Datin Maria lega mengetahui puterinya Sharifah Nadia akhirnya bertemu dengan pasangannya, yang dia restui. Dua teman lelaki anaknya sebelum ini tidak dipersetujui hubungan mereka. Dia teringat peristiwa dia menolak mentah-mentah pinangan daripada keluarga Kamarul. “Beginilah, beri kami masa berbincang dulu, (walaupun dalam hati dia menyumpah dan marah kepada Nadia hendak juga membenarkan mereka bertandang). Siang-siang dia tahu Kamarul bukan calon yang layak untuk anaknya Sharifah Nadia. Bukan sebab Kamarul tidak tinggi kelulusan, bukan sebab Kamarul tidak berkerja dan sebagainya tetapi hanya kerana Kamarul bukan daripada keturunan orang tertentu. Sebelum ini juga Nadia memperkenalkan kepadanya teman sekolej Azhar. “Nadia, apa kelasnya kamu berkawan dengan Azhar, dia anak petani? Kamu ini sudah hilang akal ke?”
Nadia betul-betul kecewa, dua kali dia putus cinta sebelum bertemu dengan Tengku Amir.
‘Siapa yang hantar kamu balik?” Datin Maria ternampak Nadia turun dari kereta Honda. “Kawan,” jawab Nadia ringkas. “Kawan yang mana, kamu masih dengan Kamarul, kan mummy cakap forget about him. Kamarul tidak boleh menjadi sebahagian daripada keluarga kita.” “Mummy, enough, Nadia tak mahu dengar lagi.” “Ohhh… sudah nak kurang ajar, tell me siapa yang hantar kamu pulang, and where is your car?” “Kereta rosak jadi minta Tengku Amir hantar,” jawab Nadia dan terus masuk ke biliknya.
Berbunga hati Datin Maria mendengar nama yang disebut. Tengku Amir. Nama Tengku itu sudah cukup membuatnya puas. At last,” katanya.
Pagi-pagi lagi wajahnya berseri-seri dan di sarapan bersama Nadia, sekali lagi dia menyebut, Tengku Amir tu orang mana?” Nadia, tidak melayan sangat, “Ma… nantilah, I’m late. Grab pun dah datang?” “Tengku Amir tak jemput?” dia teringin sangat hendak melihat wajah anak raja itu. “Nanti jemputlah Tengku Amir ke rumah, mummy masak. Dia suka makan apa?”
Di dalam Grab, Nadia teringat kata-kata ibunya, Tengku Amir tak jemput kamu? Tengku Amir suka makan apa, jemputlah dia ke rumah.” Teringat kisah dia merajuk lama dengan ibunya bertengkar fasal pinangannya keluarga Kamarul ditolak, tiga bulan dia menyendiri, badannya yang sedikit tembam jadi kurus. Dan enam bulan kemudian dia mendapat tahu, Kamarul mendapat tawaran bekerja di London. Kamarul membawa hatinya yang lara dan di sana dia mendapat tahu Kamarul sudah mendapat penggantinya. Ya lah bukan salah Kamarul, salah dia yang menurut kata ibunya.
Kemudian wajah Azhar muncul di lamunannya. Azhar bekas kekasihnya sewaktu di kolej. Juga tidak mendapat restu mak ayahnya. Terkenang dia bagaimana dia memberitahu Azhar. “I sayang amat kat you, but my love for my parents have no boundaries. I tak tahu nak cakap apa, you pun sedar, mummy I tidak pernah tegur you pun, daddy pun sama. Puas I pujuk, sampai mereka beri kata dua, Azhar or them. Zhar, i am so very sorry, you carilah pengganti yang lebih baik daripada I. I tahu kasih ibu, bawa ke syurga.”
