COVER STORY

Dato’ Tom Dan Habsah Abang Saufi “Sisters Are For Sharing Laughter And Wiping Tears.”

Februari ini, tetamu saya adalah dua wanita yang sudah berkali-kali saya jumpa. Dengan penampilan yang ada ‘class’ dan biasa melihat karya mereka membuatkan saya mahu mendekati kerana ada topik yang boleh dibualkan nanti, tetapi kemudian langkah saya terhenti, “Oh no, I don’t have the confidence.” Akhirnya saya hanya mampu memandang mereka… dari jauh.

Harinya datang juga kerana kali ini mereka menghiasi isu ini. Saya menemuramah di dua waktu berbeza. I love their infectious and spirited laughter and their incredible warmth. Dan buat pertama kalinya, sebelum mengakhiri perbualan saya berkata, “I hope I have made a new friend,” dan mereka menyambutnya dengan mempelawa bertemu.

Saya bawakan kepada anda cerita wajah muka depan MajalahWM bersama the ultimate diva of Malaysia’s fashion industry, dan adik kesayangannya, who was one dream of painting and today she paint her dream, Dato’ Tom dan Habsah Abang Saufi.

Untuk orang muda yang tidak biasa mendengar nama Tom Abang Saufi, bagaimana mereka boleh mengenali anda?

Ini terpulang kepada mereka. Saya berkongsi banyak tentang kerjaya saya secara visual di media sosial dan ini menjadi satu cara untuk orang mengenali saya. Ada juga yang kenal kerana melihat saya di television dan majalah, selain melalui koleksi saya di online shops. Kadang-kadang, yang tak pernah jumpa tu disebabkan nama saya Tom, orang ingat saya lelaki tau. Hahaha. Ada juga yang berjumpa semasa di majlis atau pertunjukan fesyen.

Semenjak 1985, masih kekal jenama anda hingga kini, bermaksud anda punyai klien yang besar. Bagaimana interaksi anda dengan mereka?

Saya suka jadi relevan sebab klien saya terdiri daripada pelbagai golongan umur. Kalau kita boleh memenuhi citarasa pelanggan di usia berbeza, bermaksud produk kita sentiasa boleh diterima. Ada klien saya yang daripada nenek sampai cucu mereka memakai koleksi saya, kerana cara saya memilih warna, rekaan baju yang mudah disarung dan boleh digayakan dengan style sendiri. Dan kerana rekaan saya menggunakan inspirasi warisan, jadi ia sesuai dengan orang yang suka berfesyen.

Salah satu cabaran dalam bisnes adalah bertemu klien yang berlagak. Apa pandangan anda?

Tidak mungkin kita tidak pernah berjumpa dengan orang yang berbeza karakter. Sama ada bisnes makanan, korporat atau fesyen pasti akan melaluinya. Saya seorang individu yang suka melihat pada sisi positif kerana dalam perniagaan seperti ini, orang yang membeli sentiasa betul. Kita mesti ada cara yang membuatkan klien tidak bersikap panas hati atau menjadi lebih marah. I always try to make something more enjoyable. Kita bukakan satu pintu yang membuatkan orang itu rasa “I’m too much,” atau bagi dia melihat keadaan yang membuatkan dia sedar yang dia sedang berkelakuan tidak sopan. There’s always an area of two person can be happy with something.

Adakah anda bersetuju status anda dan adik beradik yang dikenali di kalangan high society memberi kelebihan pada perniagaan?

I think so. Kalau orang popular atau fashionista suka dengan produk kita, orang lain juga mahu memilikinya. Saya punya kelebihan kerana sudah banyak bergaul. Kita tahu bagaimana berurusan dengan orang berbeza kerana kita terbuka dengan berlainan lapisan masyarakat. Mak saya seorang yang berbudi bahasa; dia mengajar anak-anaknya supaya mesti bersopan santun, mesti hargai warisan Melayu dengan adat dan budayanya, jangan lupa agama, boleh jadi moden tetapi dalam masa yang sama jangan kolot. Dia menghadiri apa saja majlis daripada kenduri atau kematian, semuanya dia pergi. Saya belajar banyak dengan melihat apa yang dilakukannya.

