COVER STORY

Sharon Jasmin – Queen of Hearts

Saya membaca berkali-kali petikan temuramah Sharon Jasmin di hadapan saya ini, sebutnya, “Now as a married woman and a mom of two girls, I am inspired by what I did before and knew that I wanted to take up the challenge again, to increase my confidence level and self esteem especially now when i have grown older.”

To increase my confidence level and self esteem…” membaca kembali baris ini membuat saya terdiam seketika. Sambungnya lagi, “…especially now when i have grown older.” Hem…selama ini saya menyangka saya satu-satunya yang ada masalah dengan self confidence dan self esteem. Ternyata salah sama sekali, kerana rupanya ada orang lain yang turut mengalaminya, walau di usia yang lebih dewasa dengan pencapaian dan portfolio yang selesa.

Oh, siapakah gerangan si Sharon Jasmin ini? Dia adalah pemenang Mrs. Malaysia International World 2019 (Classic) dan Mrs International Global (Classic) 2019- first runner upyang kami pilih menjadi penyeri dalam rengsa PKP, dengan menjadi penghias muka depan MajalahWM isu Jun. Wajah Sharon tidak hanya biasa dilihat dalam dunia peragaan tetapi dia juga punya pengalaman lebih 15 tahun dalam industri Pendidikan, Bioteknologi, Hotel dan Automotif. 

Sedikit tentang pertandingan Mrs. Malaysia International World 2019 (Classic) memandangkan ramai yang tidak tahu tentangnya kerana ia tidak se’happening’ Miss Malaysia World/Universe; corak pertandingan masih sama cuma pesertanya dalam kalangan berstatus ibu atau sudah berkahwin. Dan ini bukan satu-satunya pertandingan ratu cantik yang disertai Sharon sebaliknya pernah menjadi finalis Miss Malaysia pada 1998. Jadi pageantry, catwalk dan berucap di hadapan umum adalah sesuatu yang normal buatnya.

Berbalik kepada kata-kata Sharon tentang low self esteem dan confidence di atas yang saya petik dari temuramahnya bersama worldclassbrandpublishing.com, sesiapa sahaja akan melalui beberapa waktu di mana dia berasa tidak yakin dan ragu-ragu dengan keupayaan diri dan seterusnya membuatkan semangat yang dulu berapi-api, kini seperti terdesakkan oksigen. Tidak perlu terlalu risau dan terbawa-bawa memikirkannya kerana ia membuktikan kita ini manusia biasa, menjalani hidup yang ada pasang dan surutnya. Kalau kita melaluinya, tidak mungkin orang lain tidak. Yang penting seperti kata Sharon, “Jangan membandingkan diri anda dengan orang lain. Cuba fokus pada matlamat dan pencapaian sendiri dan jangan mengukur atau membandingkan pencapaian kita dengan orang lain.” Sebutnya lagi (oh saya suka yang ini), “Always strive to be the best version of yourself, but it is also important to accept that perfection is an unrealistic goal. Just do the best you can.”

Diane Mariechi menyebut, “A woman is the full circle. Within her is the power to create, nurture and transform.” Menyedari dirinya ‘kureng’ dalam dua aspek tadi, dia mengambil keputusan menyertai pertandingan ratu cantik, memberanikan diri melakukan sesuatu yang berlawanan dengan sifat yang sedang menggunung dalam diri. “Ever since I got married and had kids, I had lost my self esteem and my self confidence as I started gaining weight and never had time to focus on myself – it was all about the family. Walaupun begitu, ketika menyertainya, saya tahu yang saya harus lebih fokus pada diri dan menjaga kesejahteraan saya. Dan saya memperoleh kembali keyakinan saya sekali lagi dan keupayaan diri saya bertambah dan menjadikan saya seorang wanita yang bermotivasi.”

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”12321″][thb_gap height=”20″]
Dress Calvin Thoo
[thb_gap height=”20″]

Barangkali ini yang terbaik. Usah bergundah gulana memikirkan diri yang sudah tidak menarik lagi, lebih baik cipta memori baru dengan melakukan sesuatu yang mengujakan, yang membuatkan anda tersenyum dan bangga, “Wow, aku berjaya melakukannya!”

