FESYEN

“I just rescued a pair of shoes. They were trapped in a store.” Shoe Sprinkle

I just rescued a pair of shoes. They were trapped in a store.” Shoe Sprinkle

Kasut, entah mengapa wanita gila padanya. Ada yang memiliki sehingga beratus-ratus malah ribu pasang kasut. Disusun rapi tetapi tidak tahu pun bila hendak dipakai. Malah ada membeli bukan pun untuk digunakan tetapi kerana cantik dan unik. Ironinya dibeli sekalipun size tidak ada, pendek kata untuk ‘pakaian’ mata sahaja. Pernah diceritakan oleh anak teman yang kebetulan petugas di butik kasut di Harrods London, datangah seorang isteri bekas menteri mencuba kasut, dalam masa dua jam di situ ceritanya, Datin Seri itu membeli 50 pasang sekali gus. Ceritanya kepada petugas sebelum ini dia telah membeli hampir sebanyak itu juga, dan katanya sambil ketawa, “tak tahulah bila nak pakai, tetapi saya geram, semuanya cantik-cantik belaka, takut orang lain yang sapu…” 

A woman with good shoes is never ugly.” Coco Chanel. Saya setuju sangat kerana saya percaya keyakinan diri meninggi bila mana menyarungkan kasut yang sesuai padanannya dengan pakaian. Jadi bila memakai baju kurang cantik, hidupkan ketrampilan dengan kasut cantik, percayalah gaya keseluruhan serta merta terserlah. Biasanya apabila dikenakan kasut yang hebat buatannya rupanya pun menarik. Pasti harganya pun mahal sesuai buatan dan jenama serta sejarahnya. Maka tidak dinafikan dalam banyak keadaan ia lebih selesa.

Lebih-lebih lagi kalau kasut itu ditempah khas daripada pereka atau syarikat berjenama tertentu. Saya adalah sekali merasa menempah khas. Seorang pakar kasut berjenama dari Itali datang ke Malaysia, di majlis tertutup itu beliau memberikan kejutan, menerima tempahan khas daripada tetamunya yang ingin sesuatu yang istimewa, dengan tawaran harganya yang tidak boleh tidak mesti direbut peluang itu. (biasanya harga tempah khas jauh lebih mahal daripada yang ada di kedai).  Hai sudah tentu peluang keemasan tidak mahu dilepaskan. Pendek cerita, bertahun-tahun saya melangkah jauh ke merata dunia dengan booties kesayangan saya ini.

.

Ya, kebiasaan kita membeli baju kemudian memikirkan kasut apa yang sesuai dipadankan. Namun ramai kini beli kasut dulu kemudian baru cari baju yang sesuai. “I don’t pick shoes that match my outfit,  I choose the outfit that goes with my shoes.’

Kasut, bila salah pilih janggal gaya anda. Contoh bila berkebaya dan berbaju kurung mana mungkin dipadankan dengan boots atau uggs boots, atau flatflorm dan booties pun, orang tidak padankan dengan kurung kebaya. 

Kasut, di bawah beberapa soal jawab mengenai kasut yang menarik untuk diketahui.

Apakah kasut yang paling popular di kalangan wanita?

Sukar untuk satu jawapan khas pada kasut paling disukai dan popular di kalangan. Namun ada beberapa jenis kasut yang mesti ada di dalam simpanan anda, yakni sepasang kasut klasik hitam, yang sederhana sahaja tumitnya. Ia versatil, selesa dan elegen. Kemudian kasut-kasut yang selesa dipakai hari-hari sesuai aktiviti seperti sepasang sneaker, loafer kerana ia mudah disarung, sandal warna neutral dan juga sepasang kasut bertumit warna hitam. Semua ini penting sekali bila disarungkan dan ia mesti selesa dan mesti ada di dalam almari kasut anda.

Black low heals, sneakers, loafer – pix can take for spring summer runways, some just shoes some people wearing it but must see clearly

Adakah flats masih in Style pada 2021?

Ya, kerana ialah selesa dan praktikal dan nampak cantik bila dipadankan dengan apa juga pakaian termasuk celana atau skirt mahupun jubah.

Anda suka Flatforms, adalah ia menjadi pilihan 2021?Pelbagai pendapat mengenai pemilihan flatforms begitu pun ia mengambil tempat dan ‘on-trend’ pada 2021. The chunky soles add extra height to the wearer, without the discomfort of heels. Ada pelbagai pilihan flatform sneakers dan sandals, ayuh pilih dan pastikan ia selesa.

Anda suka loafer, adakah ia in style 2021?

Kedua flat dan loafers bertumit adalah trendy di 2021. This timeless shoe is an excellent combination of practical comfort and elegant style. Padankan flat  atau loafers dengan seluar paras lutut, jeans, malah yoga pants dan blazer. When it comes to heeled loafers, opt for block heels or open backs, and wear them with midi-length skirts, tailored pants, and wide-leg jeans.

Bagaimana dengan Birkenstocks, adakah juga ia ‘in Style’ 2021?

Kerana keselesaannya Birkenstocks akan terus menjadi pilihan bagi wanita sekalipun ia tidak kena dipakai untuk majlis. Sebalik Birkenstocks menjadi pilihan harian ke pasaraya, membeli belah dan tujuan santai, berehat-rehat di taman contohnya memang ia pilihan tepat. Begitu pun 2021 it’s all about comfort. Orang keluar rumah untuk tujuan yang amat penting sahaja. Sesuai untuk padanan dengan jeans, dress kasual, seluar panjang dan jubah.

Adakah ankle boots masih menjadi pilihan pada 2021?

Ankle boots sentiasa nampak bergaya bila dipakai. Untuk kita yang terhalang melancong lupakan untuk membelinya, kerana takut ia cuma menjadi hiasan almari. Ramai juga sekalipun tidak melancong memakainya pada majlis-majlis trendy akan tetapi suasana pandemik dan dengan darurat yang diisytihar dan masih di waktu pkp, lupakan saja ya. Oh ramai rindu untuk bergaya dan pasang badan tetapi keadaan tidak mengizinkan.

Bagaimana dengan tumit tinggi, adakah ‘in style’ di 2021?

Tumit tinggi, high heels, stilettos, menjadikan kita nampak tinggi dan cantik. Dengan bertumit tinggi kaki nampak panjang, terutama bagi mereka yang sederhana ketinggiannya. Bertumit tinggi membuat gaya keseluruhan terserlah. Begitu pun berpada-padalah bila membuat pilihan tinggi mana tumitnya. Ramai yang saya kenal memilih tumit tinggi sampai enam tujuh inci, awas kalau tergelincir, padah jadinya. Sungguh bahaya. 

Adakah masih menjadi pilihan 2021? Ya, walau ke tahun berapa pun tumit tinggi tetap menjadi pilihan wanita, yang membezakan kita dengan kasut lelaki. The  stilettos is a feminin weapon that men  just don’t have. Kata Monolo Blahnik, ‘you put high heels on and you change’.  

Related posts

Nurita, Vera Wang Malaysia

admin

Puma dan Sophia Webster

admin

Dior Men Pra Musim Luruh 2020

admin

Leave a Comment