FESYEN

Style Guide for 2020

Panduan untuk anda kekal trendy daripada pakaian hingga pilihan aksesori.

Puff Sleeves

Saya melihat begitu ramai pereka daripada lokal hingga ke antarabangsa yang hari ini banyak mereka puff sleeves buat koleksi mereka. Jika untuk lapangan lokal pereka kita bijak membuat puff sleeves ini pada helaian tradisional seperti Fiziwoo yang mengetengahkan lengan kembang ini pada koleksi Rayanya serta koleksi Artisanal yang dipersembahkan di KLFW.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”10820″][thb_gap height=”40″]
Warna

Pop Colour mungkin adalah pilihan yang paling tepat untuk anda bergaya di musim bunga dan panas 2020. Tangerine misalnya warna yang bisa menggantikan neon. Pemilihan warna yang sesuai sebenarnya boleh membangkitkan mood anda, tetapi awas anda perlu bijak menyesuai padan agar tidak kelihatan seperti badut.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”10815″][thb_gap height=”40″]
Blazer

Item yang patut ada dalam setiap gerobok. Musim hadapan masih lagi antara item hangat dari runway antarabangsa hinggalah selebriti yang setia menyarung blazer untuk majlis glamor. Suai padan blazer anda bersama sehelai seluar panjang yang mungkin daripada corak berbeza. Sekiranya anda mengenakan blazer yang lebih plain mungkin seluar panjang tartan bisa mengbangkitkan mood fesyen yang lebih menarik. Jangan padankan seluar panjang dan blazer dalam corak yang berbeza. Salah satunya mestilah plain agar anda tidak menjadi mangsa fesyen.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”10814″][thb_gap height=”40″]
Seluar Berpinggang Tinggi

Seluar berpinggang tinggi tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berakhir. Masih kekal trendy pada musim hadapan. Padankan bersama crop top mahupun tucked-in top  serta padankan bersama sehelai kot labuh untuk mencipta gaya yang lebih elegen. Tidak semua size fizikal wanita sesuai memakai seluar berpinggang tinggi, oleh itu, anda perlu mencubanya dahulu sebelum membeli.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”10816″][thb_gap height=”40″]

Boots

Saya melihat boots akan kembali trend pada 2020, daripada paras lutut hinggalah ke buku lali. Tetapi awas tidak semua boots sesuai digayakan di negara kita. Awas anda mungkin boleh diketawakan hanya kerana menjadi hamba fesyen.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”10813″][thb_gap height=”40″]
Oversized Bag

Oversized bag kembali pada musim hadapan, setelah beberapa musim kita disajikan beg bersaiz mikro seperti di Jacquemus kini tibalah anda menjinjing semula beg tote anda seperti di Louis Vuitton mahupun Alexender Mcqueen. Tip; elakkan daripada menggunakan strap sekiranya menjinjing bag jenis tote bersaiz (lebih) besar sekiranya saiz badan anda  jenis petite. Anda mungkin kelihatan lebih kerdil daripada biasa.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”10812″][thb_gap height=”40″]

Related posts

Mulberry launches The Lowest Carbon Collection

admin

Fesyen dan Irama Bersatu di Pentas PVRTM

admin

Burberry The Olympia Bag

admin

Leave a Comment