Salah satu yang unik tentang koleksi Tom Abang Saufi (TAS) adalah anda beli fabrik dan melukis sendiri corak untuk hampir setiap koleksi, selain pernah mengeluarkan koleksi tanpa butang dan zip. Apakah lagi yang unik tentang TAS?

My philosophy of design is deep rooted inside. Saya memikirkan macam mana orang memakai koleksi saya, berapa lama mereka bersiap, saya membayangkan citarasa wanita muda juga ibunya. Saya telah melalui peringkat kehidupan berbeza jadi saya faham yang wanita mahu nampak menarik tetapi tidak mahu bersiap lama. Bagaimana pula dengan yang bertudung? Jadi kita kena fikir pelbagai aspek.

Saya pilih dan reka baju saya sendiri. Daripada bentuk badan yang dulu sampai sekarang, saya pilih cara berpakaian atau siluet supaya sama ada orang besar atau kurus yang memakainya, dia akan merasa dirinya istimewa. Beberapa hari lalu saya ke bank dan saya nampak seorang wanita muda memakai koleksi saya di Zalora, yang mana ia sebenarnya baju untuk Raya. Dia memakainya dengan seluar jean ketat dan dia nampak bergaya. I love it; she was just a stranger and she didn’t even know who I was. Online shops memberi peluang untuk orang membeli koleksi TAS yang affordable. Like that girl, she didn’t wear it to an occasion, she just wear it on a normal Wednesday. Ini antara feedback yang saya dapat daripada orang awam dan ia membuatkan creator seperti saya merasa lebih seronok untuk terus berkarya.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8588″]
Koleksi Dato’ Tom Abang Saufi
[thb_gap height=”40″]
Tailoring services dengan pereka fesyen tempatan boleh jadi sangat mahal. Adakah yang sama juga dengan TAS?

Kadang kala persepsinya seperti itu kerana mereka lihat klien saya ada permaisuri, jutawan tetapi ada juga ordinary people on the street. Ini sebahagian kuasa online kerana orang boleh Google untuk check harga. Of course harga dan nilai itu mesti berdasarkan asas yang betul…sebagai contoh sebelum ini saya banyak buat baju wedding, les yang saya selalu beli satu meter harganya dua ribu, kalau diguna empat meter dengan caj servis lain dah tentu kos jadi berbelas ribu. Tetapi dengan online platform saya dapat menghasilkan koleksi dalam skala yang besar dengan kos produksi yang murah, jadi saya boleh menjualnya dengan harga yang rendah. Untuk 380 atau 400 ringgit, banyak orang sudah boleh membeli rekaan saya. Ini sebabnya saya masih relevan di kalangan millennial. Saya juga masih lagi buat untuk klien tertentu yang mahukan sesuatu yang istimewa.

Selepas bertahun-tahun, selepas banyak kerja promosi dijalankan, selepas banyak pereka fesyen dibawa ke luar negara untuk mengenengahkan hasil kerja mereka, termasuk juga produk seperti batik dan songket, tetapi tiada yang begitu outstanding. Apakah yang masih kurang?

Yang kita ke luar negara itu kebanyakannya hanya melakukan promosi dalam masa yang terhad. Kita tidak tinggal cukup lama untuk melakukan urusan perniagaan. It’s always just a little bit of touch and go. Ia juga tidak dirancang dengan begitu teliti, berbanding kalau kita lihat negara China dan India yang melakukannya dengan lebih teratur. Dan pada peringkat tertentu, kita memerlukan banyak wang dan perlu gunakan connection sendiri. Dulu pernah Cherie Blair, isteri kepada Tony Blair yang ketika itu Perdana Menteri United Kingdom pergi lawatan ke China and India, instead of wearing British designer, she actually wore mine. Saya sangat terkejut ketika menontonnya di CNN. Ini kerana tuah, saya dipanggil menunjukkan koleksi batik saya kepadanya. Dia tidak perlu pun memakai ke acara rasmi, tetapi dia pakai juga.

But anyway nowadays, jika ingin dikenali kita kena belanjakan banyak wang, contohnya untuk melihat koleksi kita dipakai selebriti di karpet merah Oscar. Perlu memupuk persahabatan dengan penata gaya. And it is so competitive because everybody else is doing it. Kalau kita ke luar negara setakat menyertai satu pertunjukan fesyen, itu tidak akan memberi impak. Kita kena buat follow-up, buka booth lebih lama atau ada agen yang mewakili kita di beberapa kota.

