COVER STORY

Suriani Saaroni, “Saya Teringin Berlakon.”

Hujan teramat lebat semenjak tiga hari lalu. Sejuk mencucuk sampai ke tulang. Pada hari yang dingin seperti ini, tiada apa yang saya rindui melainkan matahari yang kini kelibatnya muncul cuma sesekali. Hanya lewat petang tadi baru perasan bayangnya, itu pun cuma sipi-sipi kerana dia sudah berganjak pergi menyinari bumi di sebelah sana.

Mentari sudah berlalu, jadi apa yang tinggal membunga hari-hari saya? Oh, MajalahWM bakal mengadakan acara high tea Celebration of Beautiful People pada 18hb nanti, ini yang membuatkan saya meremang. Setelah Palace Of The Golden Horses setuju bekerjasama, aturcara dirangka dan nama tetamu disenaraikan. Kepada yang terpilih, nanti kami layangkan jemputan ya!

Satu lagi yang membuatkan saya seronok sekali kerana bulan ini tiada artis, businesswoman mahupun ahli politik di muka depan majalah, sebaliknya kami memilih seseorang yang asing dari dunia glamor. Tidak mahu balik-balik panggil wajah popular kerana sesetengah mereka sudah ketandusan cerita. Lagi pun letih, contohnya baru-baru ini saya menghubungi seorang artist melalui pengurusnya; panggilan tidak berjawab dan mesej tidak berbalas. Sibuk sangat barangkali? 

Sebagai syarikat media, kenapa tidak kami membuka ruang untuk orang biasa merasai bagaimana indahnya jika wajah mereka terpampang di muka hadapan majalah… memberi mereka peluang mengecapi glamor dan kemegahannya. Sementelah pembaca MajalahWM.Com sendiri daripada berbagai-bagai latar belakang. Tidak adil jika wajah yang dipilih sebagai cover hanya yang membimbit beg Birkin atau daripada kalangan the creme de la creme of the high society misalnya. Kami mahu meraikan diversity, apatah lagi si dia yang kami pilih ini terlebih dulu meraikan majalah kami dengan email-email yang diutusnya, memberi komen tentang artikel dalam majalah ini selain turut memuji tulisan Wirda Adnan. Nampaknya you masih popular Kak Wirda.

[thb_gap height=”40″]

Suriani Saaroni, berusia 26 tahun bekerja sebagai pembantu klinik di bangunan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Cyberjaya. Suriani anak bongsu daripada tiga beradik dan kini tinggal bersama ibu bapanya di Bangi. Ya, masih berkepit bawah ketiak mak bapa, namun bukan soal anak manja sebaliknya sementara masih bujang jadi mahu menghabiskan selama yang boleh dengan orang tua. Esok-esok bila sudah dipinang Rozaidi (teman lelaki), lain ceritanya.

Saya meluangkan Jumaat malam berbual dengan Suriani. Di hujung telefon kami bercakap tentang beberapa hal termasuk politik dan alang-alang itu saya menyebut nama Syed Saddiq, kalau orang lain menggelujat dan ada yang kata bagai nak pecah ovari, berbeza pula si Suriani. 

“Tak minatlah, saya lebih suka lelaki macam Sharnaaz Ahmad.” 

Oh, lain pula cita rasa dia. Sudah ada yang sopan tutur kata, ditolaknya. Yang dimahunya si bengis yang kuat mengherdik (itu apa yang disampaikan kepada saya).. Barangkali teringin nak merasa ‘sweet’ dimarahi lelaki tegap macam dalam drama tv?

Bila ditanya tentang video, “Assalamualaikum, da jia hao, vanakkam…” yang selalu dimuat naik Syed Saddiq, jawabnya, “Yang itu kelakar!”

[thb_image full_width=”true” image=”10793″]
[thb_gap height=”40″]

Bercakap hal isu semasa, kelmarin kecoh di media sosial tentang pelajar lepasan SPM berkumpul ramai-ramai di tengah jalan di Melaka. Masing-masing dengan motor yang dibikin lebih ranggi dan tentunya lebih laju lagi dan ada juga yang memandu BMW (kereta bapa dan anak hanya tahu melenjan). Ramai abang dan kakak-kakak mengecam termasuk orang popular seperti Dr. Amalina Che Bakri sebagai kak Long di Twitter. Kata dia (baca dalam slang mat salih) “That’s what you called ‘enjoying things’? Throwing paper rubbish on the street and causing chaos? There are other ways to ‘enjoy things’ my dear. Manners maketh man.” Saya juga tak bersetuju apatah lagi berkumpul tengah jalan. Nasib tak ada insiden kehilangan nyawa. Tetapi tak mengapa, biarlah budak-budak nak berseronok. Belajar untuk masa depan, tetapi nakal-nakal untuk kenangan. Kalau nerd sangat esok-esok bila tengok kembali ke masa lampau, sepi tak ada memori. 

