CANTIK

Rahsia Kecantikan Meghan Markle

Sebelum ini semasa bergelar pelakon dan kini ahli keluarga Diraja, Meghan Markle teliti menjaga kecantikan dengan rejim khas.

Tentunya kita di sini menyangka produk yang dia guna mahal belaka, namun tidak langsung, kerana dia memberitahu tidak pernah terlupa menggunakan satu produk yang menurutnya tidak glamor.

“Ia bukan produk yang glamor tetapi bagus untuk menyembuhkan sesuatu. Jika kulit kemerahan digigit nyamuk atau berjerawat, minyak tea tree boleh meredakan,” ceritanya dalam satu temuramah.

Meghan menjelaskan kulitnya sangat sensitif jadi dia memilih minyak tea tree kerana ia mengandungi antibakteria dan dapat merehatkan kulit.

Selain minyak tea tree, Meghan juga menggunakan face oil daripada Beuti Skincare Beauty Sleep Elixir yang dicadangkan oleh kakak iparnya, Kate Middleton.

Face oil yang digunakannya mengandung 98 peratus minyak organik yang efektif mencegah inflamasi, melambatkan penuaan, jerawat, dan kesan buruk daripada sinaran matahari.

Related posts

Herborist Focus on Rebalancing, Rehydrating, Rejuvenating, Brightening and Firming The Skin

admin

“It Keeps My Elbow Supple,” Petua Pelakon Hollywood Joan Crawford Melembutkan Siku

admin

Taylor dengan Smokey Nude Glow Kit

admin

Leave a Comment