Face Mask Sebagai ‘Fashion Statement’

“If you have to wear a mask, it might as well be in a cute pattern,” said Warne, who has been running her Etsy shop since 2007. “It might as well make you smile when you see it.”

Face Mask… tiba-tiba ia menjadi satu keperluan dalam kehidupan kita seharian. Kita dimestikan memakai sebaik keluar rumah, malah digalakkan setiap ahli keluarga memakainya di rumah sebagai cara pencegahan yang lebih selamat terutama jika jumlah keluarga ramai, dan jika selain keluarga terdekat, ada pembantu rumah, pemandu, tukang kebun, pengawal keselamatan dan sebagainya, mereka yang duduk berasingan yang berulang alik ke rumah anda misalnya berkemungkinan akan dijangkiti virus Covid-19 ini. 

Kita tahu keperluannya, tetapi mengakui ketidakselesaan memakainya apatah lagi dengan bentuk rupanya yang sekaligus akan menghilangkan gaya glamor, (hah… masih hendak glamor dalam keadaan begini!! oh.. mengapa tidak?) Apa pun dalam keadaan sekarang nampaknya anda akan terus, perlu dan terpaksa memakainya? Inilah antara cara menghalang jangkitan virus supaya tidak mudah dijangkiti.

Seyugia jangan risau. Bila keluar rumah nanti sebaik PKP dilonggarkan, ingat memakainya masih satu keperluan kerana penawar virus corona ini masih belum ditemui.

Face mask oleh Jovian Mandagie (kiri) dan Masterpiece by Masrina Abdullah (kanan)

Ramai juga beridea kreatif mengambil baju-baju T lama atau yang tidak digunakan lagi dijadikan fabrik face mask. Lagipun dengan kita yang di dalam suasana perit ini, inilah sahaja pilihan yang ada. Mengapa tidak, pada baju itu terperuk di almari, nah anda dapat menjimatkan wang membeli face mask yang dijual di farmasi-farmasi yang rupanya pun tidak menyenangkan dan sukar pula menggunakan, sedangkan yang dibuat sendiri lagi cantik, boleh dicuci dan digunakan semula. 

Letakkan minda kreatif anda bagi menghasil face mask yang seglamornya sesuai dengan personaliti anda. Mengapa tidak, kalau ini boleh mengubat kebosanan diri, atau jika ia dapat menghilangkan sedikit ketegangan. Dan bila ke pejabat mahu pun menjalani urusan penting nanti anda dapat melangkah lebih yakin.

Face mask dari Jovian Mandagie (kanan), Salikin Sidek (kanan), Batek by Rasta Rashid (kiri bawah) dan Bon Zainal (kanan bawah)

Saya bangga dengan berapa rakan designers telah mula mengeluarkan face mask (yalah kalau ilhamnya daripada designers mestilah cantik). Bon Zainal, Jovian Mandagie, Masterpiece by Masrina Abdullah dengan face mask batik, ya cantik sangat (menamakan seorang dua.)

Saya juga amat terkesan dengan usaha murni pereka menyediakan sut PPE untuk frontliners. Terima kasih kepada ahli-ahli MODA yang diketahui presidennya Melinda Looi. Juga Datuk Radzuan Razwill, Salikin Sidek, Jovian Mandagie, Rico Rinaldi, Ana Abu, Zackreen Jaafar, Bon Zainal dengan anak-anak buahnya, malah ramai lagi dan individu dengan rela hati memberikan tenaga menjahit gaun-gaun dan topeng muka untuk para doktor dan petugas barisan hadapan yang lain. Mengenepikan tempahan-tempahan untuk Aidilfitri semata untuk menampung permintaan yang tinggi daripada hospital. Syabas.  

Dari kiri Yani Bakhtiar dari Yans Creation, pekerja Melinda Looi dan Dato’ Radzuan Radziwill) menyiapkan sut PPE untuk frontliners.

