FESYEN

Tak Perlu Hitam Atau Navy – Musim Ini Sut Santai Hadir Bermacam Warna

[vc_row][vc_column][vc_column_text]Saya membelek gambar-gambar sut dalam artikel ini; cantik tetapi bolehkah dipakai wanita di usia 20-an? Kerana seingat saya, semenjak tahun pertama bekerja, yang saya biasa jumpa orang muda sutnya warna hitam atau kelabu, dan kemeja di dalamnya putih. Atau memakai blazer berwarna dengan skirt hitam atau kelabu. Corak pula sama ada kosong atau bergaris. Pergilah ke sektor awam mahupun swasta, begitulah yang biasa kita lihat (minus kawan saya bekerja di Petronas pakai blazer hijau muda terang, sudah cukup cantik tetapi jarang diulang pakai, katanya orang tengok, segan).

Orang muda takut memakai sut berwarna dan bercorak kerana bimbang nampak tua. Tetapi, tidak ada salahnya kalau potongan sut cukup konservatif, terletak muat di badan dan tahu memilih kasut sama ada pumps bertumit tinggi atau yang biasa, juga tambahan aksesori termasuk skaf, jika perlu. Lagikan sut seperti ini adalah satu cara yang bagus untuk eksekutif muda nampak segar dan profesional.

Dan ya, mesti tengok di mana anda bekerja. Saya ada kakak bekerja di DBKL daripada umurnya 20an tetapi sekalipun tak pernah melihat dia memilih sut berwarna walau ketika menghadiri konvensyen. “Tak sesuai dengan latar belakang kerja,” beritahunya.[/vc_column_text][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8621″][thb_gap height=”40″][vc_column_text]

Inspirasi daripada Victoria Beckham Resort 2019
[/vc_column_text][vc_column_text]Sut yang menyerlah dengan warna, corak dan potongannya lebih menjadi pilihan wanita pada usia matang. Tiada yang menghairankan kerana salah satu sebabnya orang macam ini (atas faktor kematangan) lebih confident dengan diri dan yakin dengan kebolehan profesional mereka.

Kalau anda memiliki strong personality dan tinggi keyakinan diri, pastinya tak akan fikir banyak kali, anda sarungkan saja sut berwarna yang dirasakan menarik pada diri tanpa khuatir memikirkan pendapat sekeliling. Kalau mahu jadikan yang oren itu sebagai go-to-suit, silakan. Jika sibuk memikir warna terang banyak mata memandang, maka ketidakselesaan itu akan terlihat pada gerak tubuh, jadi orang akan perasan ada sesuatu yang tidak kena. Jika confident, mata yang memerhati tadi akan nampak anda kerana personaliti anda yang menyerlah, bukan kerana warna yang dipakai.[/vc_column_text][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8622″][thb_gap height=”40″][vc_column_text]

Inspirasi daripada Dries von Noten AW 18
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button