Petang 14 Februari 2025, bersamaan Hari Kekasih yang diraikan oleh sebahagian besar di Barat. Kita tidak, tetapi atas rasa kasih dan teruja untuk bersama teman-teman yang selama ini banyak memberikan kata semangat dan kasih sayang, kebetulan hari itu sahaja yang kesemuanya tiada halangan untuk bersama, MajalahWM membawa rakan-rakan baik (ladies affair) ke butik barang kemas terkemuka dunia, Roberto Coin yang terletak di Starhill Kuala Lumpur.
Each of us is like a diamond, and each of us has the potential to be brilliant. True love is like diamonds; scarce and priceless.



Jam 2.30 petang, suasana butik berubah sedikit wajahnya, meja panjang siap dengan ‘table setting’ mewah setanding dengan kemewahan barang kemasnya dan keindahan butik Roberto Coin. Bertemakan ‘A Sparkling Affair with Roberto Coin’, seramai 14 tetamu hadir, siap terukir nama di meja masing-masing.






Elegant Glamour, begitulah dresscode yang disediakan. Seorang demi seorang melangkah masuk, bergaya dari hujung kaki ke rambut. Antara tetamu vip kami To' Puan Seri Hidayah mengenakan long dress in light brown, gosh, she looks so perfect, absolutely stunning. Mengenali To' Puan Seri berpuluh tahun lamanya, pendek cerita, she has a beautiful heart, senyumannya sahaja membuat saya rasa gembira. True beauty reflected in her soul. Di belakang, puteri jelitanya Tengku Shaza dan Puan Sri Dato' Habibah, Datin Seri Fazlin, Puan Nida, Datin Rinnie, Datin Tuti dan Datin Farah Zita. Masih ada yang belum sampai. Empat lagi tetamu sudah pun berada di butik. Hajah Zaimah Omar, Puan Faridah Sheikh, Toh Puan Hamidah Hamid yang sangat cantik dalam persalinan hijaunya dan anak, Haniza Hanif dalam dress merah. Hem, subang Roberto Coin, siap sudah di telinga Hani dan Toh Puan Hamidah membelek-belek barangkali sesuai untuk cucu perempuan. “Too beautiful to resist,” kata Hani yang bakal memakainya pada pertandingan merebut gelaran Madam Artsy Queen Universe.



“Lovely,” masing-masing tidak sabar melihat di dalam peti kaca yang dalamnya bersinar-sinar. Roberto Coin diasaskan pada 1977 di Vicenza Itali. Itali juga menjadikan persekitaran romantiknya di mana 20 peratus daripada barang kemasnya, (industri ini sahaja membawa pulangan lebih hampir RM27 billion) berasal dari negara yang terkenal dalam perbuatan barang kemas terbaik dunia,” Ketua Pegawai Operasi Roberto Coin Malaysia, juga High End Luxury Jewelry Expert, Mink Ong memberitahu tetamunya.



“At that time, the business was created and manufactured for other Italian lines. Roberto Coin brand – a marvelous mix of centuries-old Italian craftsmanship and modern design techniques -– was launched in 1996, quickly becoming a world-renowned luxury brand of Italian designer jewelry.”
“Setiap satu ciptaan barang kemas Roberto Coin adalah unik dan dihasilkan oleh tangan pakar, daripada yang halus hinggalah kepada yang bold, kesemuanya indah belaka.”




Mink mengajak lagi tetamunya mengenali Roberto Coin. “Tahukah anda pada setiap barang kemas ini besar mahu pun yang kecil tersembunyi sebutir permata delima di bahagian belakangnya. This exclusive signature in every Roberto Coin creation is a secret message – a gift really – to every woman who wears it. The designer himself said the ruby is a romantic way to wish the best to all the people wearing my pieces. The hallmark ruby – known as “The King of Gemstones” – was the direct result of the designer’s reading a historic book about an old Egyptian legend that talked about ancient pharaohs considering the ruby as a magic stone, able to provide health, happiness and long life to those who kept it in close contact with their skin.”



Panjang dia mengulas tentang keistimewaan Roberto Coin yang tidak ada pada jenama barang kemas mewah lain di dunia. Menamatkan ceritanya, “Every polished diamond used in Roberto Coin jewelry is purchased from legitimate sources that subscribe to the Kimberley Process Certification Scheme (KPCS) and the System of Warranties. All of them are from conflict-free areas.”
Siapa yang amat menggemari Roberto Coin? Antaranya Michelle Obama, Oprah Winfrey, Selena Gomez, Dame Joan Collins, Nicole Kidman, Jennifer Lopez dan Alicia Key.




Sambil minum petang, Roberto Coin menjadi tatapan tetamu dan saya percaya ramai juga yang membeli untuk dipadankan dengan persalinan Aidilfitri yang bakal menjelang atau hadiah pada orang tersayang.
“Every collection has a different story, a past and a future that Roberto Coin first creates with his artisans and that he then shares with the women who choose to wear his jewel.”