FESYEN

Lagi Ramai Pengikut Lagi Maju Kerjaya: Apakah Kelebihan Bagi Model Yang Miliki Ramai Followers Di Media Sosial?

Kendall Jenner dimahkotakan sebagai model paling popular di dunia bagi sepanjang 2019.

Antara beberapa faktor dia diberikan jolokan itu, tahun ini dia yang paling banyak melewati pentas peragaan dan membintangi kempen iklan fesyen, juga model yang memiliki paling banyak pengikut di media sosial, iaitu 165 juta bagi gabungan tiga platform; Facebook, Instagram dan Twitter.

Tempat kedua selepas Jenner adalah Gigi Hadid. Walau bagaimanapun jumlah pengikut Gigi jauh berbeza dengan Jenner iaitu ‘hanya’ sebanyak 64 juta. Cara Delevinge di tempat ketiga dengan 60 juta manakala Chrissy Teigen dan Emily Ratajkowski masing-masing dengan 39 juta dan 32 juta pengikut.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”10948″][thb_gap height=”20″]
Instagram Kendall Jenner
[thb_gap height=”40″]

Ramai pengikut di media sosial bermaksud semakin maju kerjaya seorang model. Jika anda tertanya, adakah kaitan antara keduanya kerana yang biasa kita dengar, model mendapat panggilan kerja berdasarkan casting yang dihadiri. Jadi apakah kelebihan memiliki pengikut yang ramai?

Well, kerana sekarang zaman media sosial, pengikut yang ramai memberi kesan besar pada kerjaya model dan saya kongsikan kelebihannya dalam point di bawah;

> Jika klien ada dua pilihan mahu mengupah model A atau B, job tersebut pasti akan diberi kepada model yang memiliki lebih ramai pengikut atas alasan mereka memiliki ‘social media presence’ yang lebih kuat.

> Model boleh menggunakan data pengikutnya sebagai informasi untuk membantu klien merangka pakej kempen media digital yang mensasarkan kumpulan peminat atau pengikut model tersebut melalui pengiklanan atas talian.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”10949″][thb_gap height=”20″]
Instagram Tyra Banks
[thb_gap height=”40″]

> Lebih banyak pengikut media sosial bermaksud lebih tinggi pengaruh. Model berupaya memainkan peranan yang besar sebagai duta atau jurucakap jenama. Mereka bukan sekadar menghiasi kempen iklan semata, tetapi boleh mengasosiasikan jenama yang diwakili dalam kehidupan peribadi mereka, seterusnya mewujudkan hubungan rapat antara model tersebut dengan jenama yang diwakili dan sejumlah penonton yang besar.

> Model tidak menggunakan media sosial sebagai platform untuk memuat naik gambar menayangkan lurah semata, sebaliknya turut berkongsi tentang selok belok kerjaya mereka, tentang personaliti dan juga minat. Kelebihan bagi model yang memiliki ramai followers adalah dapat memberikan lebih banyak awareness untuk subjek positif yang mereka kongsikan. Naomi Campbell sebagai contoh, kerap berkongsi post melakukan senam yoga. Hobi kegemarannya itu boleh menjadi inspirasi gaya hidup sihat bagi pengikutnya. Selain itu dia juga menggunakan media sosial untuk bercakap tentang isu diskriminasi warna kulit yang dialami model junior, yang mana ini boleh memberi kefahaman tentang liku-liku yang dilalui model berlainan warna kulit. Gigi Hadid pula tidak hanya berkongsi post tentang kerjayanya yang glamor saja, sebaliknya dia sejak kebelakangan ini banyak berkongsi assignment-nya sebagai duta Unicef.

> Media sosial juga menjadi tempat mencari bakat-bakat baru. Tyra Banks sering berkongsi gambar orang biasa atau model baru yang ada potensi untuk di ketengahkan di Instagram-nya, siap dengan kapsyen ‘Ty Ty sees ya!’ Tyra Banks miliki lebih 6 juta pengikut di Instagram dan dalam ramai pengikutnya itu pasti ada antaranya dari agensi peragaan. Dan bukankah kerjaya adik beradik Hadid juga bermula di Instagram?

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”10948″][thb_gap height=”20″]
Instagram Gigi Hadid
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Kenapa Wanita Perlu Ada Sepatu Nude?

admin

Siapa Ratu Elizabeth?

adminwm

Fantasi Fesyen Couture Iris Van Herpen

admin

Leave a Comment