Saya juga amat terkesan dengan usaha murni pereka menyediakan sut PPE untuk frontliners. Terima kasih kepada ahli-ahli MODA yang diketahui presidennya Melinda Looi. Juga Datuk Radzuan Razwill, Salikin Sidek, Jovian Mandagie, Rico Rinaldi, Ana Abu, Zackreen Jaafar, Bon Zainal dengan anak-anak buahnya, malah ramai lagi dan individu dengan rela hati memberikan tenaga menjahit gaun-gaun dan topeng muka untuk para doktor dan petugas barisan hadapan yang lain. Mengenepikan tempahan-tempahan untuk Aidilfitri semata untuk menampung permintaan yang tinggi daripada hospital. Syabas.  

Tabik hormat kepada rumah-rumah fesyen dunia seperti Burberry, Chanel, Louis Vuitton antaranya, yang telah mengenepikan dahulu produksi pakaian dan aksesori mereka sebaliknya menggerakkan tenaga pekerja bagi menyediakan face mask, gaun dan sarung tangan, satu usaha mulia membantu frontliners.

Louis Vuitton contohnya menukar beberapa bengkelnya di seluruh Perancis menjadi tempat menghasilkan mask. Sehingga kini mereka telah menyumbangkan ribuan gaun PPE untuk enam hospital di Paris. Manakala Burberry menggunakan mesin di kilangnya yang sebelum ini diguna untuk menghasilkan koleksi sendiri, kini bertukar fungsi dengan menghasilkan mask. Melalui projek ini, lebih 100,000 mask telah disumbangkna kepada Perkhidmatan Kesihatan Nasional United Kingdom, untuk digunakan staf di sana dan kilang menghasilkan kot trench di Castleford, Yorkshire yang sebelum ini ditutup telah dibuka semula, digunakan sebagai pusat menghasilkan barang keperluan untuk pekerja hospital di UK.

Selain LV dan Burberry, jenama klasik lain seperti Prada, Fendi, Gucci dan Chanel juga menunjukkan tanggungjawab yang sama, begitu juga Christian Siriano, Lilly Pulitzer, dan Vera Bradley.

Dior dan Louis Vuitton

Walau dalam suasana tegang dan keadaan dunia yang upside down, masih ramai mahu dilihat unik, lagikan setiap kita ini adalah unik,” kata Sharon Kornstein, pengasas ImageDesign di Verona, New Jersey. “As we’re going around in our workout clothes and sweatpants, the mask you wear can show a little personality.”

“Ya, syarikat fesyen daripada Dior hingga ke Nordstrom sudah mula membuat mask dan gaun.” Kata fesyen konsultan Kornstein, yang mendapat tempahan mask muka yang mempunyai paten terkenal kebanggaan orang Afrika, meramalkan face mask akan nanti menjadi aksesori terkenal di pentas-pentas peragaan dunia.

“I think we’ll see masks on the runway, especially connected to headpieces and head coverings,” katanya lagi.

Amy Wilson, seorang guru juga artis di Jersey City, New Jersey memberitahu dia mendapat idea memulakan fashionable masks apabila melihat gambar-gambar wanita Jepun memakai mask dengan gaya ‘high fashion’ mereka. Katanya, “I wear black all the time, so I don’t want to walk around in a surgical white mask. I definitely wanted to make something more unusual and different.” Untuk diri dia membuat mask dengan bee dan leopard print.

Jadi anda bila lagi? Tampilkan gaya unik jikalau ini dapat membuat anda gembira dan boleh melepaskan ketegangan. Bagi yang berniqab, mungkin memakai mask muka bukan perkara baru kerana anda telah lama menutupi sebahagian daripada anggota muka, tetapi ingat hanya dengan sehelai kain nipis masih tidak cukup. Pakai selapis lagi yang benar benar sesuai untuk menghalang virus merebak. Pada rakan-rakan yang lain jom kita lebih kreatif and have fun wearing a face mask. Jadikan face mask sebagai fashion statement anda!

Pekerja Loewe menyiapkan sut untuk frontliners (kiri) manakala kanan merupakan kilang trench kot Burberry di Castleford yang digunakan untuk menyiapkan sut PPE dan face mask.

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya 47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwn.com

FOLLOW US ON