Dia teringat menerima kad jemputan kahwin Azhar. “Cemburu dia melihat Azhar didampingi oleh Anita, dibanding dia Anita lagi cantik. Sempat dia membuat carian siapa isteri Azhar, ternyata dia kalah, kerana isteri Azhar bukan calang-calang wanita, dengan kedudukan tinggi di sebuah syarikat swasta. Tiba-tiba dia rasa terlalu marah kepada ibunya yang pernah menghina Azhar. Apa yang ibunya tidak kata mengenai Azhar; budak hingusan, tak malu nak anak dara orang bangsawan. Budak Ulu Kayan, tak sedar diri hendak berkawan dengan anak Syed. Allahuakbar. Air matanya mengalir. “Aku doakan kau bahagia Azhar, dan kau berhak untuk hidup bahagia.” Dia teringat menghantar hadiah cadar keemasan daripada jenama Sheridan. Mereka di Metrojaya, melalui bahagian hiasan rumah. Nanti bilik pengantin kita, kita beli yang itu ya,” kata Azhar. Dan cita-cita Azhar tidak kesampaian. Tanpa mencatatkan nama, bungkusan itu dihantar oleh setia usahanya sehari sebelum majis perkahwinan. Dia pasti Azhar akan tahu siapa pengirimnya. Cukup untuk dia memberitahu Azhar bahawa hatinya masih di situ.
Bertemu Kamarul setahun kemudian, Kamarul bukan anak petani dan punya ijazah dari universiti luar negara. Tidak kacak mana tetapi bijak orangnya, berbeza Azhar, Kamarul romantik orangnya dan walaupun hatinya keras untuk menerima cinta Kamarul selepas kecewa dengan Azhar, Nadia tidak dapat menolak cinta Kamarul namun sekali lagi ditolak oleh ibunya. Yang dia pelik apa sahaja keputusan ibunya seolah itulah keputusan ayahnya. “Daddy, wake up, mengapa daddy juga seperti mummy, Nadia tak faham, apa masalah mummy daddy?”
Panjang dia mengalamun sehingga terpaksa disedarkan driver grab, “Puan dah sampai.” Waktu sama telefonnya berbunyi. Tidak pun dijawab, kemudian masuk whatsapp, “Where are you darling, are you in the office?’ Menggeletar dia membaca message itu. Darling, oh my god… I am not sure of my heart yet. Tuhan tolong…”
Sibuknya dia di pejabat dia lupa jam sudah lapan malam. Pejabat lenggang dan cuma tinggal setia usahanya yang belum balik. “Puan Sharifah, maaf ya, saya terpaksa pulang. Puan Sharifah tidak mahu pulang ke, dah lewat.” Okay-okay dan dia baru teringat keretanya masih di worksyop. “No-no-no I am not calling Amir to fetch me,” katanya di dalam hati. Grab sahaja lah, tetapi tiba-tiba telefonnya berdering. “Darling are you still in the office. Jom temankan I dinner?” Dan kebetulan dia pun terlalu lapar, hanya secawan milo sejak pagi.
Bercinta, dan Tengku Amir lah calon menantu
Lama juga masa diambil oleh Nadia untuk menerima cinta Tengku Amir. Memang dia akui Amir ada sifat-sifat yang dia senangi, dan kalau dia menolak, pasti ramai pula yang menunggu mahupun menyerah diri untuk menjadi kekasih Tengku Amir. Dan yang paling suka sangat ialah mummy dan daddy Nadia, sikit-sikit Tengku Amir, sikit-sikit Tengku Amir. Mereka sebenarnya asyik mendesak Nadia untuk tidak menunggu lama, dan minta keluarga Tengku Amir cepat-cepat masuk meminang. Namun ada sesuatu yang dia perhatikan, Tengku Amir macam tidak selesa bila dia menjemput Amir singgah atau makan-makan di rumahnya. Dan Amir begitu berhati-hati untuk bercerita panjang dengan ibu. Bila ditanya sepatah dia menjawab dan jarang hendak bercerita keluarganya walaupun sudah banyak kali dia perhatikan ibunya bertanya. Amir juga akan menjadi tidak riang bila berada bersama keluarganya sebaliknya jika mereka berdua, banyak cerita. Amir berminat politik dan bercita-cita besar dalam politik negara dan dengan kelayakan yang dia ada, dan kepandaiannya tidak hairan kalau satu hari Tengku Amir akan menjadi wakil rakyat. Tetapi satu perkara parti pilihan Amir, bukan pilih ibu ayahnya, mereka setia dengan parti lama yang memerintah. Apakah mak ayahnya akan menerima menantu daripada parti lawan? Tetapi yang dia tahu, dia sudah jatuh cinta kali ketiga, dan cintanya kali ini, pasti diterima oleh ibunya, kerana apa? Kalau ikut politik tidak, tetapi kerana namanya Tengku Amir.