Dan ini sebenarnya yang menarik bagi pertandingan pencarian ratu cantik kerana ia jauh lebih daripada sekadar mencari peserta yang rapi dari hujung rambut ke kaki. Bayangkan jika kita sendiri menyertai pertandingan ratu cantik, perlu bersaing dengan berbelas atau berpuluh peserta lain yang punya bakat, kelebihan dan fizikal yang sama setara dan masing-masing telah meletakkan usaha yang sama banyak untuk merangkul takhta paling selesa. Dan dengan kelebihan yang sama itu, hanya peserta yang berada di tahap terbaik, diiringi dengan tuah (siapa tahu mungkin ketika dia sedang berucap ada bintang melintas atas kepalanya) yang akhirnya berpeluang menyarung selempang ratu dan mahkota yang indah itu.

ANAK PEREMPUAN JADI MANGSA BULI

[thb_gap height=”40″]

Sudah beberapa tahun Sharon aktif melibatkan diri sebagai duta dan speaker untuk kempen Anti-Buli. Melalui projek ini, dia dan pasukannya melawat sekolah dan kolej sekitar Lembah Klang bertujuan memberi ceramah kesedaran masalah buli. Dan dia masih menyambung tugas ini selepas memenangi Mrs. Malaysia dan aktiviti ini bertitik tolak daripada pengalaman yang dilalui anaknya sendiri yang pernah menjadi mangsa.

Ujar Sharon, dia langsung tidak tahu menahu kerana si anak tidak pernah menyampaikan kepadanya. Yang dia perasan kelakuannya berubah. Pulang dari sekolah dengan riak muka yang sedih dan berterusan moody sepanjang hari. Tidak pun dia mengadu pada si ibu. Namun sebagai ibu, naluri kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena. “When I approached the teacher, they told me what had happened and we manage to settle the issue in school. The student who bullied was repriminded and was told not to do it again.” Yang sebenar, budak yang membuli itu tidak sedar pun apa yang dia lakukan itu adalah satu bentuk pembulian.

Tambahnya, “Yang perlu diajar bukan saja pembuli dan mangsa tetapi juga guru-guru atau orang sekeliling yang menjadi saksi. Setiap orang perlu diingatkan dan perlu tahu langkah yang diambil untuk menyelesaikannya.” Tambahnya lagi, “Dalam negara kita, lapan daripada 10 kanak-kanak dibuli di sekolah. Bullying is all around us and it needs to stop. We need to educate students from young about what bullying is all about and its consequences. I do also believe educating children about bullying begins at home.”

[thb_image full_width=”true” alignment=”right” image=”12310″]
[thb_gap height=”40″]
Rantai leher, cincin dan anting-anting: Infiniti Jewels. Dress: Koleksi peribadi Sharon Jasmin

Buli juga melibatkan orang dewasa sebagai mangsa dan pemangsa. Banyak berlaku di media sosial, dengan body shaming, komen berunsur kebencian dan herdikan antara lain. Bukan selebriti sahaja yang menjadi sasaran, malah warganet turut terkena tempiasnya. “Walaupun kita tidak dapat mengawal tingkah laku orang lain dalam talian, kita boleh membantu memerangi negativiti yang berlaku di hadapan mata. Sebagai contoh; menjadi pendukung – sekiranya anda menerima ‘meme’ yang menjengkelkan, melihat komen yang menyakitkan atau mengetahui ada orang bergelut dengan gangguan dalam talian, hantar laporan menerusi saluran aduan yang disediakan dan tegur perbuatan tersebut. Jangan sekali-kali forward atau turut sama menyelit memberi komen atau menekan tanda suka pada pos tersebut. Reach out to someone who is hurting online, (private message, text, email. Any form of communication so they know they’re not alone).”

FABULOUS AT 40’S

Ketika menyiapkan tulisan ini, sedang bersiaran di TV ucapan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlanjutan buat dua minggu lagi. Masih belum boleh bebas ke sana ke mari nampaknya dan tentunya tak boleh beraya ke rumah sanak saudara. Di media sosial teramat ramai yang merungut tetapi dalam masa yang sama cukup faham keadaan yang berlaku. Nak tak nak, mesti patuh arahan atau jika tidak merasalah betapa sakitnya hidung dan anak tekak dijolok batang besi. 

