“Who the hell are you to call my kid your daughter?”
Kisahnya tentang petikan di atas, seorang pengikut menulis di ruangan komen di bawah gambar anak perempuan Diana bernama Aurora, “Love my daughter, mmuachkk! Take care syg daddy busy.” (Love my daughter. Take care love, daddy is busy).” Nampak pelik untuk seorang yang tidak dikenali meninggalkan komen seperti itu. Dan tentunya sebagai ibu, Diana tidak menyenangi komen jelek yang boleh menimbulkan fitnah, seraya menempelak, “Who the hell are you to call my kid your daughter?”
Straightforward, bold! Membuatkan saya suka pada Datin Diana Danielle. Tambahan pula, Diana bukan selebriti yang dikenali dengan gaun-gaun yang menawan semata, sebaliknya dia membawa nama sebagai ‘an award winning actress’ dengan trofi Pelakon Wanita Terbaik untuk Gol & Gincu Vol 2 di Festival Filem Malaysia 2019 dan Pelakon Pelakon Pembantu Terbaik untuk filem Hanyut, di Anugerah Skrin 2017.
Telah 15 tahun meniti kerjaya sebagai pelakon, Diana terlibat dengan naskah hebat antaranya filem Hanyut, diadaptasi daripada novel Almayer’s Folley tulisan Joseph Conrad yang diterbitkan akhir tahun 1895, selain Gol & Gincu Volume 2 tentang dua pelajar universiti yang bersifat self centered dan berbeza personaliti juga Kami Histeria tentang satu band wanita yang terlalu ghairah mengejar kemahsyuran dan secara tidak sengaja telah merakam suara langsuir di dalam salah sebuah lagu mereka.
MajalahWM menembual Diana Danielle tentang perjalanan kerjaya sebagai pelakon dan tidak ketinggalan kisah peribadi termasuk tentang suaminya Datuk Farid Kamil yang sensasi.
Dress Ferragamo
Sedikit latar belakang Diana? Pendidikan dan keluarga?
Saya berasal dari keluarga berdarah campur. Saya baru sahaja kembali melanjutkan pelajaran setelah ditangguhkan selama bertahun-tahun, dengan anak yang semakin membesar dan komitmen yang lebih mudah ditangani.
Sudah lama mahu melanjutkan pelajaran tetapi sungguh tidak mudah gayanya jika memiliki pekerjaan sepenuh masa juga menjalankan tugasan sepenuh masa sebagai pelajar. Saya pernah melalui keadaan yang sama ketika di sekolah, jadi saya tahu sangat keadaannya. Oleh itu saya memutuskan yang saya berhak mendapat rehat dan mahu sepenuhnya menumpukan pada bidang lakonan. Dalam pada itu saya tidak pernah lupa pada pelajaran dan berjanji yang suatu hari, saya akan sambung semula di tempat yang telah saya tinggalkan.
In your own words describe Diana Danielle?
Passionate, full of life, free spirited, philosophical, hyperactive, a bookworm and always singing.
Pada usia yang muda Diana telah mula berlakon. Adakah pada waktu itu berlakon secara paksaan atau secara tidak sengaja terjebak dalam bidang ini atau sudah terbit minat pada usia yang muda. Dan filemnya?
Saya telah dijumpai oleh ejen bakat sewaktu masih bayi dan terbabit dalam iklan sejak saya berusia sembilan bulan. It’s the most natural thing for me was to transition into television and movies after doing it my whole life. Filem pertama saya menjadi realisasi di usia sembilan tahun yang mana saya mendapatkan sendiri kerja tersebut. Ketika itu, kebetulan saya terlihat sekumpulan orang menjalani penggambaran berdekatan rumah, jadi saya menanyakan pada pengarah jika saya boleh berlakon sama. It was something I knew I could definitely do. I just continued what I had set out to do since I was a kid, and I always loved performing in front of the camera.
Apakah peranan ibu Diana tentang kerjaya seni?
She was my manager but she just recently retired after 15 years.
Kerana sudah mula berlakon pada usia terlalu muda, sedang remaja lain bisa menikmati usia muda mereka berseronok, sebalik Diana sudah duduk di set berlatih dan berlakon, apakah anda kira itu satu keistimewaan pada diri. Atau satu kerugian tidak merasa menjadi remaja yang bebas melayani/menjalani diri remaja dengan tidak terikat dengan masa bekerja dan belajar?
Saya masih berpeluang melalui usia remaja kerana saya ke sekolah setiap hari dan bergaul dengan rakan-rakan rapat saya termasuklah bermalam bersama mereka. Saya menikmati moment yang menyeronokkan, bezanya hanyalah saya sudah mempunyai impian yang besar di usia itu dan saya melakukan semua yang termampu untuk merealisasikannya. So it’s a blessing that I was able to experience both and lived a full teen life.
Kenangan sebagai pelajar? Apa yang menyeronok dan yang tidak menyenangkan pada masa itu?