Mereka merancang untuk mengikat tali pertunangan dan terus bernikah. Itu pun yang dimahukan oleh keluarganya. Dan bukan main si ibunya merancang ini itu, dan hendak buat besar-besaran dan sebagainya. Belum masuk meminang dia sudah merancang di mana majlis perkahwinan akan diadakan dan sudah pun merancang tema perkahwinan. Katanya pada Nadia, “mummy nak jadikan wedding kamu wedding of the year.”
“Mummy tidak payah membazir, Nadia hendak wedding yang paling simple.” “Eh, you shut up Nadia, mummy tak minta duit kamu pun, mummy dan daddy sudah ada simpanan for your wedding. Dan siapa yang mummy pilih untuk jadi wedding planner, itu pun kamu tak payah susah hati, yang penting your mummy got taste, seperti standard raja-raja okay. Nadia hanya siapkan pakaian dan solekan, yang lain beres. Begitulah happynya Datin Maria hendak menyambut bakal menantu daripada orang bergelar.
Malang tidak berbau, mungkin keluarga Tengku Amir sendiri pun tidak begitu peduli hal-hal keturunan dan sebagainya. Pada mereka Amir adalah anak mereka dan tiada dibezakan antara Amir dan adik beradiknya yang lain. Amir datang dalam keluarganya, diserahkan oleh seseorang yang mereka juga tidak kenali pada satu pagi, 30 tahun yang lalu. Kebetulan pasangan itu sudah empat tahun mencuba mendapatkan anak tetapi tidak berjaya. Kedatangan Amir membawa tuah kepada mereka dan mereka pun menamakan dan membinkan nama mereka. Yang tahu tahu lah Amir anak angkat, yang tidak tahu tidak pula mereka mencanang Amir anak angkat malah Amir sendiri pun tidak tahu dia anak angkat pada mulanya. Cuma yang dia sedari, wajahnya berbeza dengan adik beradiknya yang lain. Ya selepas Amir berada di dalam keluarga ibu angkatnya terus mengandung, sehingga empat, dua lelaki, dua perempuan. Kesemua mereka gelap, sementara kulit Amir putih. Dia juga tinggi berbanding adik-adiknya semua rendah. Pendek kata dia paling kacak dan paling pandai.
Mulut manusia masakan boleh ditutup. Bersembang lah sepupu keluarga Amir yang kebetulan mengenali sepupu Nadia. Dua-dua kaki suka jaga tepi kain orang, dan berceritalah ibu saudara Amir mengenai siapa Amir sebenarnya dan sudah tentu, secepat itu sang sepupu mahu memberitahu kepada Datin Maria dan Datuk Syed H kedudukan Amir. Pada sepupu Amir ia hanya cerita biasa-biasa sahaja, tiada penting pun tentang asal usul, darah dan keturunan tetapi pada sepupu Datin Maria, ini cerita paling best. Dia tahu Datin Maria ni memang tak mahu keturunan biasa-biasa, (Maria sendiri tak sedar diri, dia pun anak orang kampung, sebab pandai mengorat sana sini, satu hari bertemuah dengan Syed H, walaupun Syed H, pernah berkahwin dia tidak kisah) yang penting Maria berkahwin dengan seseorang dan akhirnya berjaya menutup salasilah keluarganya sendiri. Konon dia ini juga dari keluarga bangsawan. Disebabkan pelbagai peristiwa sepanjang perkahwinannya dia tidak diterima awalnya sebagai menantu, ya lah dia isteri kedua lalu Maria berjanji pada dirinya untuk memegang pada nama, keturunan dan pangkat
“Kamu tahu tak kamu tidak layak untuk menjadi sebahagian keluarga aku, faham? Kami Syed, dan Sharifah-Sharifah paling kurang pun, kalau kamu tengku atau raja, kami boleh terima. Teringat Datin Maria bagaimana dia dihina oleh mentuanya dan sepatutnya dia tidak berperangai macam mentuanya tetapi tidak, Datin Maria pula yang lebih. Dia tidak sepatutnya menjadi sebegitu tetapi akhirnya dia yang terikut kesombongan mereka.
Tetapi apa masalahnya kalau pada kad pengenalan tercatat nama Tengku Amir Tengku Idham (bukan nama sebenar). Sebab dalam darah Amir, tiada mengalir darah raja dan dia tidak mahu keturunannya nanti tiada mengalir darah yang dia rasa tidak elok untuk keturunannya.