Dalam keadaan mengharukan ini, teramat penting untuk menilai semula gaya hidup, menjaga kesihatan fizikal dan mental. Seperti Sharon, walaupun terkurung di rumah tetapi masih aktif bersukan dan bermeditasi. “Saya bersenam kira-kira lima kali seminggu dan ia membantu saya menghilangkan tekanan.” Sama juga dengan makan dan minum, amalkan diet sihat merangkumi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ini kunci bagi wanita seusianya. Makanan bergula dan diproses jauh sekali. Dan sejak sekian lama dia konsisten menjaga tubuh badan. Sebagai bukti, tengok gambar-gambarnya dalam gaun hitam juga dress tradisional hijau muda dan biru sekuin (dua ini rekaan Calvin Thoo), makan hati beb.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”12313″][thb_gap height=”20″]
Dress Calvin Thoo
[thb_gap height=”20″]

Menyentuh tentang gaya hidup baru berikutan Perintah Kawalan Berkurung, ujar Sharon, “Perintah Kawalan Berkurung mengajar kita kebiasaan untuk satu gaya hidup baru; sekolah tutup dan anak-anak perlu berada di rumah sepanjang masa. Saya gembira kerana pembelajaran masih berterusan melalui kelas dalam talian jadi anak-anak tidak ketinggalan dalam pelajaran. Untuk keluarga saya, ini masa yang bagus untuk anak-anak belajar memasak, melakukan kerja rumah dan menggalakkan mereka mengambil makanan sihat dan bersenam.”

“Pendek kata,  masa yang dihabiskan bersama di rumah membolehkan kita menentukan norma baru bagi keluarga kita. In a modern world where speed is of essence in everything we do, slowing down may just be what all of us need to create deeper connections and strengthen relationships within the family.”

Satu dilema yang melanda sekarang; Aidilfitri. Sama ada makanan yang lazat-lazat, balik kampung atau seleksi baju Raya baru, setiap orang ternanti-nanti pelbagai moment menyeronokkan setiap kali datangnya Raya. Malah, sekadar menyebut Raya saja cukup buat kita teruja.

Pada Sharon, Ramadan tahun ini agak kurang berseri berikutan usaha negara kita membendung penyebaran Covid-19. “Walaupun ia seperti membantutkan kemeriahan tetapi saya percaya masyarakat faham tujuannya yang tiada lain untuk meratakan lekukkan graf dan seterusnya menghentikan virus ini. Bukan satu bangsa saja terkesan sebaliknya satu negara, dan Raya nanti contohnya, kalau sebelum ini pelbagai bangsa dapat sama-sama berseronok dan beraya, tetapi kali ini semuanya terpaksa dilupakan. Begitu juga bazar Ramadan. Kita semua terperangkan dalam rumah sepanjang hari perayaan. Untung boleh online, dapat juga menghantar ucapan. Nevertheless Malaysians should hold their heads high as we know that each-and everyone of us are playing their role to defeat this pandemic.

Kerana lama terlibat dalam dunia peragaan menjadikan style is her cup of tea. Saya membelek Instagramnya @sharonjasminnn seronok melihat ‘ootd’ versi seorang ratu cantik dalam pelbagai dress pendek dan gaun malam. Anggun sekali. Malah dalam gabungan ringkas seluar dan tshirt tetap terserlah gaya glamor. Walau apa pun, padanan paling selesa buatnya tetap seluar denim dan sepasang tumit tinggi. “I don’t prefer wearing branded outfits unless it is for an important occasion. I was also blessed to be able to wear many designer clothings when I was a model without having to invest in them.”

Dan nak tahu aktiviti ratu cantik di masa senggang? Membuat pastri dan membaca buku-buku penggayaan diri. Sharon turut mengintai peluang menghasilkan buku tentang pertandingan ratu cantik. Ditanya bila? “Tengoklah, harapnya dapat direalisasikan dalam masa terdekat,” jawabnya sebelum mengakhiri perbualan.

 

Penghargaan

Jurugambar: Muhammad Tuah daripada Snips College of Creative Arts (SCCA)
Juru Edit Gambar: Raindrisz daripada Reka Kurnia (Instagram @rain2drisz)
Solekan: Peggy Lee daripada Snips College of Creative Arts (SCCA)
Pakaian: Dress hijau dan biru sekuin Calvin Thoo. Dress hitam koleksi peribadi Sharon Jasmin
Aksesori: Koleksi peribadi Sharon Jasmin
Penyelaras: Wirda Adnan 
Lokasi: Snips College of Creative Arts (SCCA)

 

Related posts

PEDULI PALESTIN Hentikan Penderitaan dan Kezaliman

Wirda Adnan

Sasha Bashir – Malaysia’s Vintage Queen. Rahsia Geroboknya Dikongsi Untuk Pertama Kalinya

admin

DATO’ SHAKE

Wirda Adnan

Leave a Comment