Untuk Jimmy Choo dan Zang Toi, mereka membuka butik di pusat fesyen utama dunia. You have to have a lot of business plan and money to pump in. Seperti Jimmy Choo, saya kenal dia pada awal 90-an waktu itu kedainya kecil, pelanggan pun sikit sahaja. Hanya selepas ada pelabur meletakkan sejumlah wang baru namanya menyerlah. Sebelum itu dia hanya meminjamkan kasut secara percuma pada Vogue UK. Dia bertuah kerana Tamara Mellon yang ketika itu bekerja sebagai intern selalu meminta dia buatkan kasut untuk sesi penggambaran. Untuk masuk pasaran dunia bukan satu proses yang mudah. Jika ada pelabur antarabangsa yang tahu selok-belok dunia fesyen, who can straight away get somebody like Anna Wintour to endorse you that would be better. Even kalau koleksi kita dipakai sekali dua di Oscar pun sudah membuatkan nama kita dikenali. Macam Elie Saab apabila Halle Berry yang ketika itu sangat popular menyarung koleksinya di Academy Awards dan menang pula pelakon terbaik, namanya terus melonjak naik. Walhal sebelum itu dia sudah ada beberapa butik di Paris antaranya tetapi orang belum kenal dia sangat.

Cerita Tom Tentang Adiknya Habsah Abang Saufi

Antara anda dan Habsah, siapa introvert siapa extrovert?

Kedua-duanya bukan introvert. Kita dibesarkan oleh ibu bapa untuk terbuka dalam berhubungan dengan peringkat berbeza. We are sociable, and Habsah is always been a very studious girl. She was one of the best students in Kuching. She’s not as commercially inclined as me. She’s actually more an artistic of her whole life.

What do you do that still drives your sister totally crazy?

Bila-bila masa kita ada team party or dressing up saya selalu check outfit dia. Sometimes she can be a bit lazy. Saya tahu dia ada baju lain yang dia boleh pakai tapi dia tak nak pakai. I’m fashion police in the family.

Tentang karakter Habsah?

Her morality. Dia meluangkan banyak masa for charity works. Saya pernah belikan buku numerology dan selepas dia membacanya she can draft it and translate it into numbers. She’s very good with it and statistics. Apabila anda mempunyai pendidikan British, anda akan banyak membaca, meneroka dan suka perbincangan topik, sama seperti Habsah. Saya lebih suka shortcut. Too much coffee shop talk is a bit buang masa pada saya. Saya lebih enjoy produce fabrics, buat rekaan berbanding… you know, having major discussion tentang gunung berapi dan sebagainya.

Pendapat anda tentang bakat Habsah sebagai artis?

Dia berbakat dan ada caranya tersendiri dalam melukis. Dia calit sikit-sikit pun boleh jadi satu imej. Dengan satu strok berus boleh menjadi bentuk. It looks quite a juvenile art, but it can go deep if we go deep into it. I realized she got her own style which is quick brushes.

At the end of the day, everyone wants to go home… where is home for you?

Kediaman adalah tempat adanya mereka yang saya sayang. Sekarang ibu bapa sudah tiada jadi apabila balik ke Kuching, seperti ada satu kekurangan. Nasiblah pembantu rumah ibu saya masih ada lagi dan kadang kala dia masih masakkan makanan yang kita suka. Baru-baru ini saya ke London, meluangkan masa dengan anak saya dan keluarganya termasuk cucu saya. Walaupun bukan rumah saya tetapi saya begitu selesa dan merasakan seperti berada di kediaman sendiri. Di Kuala Lumpur, bersama anak perempuan saya yang lain, she will check on me and my medication. Home is where the comfort is; its serenity and not feeling anxious when you sleeping at night.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8589″]
Habsah dan Dato’ Tom Abang Saufi
[thb_gap height=”40″]

Habsah Abang Saufi

Di Instagram Habsah banyak berkongsi karya seni. Bagaimana boleh timbul minat?