I enjoyed school, tempat saya membina persahabatan yang berkekalan lamanya. Saya suka membaca dan minat sangat dengan sains dan sukan. Saya juga sudah bekerja ketika itu jadi agak mencabar untuk mengimbangi keduanya dengan baik kerana sebagai pelakon saya perlu berada lama di set penggambaran dan setiap minggu ada pula sesi penggambaran majalah dan perlu melakukan penampilan di merata acara. I did it all anyway, juggling the best way I knew how. Yang tak menyenangkan…. mathematics. I never could love the subject!
And you chose to be an actress. Antara kesemua projek filem, mana satu yang meninggalkan kesan yang mendalam pada Diana.
Babak konsert dalam Kami Histeria. The girls and I had so much fun we woke up with sore necks the next day from all the headbanging. The energy in the scene was so good, I just want to do it again.
Peranan yang paling mencabar?
Tentunya filem Hanyut. Penggambaran dijalani selama tiga bulan (tempoh paling lama bagi filem saya setakat ini) dan skrip Uwei Haji Shaari yang rumit, terperinci dan berlapis. Sukar untuk memahami konteks skrip sepenuhnya di usia 18 tahun dan itulah peranan paling sukar untuk dimainkan, selain berada dalam satu layar bersama barisan pelakon legenda dalam filem ini.
Adakah terdapat peranan yang belum anda mainkan tetapi mahu cuba suatu hari nanti?
Filem penuh aksi, atau filem asing di negara asing di mana saya dapat menemui perkara dan budaya baru.
Anda gembira dengan kerjaya anda setakat ini?
Sangat gembira, kerana saya melepasi jangkaan saya sendiri tetapi tentunya masih ada macam-macam lagi yang saya ingin capai di tahun-tahun akan datang.
Oh ya, rupanya juga Diana pernah mahu menjadi menyanyi namun tertangguh. Ceritakan sedikit mengapa terjadi demikian dan mengapa kini mahu mengembangkan bakat itu?
Back then, the music industry was all about what the radio wanted to play. Saya ke arah muzik country, soul dan r&b dan saya merasakan genre pilihan saya tidak mesra radio. Kini dengan platform digital seperti Spotify, Itunes dan Youtube memberi kebebasan untuk pendengar memilih muzik yang mereka mahukan, ia lebih peribadi dan globally interconnected dan saya rasa ini masa terbaik untuk saya.
Apakah kerana bidang lakonan sudah tidak lagi mendapat tempat di hati atau penerbit tidak lagi mencari lalu Diana ingin menukar arah kepada nyanyian?
The best part about being in this industry is you can do both, without having to choose! There’s been many actors who’s established themselves as singers and vice versa because they’re closely related.
Dress BAPE
Apa yang anda pelajari mengenai diri anda sejak anda menjadi selebriti?
Saya tidak ambil peduli apa yang diperkatakan tentang saya.
Apakah perkara yang anda pelajari mengenai kehidupan dan keadaan manusia daripada menjadi selebriti?
Orang adalah orang, sama ada selebriti, ahli politik, kaya, miskin, soleh, tidak soleh, kita semua cacat dan kita semua belajar.
Apa perkara dalam hidup masih menjadi misteri bagi Diana?
Kehidupan itu sendiri adalah satu misteri. Some things we should know and some things are better left in the dark.
Dan Diana disunting pada usia yang muda. Berkahwin dengan aktor terkenal, yang kacak dan penuh kontroversi. Komen Diana?
Penuh kontroversi? Interesting observation.
Pastinya tidak mudah menjadi Diana Danielle. Kisah hidup yang tersebar luas di akhbar dan majalah, terutama hal rumahtangga. Bagaimana anda menghadapi dan menepis hal yang terlalu peribadi?
I just don’t react and I don’t answer about my issues with people who have nothing to do with my marriage. Simple and very effective.
Dengan segalanya yang terjadi dalam rumahtangga, Diana dilihat masih mempertahan perkahwinan?
There is nothing “heroic” about it, I don’t know why people see me as this good wife who’s staying by my husband, when he is a good guy. So that’s easy to do.
Mengapa pada pandangan Diana, institusi perkahwinan dan kekeluargaan itu amat penting?
I don’t know how to respond to this question.
Apakah nasihat untuk anak-anak, andai mereka memilih untuk menjadi orang seni, seperti ibu dan ayah mereka?
Ia terpulang kepada mereka sepenuhnya. Saya dan Farid akan sentiasa memberi sokongan asalkan mereka melakukan yang terbaik dan membuat diri mereka bangga dengan hasil yang dilakukan.
Andai Diana bukan selebriti, ingin menjadi apa?
Pencipta teknologi hijau untuk memerangi perubahan iklim
Projek yang Diana ingin diusahakan pada masa akan datang?
Ada beberapa yang saya sudah rancang tetapi buat masa ini biarlah ia menjadi rahsia.
Akhir sekali, bagaimana anda menentukan siapa rakan sejati atau yang hanya datang menumpang tuah?
You watch and wait, time will reveal all things.
Dress Loewe
Gambar: Raisa Photography Styling: Amalina Anuar Solekan: Fendi Sani Dandanan: Yuso Pengarah Seni: JimmyOng Terima kasih W Kuala Lumpur Dibawa kepada anda oleh Universal Music Malaysia + Celebrity 360.