Salah satu maksud Lailatul Qadar ialah malam penentuan Takdir.
Dalilnya :
1. Turunlah pada malam Lailatul Qadar itu malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka untuk mengurus semua urusan. (Al-Qadr:4)
2. Pada malam itu Kami menurunkannya dengan penuh berkat …. untuk mengatur urusan dengan penuh hikmah. (Al-Dukhan:3-4)
Daripada dua ayat di atas dapatlah diambil kesimpulan bahawa pada setiap malam Lailatul Qadar Allah akan suruh para malaikat agar menulis Takdir atau Nasib setiap manusia untuk jangka masa setahun mendatang.
Oleh itu, manfaatkan masa 10 Hari Terakhir bulan Ramadan ini agar banyak memohon kepada Allah agar nasib kita baik-baik belaka dalam setahun mendatang.
Bersungguh-sunggulah minta kepada Allah pada malam-malam 10 terakhir Ramadan agar murah rezeki, minta anak atau cahaya mata, agar diberi jodoh yang soleh dan solehah, juga keharmonian rumah tangga, kejayaan anak cucu dan lain-lain lagi.
Oleh Ustaz Abdullah Yasin dari Mekkah…