“Tetapi mummy pun bukan Sharifah, bukan royalties. Nadia mempersoakan kepada ibu bila mana dia diberitahu untuk membatalkan majlis pertunangan. “Mummy, you’re so crazy, mummy sedar tak apa yang mummy lakukan kepada Nadia. Persetan dengan pangkat dan keturunan, i dont give a damn. Mummy sedar tak dan tak malu ke, semua orang mengata mummy. Mummy sendiri pun anak orang kampung dan mengaku bangsawan dan berlagak macam keturunan baik-baik, konon.” Nadia melepaskan marahnya sambil menangis. “Dan yang mummy hendak sangat, darah raja, darah Syed ini kenapa? ”
Nadia sudah hilang akal, melepaskan segala yang tersumbat di dalam hatinya. Sekali, dua dan kini masuk ketiga, ibunya menghalang dia daripada berkahwin, hanya kerana hendakkan title itu. Dia teringat bila ditanya kepada maknya, jawapan si mak, “Kamu tak faham.” “Mummy, Nadia hendak tanya once and for all, apa maksud, “Kamu tak faham?” Ibunya diam, tetapi tetap berkeras, “Nadia, we call off the wedding, Tengku Amir menipu kita, dia berlagak dia anak raja rupanya keturunan bangsat, dan tidak tahu entah daripada mana. Entah-entah anak haram. Aku tidak mahu keturunan aku daripada anak haram,faham?”
Berderau darah Nadia, kalau perempuan itu bukan ibunya, Nadia mahu sahaja mencekik leher perempuan tua di hadapannya itu. Dia rasa emaknya is too much. “Kalau anak haram sekalipun Amir, so what, he is smart, charming, ada charisma,” Nadia menjawab. “You shut up.” anak kurang ajar, ini mesti si bahalol itu yang ajar, jantan anak haram.”
Nadia mengambil kunci kereta, memecut laju tanpa arah. Dia tidak mahu pergaduhan anak beranak ini akan menjadi lebih teruk. Tiga malam dia bersembunyi di rumah kawan baiknya Sally. Hanya memberitahu kepada Amir yang dia ada sedikit masalah dan mahu menenangkan fikiran. Sebelum itu Amir seperti sudah faham akan masalah yang timbul, dia sendiri pun sudah memberitahu Nadia yang cerita dia anak angkat itu memang betul. Tapi bagi Amir, dia langsung tidak pernah memikirkan ianya akan menjadi satu peperangan besar dalam keluarga Nadia, dan Nadia pun tidak pun bercerita yang ibu dan ayahnya begitu taksub hal-hal keturunan. Sebenarnya Nadia malu untuk bercerita hal-hal yang sebegitu, dia malu masih ada manusia seperti ibu ayahnya yang memandang kepada hal-hal itu, ini zaman millennium tidak sepatutnya perkara itu berbangkit.
“Nadia if you leave him now, a second later, dia sudah dapat pengganti, tahu tak?. You’re so lucky Nadia sebab Amir pilih you… dan dia sayang kat you. Dan you masih hendak dengar kepercayaan bodoh mak you! Sorry Nadia, I bukan hendak you derhaka kepada ibu you, syurga di bawah tapak kaki ibu, tapi your mom is too much. Adakah dia hendak batalkan segalanya. Daddy you pun macam tak boleh bersuara, I am so sorry, since you’re asking for my advice, this is it. I rasa kali ini you tak boleh ikut cakap parents you. Sharifah Nadia, kamu tahu how old are you, you’re 30, and next month 31 years old. Nak tunggu anak Syed mana, anak Raja mana? Kau ingat kau cantik sangat? Kau artist? Kalau artis janda beranak lima pun ada orang nak. Kau siapa? An accountant anak Datuk Syed… so what? Kalau Amir suka aku, aku tidak fikir sama ada dia hanya Amir atau anak luar nikah sekali pun. Bukan salah dia?
Tersentak Nadia, kaw-kaw kawan baiknya melepaskan geramnya. Dan apa yang dicakapkan oleh Sally betul belaka, sampai hati emaknya meminta dia memutuskan hubungan. Mujur dia mengetahui cerita Amir sebelum bertunang dan dia pasti kalau pun sudah mengikat tali pertunangan, dia akan diminta untuk putus. Allahuakbar, Nadia tiba-tiba benci dengan perangai ibu dan ayahnya.