I have always loved the world of art. It’s not just about being happy, it makes me think. It’s thought provoking at times. Sebagai contoh ada artis yang membuat lukisan abstak yang mana di sebaliknya ada mesej yang membuatkan kita berfikir. Seperti juga karya-karya Von Gogh yang ada kisah istimewa. Saya turut minat pada ketukangan kayu Jepun, melihatnya kita tahu untuk menyiapkannya memerlukan ketelitian, pengalaman dan ia membuatkan saya terfikir berapa ramai pekerja kraf yang terlibat, bagaimana mereka bekerjasama.

Semenjak kecil saya suka tengok daun, bagaimana ia melayang jatuh dari ranting. Saya seronok ke muzium dan menghadiri pameran seni. Saya belajar matematik di universiti dan bekerja di IBM (International Business Machines). Bagus pengalamannya but i didn’t really fit in. Sekarang saya dalam proses mendalami seni saya. It is something I can do for the rest of life. Tetapi masih tidak meninggalkan fesyen, mungkin saya akan mencipta hasil seni untuk saya lukis pada baju dan memikirkan siluetnya. Sedang mencari masa yang sesuai. Timing is very crucial in life – kalau nak buat sesuatu, yang pertama mesti cantik dan kedua mesti dikeluarkan pada masa yang sesuai.

Ceritakan tentang kumpulan peminat lukisan Habsah?

I have various audiences. Kerana saya banyak muat naik di media sosial jadi ia dilihat masyarakat dari peringkat berbeza seperti kerabat dan orang biasa. Saya suka apabila ada orang yang tidak dikenali menghantar mesej peribadi memberitahu mahu membeli. There are times people say I wish I can afford, so i would ask how much can you afford? Ada juga teman saya dari London, Tokyo dan Hong Kong yang meminati koleksi saya. It’s not big but I am concentrating on it now because it gives me a lot of joy, it’s exciting.

Adakah di negara kita ini ada banyak pembeli karya seni?

Untuk karya seni ada tiga kategori pembeli; pertama yang membeli untuk menghiasi dinding kediaman mereka, kedua yang membeli atas tujuan pelaburan dan ketiga, yang membeli kerana terpesona dengan karya seni itu. Di Malaysia banyak yang di kategori pertama dan kedua. Ada juga yang beri alasan, “Oh I don’t have more rooms in my walls,” jadi bila dia cakap macam tu saya tahulah mereka dalam kategori mana. Yang membeli kerana pelaburan, mereka mahu melihat pergerakan harga.

Bagaimana caranya untuk mentafsir lukisan seni?

Saya bagi contoh ada satu rumah banglo biasa dan lagi satu dengan material yang mahal; untuk menilai harga kedua-dua banglo bergantung kepada rekaan, lokasi, siapa yang pernah tinggal di situ dan sejarah di sebalik rumah itu. In the art world the art work will fetch a much higher value when the artist has passed away. The biggest examples are the Impressionists. Di Malaysia kita ada Ibrahim Hussein dan Khalil Ibrahim; ketika hayatnya karya mereka terkenal dan mahal, juga seni mereka sentiasa menjadi buruan collector. Setelah meninggal dunia, lebih meningkat nilai karya mereka kerana koleksinya terhad – orangnya sudah meninggal jadi tidak ada lagi karya baru daripada mereka. Arwah Khalil Ibrahim pernah menghadiahkan satu lukisan kepada saya. Waktu itu harganya dalam 500 atau 700 ringgit saja tetapi sekarang mungkin menjangkau 10 ribu kerana dia sudah meninggal.

Lihat pada teknik pemasaran Hermes; hanya mengeluarkan beberapa unit untuk setiap item, dan untuk membeli kena buat pesanan. It’s the concept of limited edition. Kadang kita tengok artwork hanya ada satu garis saja. Eh apa maksudnya tu? Tetapi ada sejarah di sebaliknya. It’s the thought process because you are buying an intellectual property. Di dunia ini, tidak boleh hanya menganggap satu idea atau satu prinsip saja yang tepat – kerana semua ada bezanya. Tidak ada satu cara untuk menggambarkan seni terutamanya, kerana ia bukan sains.

Bagaimana untuk seorang artis mahu menjadi dikenali?

