenama yang dihasilkan pada 1846, pakar dalam wristwatches, alatan untuk menulis dan aksesori. Sering menggunakan material yang unik seperti daripada kulit yang berwarna dan Ulysee Nardin terkenal kerana kehalusan kerjatangan (craftmanship) menggunakan material ciptaan terkini.
Jaeger-Lecoultre
Jenama mewah Swiss ini diasaskan pada 1833 dan terkenal serta bangga dengan inovasi dan clarity yang unik. “The classic elements of these watches are particularly appealing because they can be worn again and again.”
Panerai
Diasaskan di Florence Itali pada 1860 dan hari ini ibu pejabatnya di Milan, Itali. Ia pilihan utama penggemar-penggemar jam mewah serata dunia. Panerai terkenal kerana gayanya yang bold dan tanda nombor yang ringkas dengan rekabentuk juga ringkas.