Berdosakah Nadia, tidak mahu mengikut perintah ibunya kali ini? Kalau selama ini ibunya sangatlah suka pada kekasihnya, sekerlip mata hati berubah. Dia terlalu malu kepada keluarga Amir.
Keluarga Amir orang yang sederhana. Tinggalkan di kawasan perumahan biasa-biasa cuma rumah teres dua tingkat. Itu pun yang satu lagi mengejutkan Datin Maria kerana dia ingat famili Amir orang kaya dan tinggal di banglo. Itu pun yang menguatkan lagi hatinya untuk tidak meneruskan majlis. “Kata raja, tapi hidup pun melarat,” ceritanya pada sang suami. Sang suami kemudian menjawab, “Habis awak nak biarkan dia jadi anak dara tua?” “Ala, belum jodohnya lagi, adalah tidak payah rushing-rushing . Lagipun Nadia seorang sahaja anak perempuan kita, kalau anak lelaki tak apa, anak-anak mereka tetap Syed. Suami membisu selepas itu seolah digam mulutnya oleh sang isteri. Setiap kata isteri, betul semuanya.
Amir betul-betul terkejut dengan keputusan keluarga Nadia. Di zaman melinium ini masih ada yang berfikiran begitu. Dia tahu ia akan menjadi amat sukar kalau dia memaksa Nadia untuk bertindak membelakangkan ibu bapanya.
Keluarga Amir tenang menerima berita itu. Mak Amir sedih juga kerana dia mula menyenangi Nadia, “Kesian Nadia,” katanya pada suami. “Pelik, siapa yang pandai bawa mulut?” tanya ibu Amir kemudian. “Mama, elok pun cerita siapa Amir ini keluar dan terjadi sebelum majlis.” Amir pula memujuk ibunya.
“Kawan-kawan mama pun tahu mama bakal menerima menantu. Mereka sibuk nak tolong ni, tolong itu dan ada offer nak buatkan hantaran percuma,” cerita ibu Amir. Ditatapnya wajah anak kesayangannya dan daripada air muka Amir, ternyata anaknya amat kecewa. Tiga hari Amir mengurung diri di bilik. “Kalau Amir nak cari pengganti, mummy banyak calon,” katanya memujuk.
Sedang mereka anak beranak berbual, loceng pagar berbunyi. “Ma, Nadia?” Terkejut Amir, Nadia sudah lebih seminggu mematikan telefonnya dan tidak ke pejabat. Dia sendiri mati akal, dan menyerahkan segalanya kepada Nadia. Andai Nadia memilih untuk berpihak kepada ibunya, dia redha, lagi pun dia tahu, ibu ayah itu syurga, tetapi kalau Nadia memilih untuk bersamanya, dia tetap menerima, kalau itu jodoh mereka.
Nadia datang memohon maaf kepada Amir dan keluarganya. Katanya dia mahu berehat dulu, untuk memikirkan semasak-masaknya. Katanya pada Amir, I want both, you and my parents, give me time to think.
Empat bulan sudah berlalu, Nadia dan Amir sudah jarang bertemu. Dua insan itu cuba untuk menguji hati masing-masing. Sementara Amir yang sememangnya sibuk dengan kerja-kerja sampingan politiknya sudah kian dapat melupakan Nadia, sebaliknya Nadia, dalam dia memaksa memenjarakan dirinya, lagi dia berasa kerinduannya menebal terhadap Amir. Dia takut Amir menjadi milik orang lain seperti Azhar dan, Kamarul yang juga diketahui akan berkahwin. Nadia tidak rela melepaskan Amir begitu sahaja. Malah dia selalu juga diberitahu oleh Sally bahawa mereka sering berbual di telefon. Dia takut Amir jatuh cinta pada Sally. Lagipun Sally siang-siang memberitahunya kalau Amir suka dia, dan Nadia tidak mahu lagi menjalin hubungan dengan Amir, dia akan menerima Amir dengan tangan terbuka. “Dan you jangan marah I okay,” kata Sally.
Sama ada Nadia dan Amir akan bersatu, belum diketahui, keputusan akan dibuat selepas PKP.