Sama ceritanya dengan Suriani, kata dia teringin nak berlakon. Bukan nak jadi the next Janna atau Zahirah tetapi nak merasa bagaimana beraksi depan kamera, melontar dialog. Nak tengok sejauh mana keupayaannya. Dan dia mulakan langkah dengan pergi casting untuk menjadi model komersil. “Nanti saya hantar gambar-gambar awak pada Haji Zil. Mana tahu dia ambil berlakon dalam Sara Sajeeda 2?”

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Melibatkan diri dalam attention seeking business ini juga sebagai caranya menambah pendapatan. Dengan kos sara hidup yang teramat tinggi, sukar untuk survive dengan satu income. Lainlah jika kita dalam kalangan bertuah seperti ahli parlimen; elaun 15 kali ganda gaji minimum tetapi boleh beri alasan letih dan sejuk untuk ‘ponteng’ kerja. Hemm, hebat ya.

Suriani merupakan graduan jurusan IT dari Universiti Tenaga Nasional Bangi dan kini bekerja sebagai pembantu klinik. Kisahnya, mula timbul minat terhadap kerjaya ini selepas setiap hari dia menolong mencuci luka jari kawannya yang kena potong akibat kencing manis. Dan kerana penglibatannya dalam bidang ini juga, Suriani faham sangat jika ada yang complaint tentang layanan lambat di klinik dan hospital. Dia memberi contoh seperti yang berlaku baru-baru ini di laman Facebook Komuniti Bangi yang mana ada si polan memberi komen tentang warga klinik kesihatan di sana yang lambat melayan pesakit. Katanya, “Biasalah, kadang pesakit yang datang teramat ramai sedangkan kakitangan tidak cukup. Berjam-jam beratur nak beli makanan kat MCD boleh pula?”

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” image=”10804″]

Terimbau seorang kawan mengajak saya berjalan pusing Eropah secara kembara backpackers. Saya suka ideanya tetapi saya kurang adventurous. Libur cara saya tidak begitu ekstrem dan mahu tinggal di hotel selesa. Pun begitu saya sahut ajakannya. Dapat luaskan horizon diri. Suriani juga tidak lokek untuk mengembara. Tamat pengajian semester ketika zaman belajar dulu, dia dan kawan-kawan ke Pulau Pangkor dan Langkawi antaranya. Kebelakangan ini, sudah dua kali dia ke Taiwan menjenguk keluarga abangnya yang menetap di sana. Seronok ke Taipei 101 cuma sayang, dia belum berkesempatan merasa kehangatan adrenaline menaiki roller coaster Running Man di Leofoo Village Theme Park.

Di kala senggang, tidak apa sangat yang dilakukan selain bermalasan dalam bilik menonton movie. Cadangnya, sedikit masa lagi nak bawa ibu bapa menonton Gegar Vaganza secara langsung. Sekarang sedang mencuba-cuba mencari jalan mendapatkan tiket. Tentang rancangan masa hadapan, Suriani berharap sangat dapat bekerja di sektor kerajaan. Sudah beberapa kali dia mencuba nasib termasuk menghadiri peperiksaan, namun rezeki belum menyebelahi. Kadang penat juga kerana berkali sudah mengisi borang, tetapi memikirkan kelebihan bekerja gomen, tetap dia usahakan diri.

Tidak mengapa Suriani, terus cuba dan mencuba. Dunia ini tidak selalu kencana untuk kita. Esok-esok pasti dapat juga kalau itu yang dihajati separuh mati. Teruskan berdoa kepada Dia yang merencana. In the meantime, hati mesti terus kental, urat berakar tunjang. Nikmati apa yang ada depan mata. Whatever path you take, doesn’t matter. We all play to win.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” image=”10805″][thb_gap height=”40″]
Penghargaan
Pakaian: By Mior dari Butik Mutiara Mior
Jurugambar: Surya dari SOL STUDIO
Solekan: EMAMiR
Teks: Shaufik Yunus

Related posts

Segalanya Bermula Di Sini

admin

OVEREXPOSED! Datin Sri Nur Shahida Spoke Straight From Her Heart – With An Honesty So Rare…

admin

Wirda & Mahani – Together We Are Stronger

admin

Leave a Comment