If an artist can capture the attention of someone, especially an art critic or a renowned collector, then he knows he has arrived. More so to have his work exhibited at a major art gallery. Saya bertanyakan soalan ini pada the Head of Design di sebuah universiti terkemuka di England, dia sudah menjadi ketua jabatan semenjak 30 tahun yang lalu, “How do you tell a student when he is going to shine?” Dia kata, “When they don’t follow the norms, when they are unique and different.” Mungkin itu salah satu cara menggambarkan seorang artis itu sudah berjaya. When you break the boundaries and the realm of what the thinking is – it is got to be thought provoking.

Antara koleksi istimewa dalam simpanan Habsah?

Sewaktu di umur 23 dan bekerja di IBM, saya beli satu painting di pameran peribadi karya Anuar Rashid. Harganya 800 ratus, gaji saya 1,500. Saya bayar ansuran setiap bulan. Tetapi sayang lukisannya sudah hilang.

 

Habsah Bercakap Tentang Kakaknya, Tom Abang Saufi

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8591″]
Di belakang Habsah, karya seninya yang menggambarkan perikanan dan pencemaran di lautan – sebutnya, “Kita perlu berhenti, dan berfikir tentang peranan kita dalam menjadikan planet ini tempat yang lebih baik untuk generasi akan datang.”
[thb_gap height=”40″]
Kakak Habsah itu orangnya bergaya, rekaannya pun bagus belaka. Bagaimana dia dulu-dulu?

Sewaktu di usia 16 dia sudah pandai berpakaian, dah glamor. Sepanjang masa dia bergaya. Ditambah pula dengan bentuk badan dia waktu itu, kita tengok dia macam Miss World. She shines out. She became our fashion guru. Dia jugalah kita punya polis fesyen. Kehidupan kami adik beradik sentiasa berlegar dengan fesyen.

Tentang personaliti Tom?

Dia sentiasa menyeronokkan dan kelakar. Tentunya kita ada perbezaan personaliti. Kita berkawan dengan orang yang sama dan kita juga ada kawan kita sendiri. We are still little girls. Masih saling mengambil berat dan berkongsi pengetahuan seperti dulu. Di belakang pentas semasa pertunjukan fesyen, she can be a monster.  Dengan dia mesti nak kena sempurna dan dia begitu kreatif, even in one minute she still can change something.

Pengalaman menyeronokkan yang dilalui bersama?

Teramat banyak, tak tahu nak cerita yang mana satu. Kita pernah mengembara ke Moscow dan India antaranya. Pengalaman di India best. Kita berjalan di market dan bertemu strangers. Kita juga berjumpa dengan pembekal fabrik. Dan malam hari kita beryanyi-nyanyi di bar. Itu trip bisnes pertama saya bersama dengan dia.

Adik beradik juga bergaduh dan menyimpan marah atau berdendam. Bagaimana dengan anda?

Kami hanya manusia biasa, setiap daripada kita ada kelemahannya. It is a very healthy relationship where we can argue and we don’t speak to each other for two days. We don’t hold grudges for long. I find it very rare in this world if people don’t fight with the people they love.

Satu perkara yang Habsah belum pernah beritahu pada Tom?

Saya sudah beritahu segalanya pada dia. I want her to take care of her health; I want her to lose weight. At the end of the day she also tells me things. Sebagai adik beradik kita tidak menyorokkan apa-apa antara satu sama lain. When you are close you don’t hide. Sisters are for sharing laughter and wiping tears. Kita sentiasa saling berkongsi, tetapi mengikut pada waktu dan tempatnya.



		
[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8592″]
Dato’ Tom dan Habsah Abang Saufi
[thb_gap height=”40″]
Penghargaan 

Jurugambar: Iqqi VR.Photogministry  

Studio: Atelier 111, Laman Sari Bussiness Park, Shah Alam, Selangor 
(Terima kasih kepada Habsah Abang Saufi pemilik Atelier 111) 

Solekan & Dandanan: Fiya Osman menggunakan IY Cosmetics  
Pakaian: Koleksi peribadi Dato' Tom dan Habsah Abang Saufi
Konsep dan Pengarah Seni: Wirda Adnan

Related posts

Ratu dan Cantik

admin

Jantra Loves Fashion – “I Got It From Mama and Opah”

Wirda Adnan

Datin Dr Nik Sarina Hashim & Aryssa

admin

Leave a Comment