Mungkin Instagram bukan untuk semua orang, tetapi ada beberapa peristiwa yang terlalu glamor, rugi jika tidak membuat posting.
Demi Moore sebelum ini tidak pernah memiliki akaun Instagram namun sebaik menghadiri majlis perkahwinan Princess Eugenie dan Jack Brooksbank, dia menubuhkan satu akaun untuk memuat naik post tentang kehadirannya ke acara Diraja tersebut.
Dalam posting pertamanya Moore memuat naik video yang dirakam sendiri. Dia antara lain mengucapkan terima kasih kepada pereka pakaiannya Stella McCartney, juga pereka topi Philip Treacy dan Malone Souliers yang menaja sepatunya. Dia turut menyebut tentang beg tangan yang dibimbit ke acara itu, Demi Bag oleh Gabriela Hearst.
Oh, kerana dalam videonya Moore mahu kita melihat penampilan lengkapnya, jadi lihat gambar di bawah:
Selain Moore, majlis perkahwinan gilang gemilang ini turut dihadiri oleh Naomi Campbell, Kate Moss, Liv Tyler dan Cara Delevingne, selain Kate Middleton dan Meghan Markle antara lain.