FESYEN

Kasut But Yang Tidak Praktikal Untuk Dipakai Pilihan Victoria Beckham

[vc_row][vc_column][vc_column_text]Victoria Beckham suka stiletto yang cantik. Walaupun baru-baru ini dia melancarkan koleksi sporty sneakers kolaborasi bersama Reebok, tetapi hubungannya dengan kasut tumit tinggi sangat diketahui.

Mengimbau balik di zaman bersama Spice Girls; ketika ahli kumpulannya memakai sneaker kerbau, dia pula obses dengan kasut bertumit nipis. Peminat tegarnya pasti masih ingat, dalam rancangan realiti menampilkan Beckham, Coming to America TV pada 2007, dalam salah satu episod dia dikerumuni paparazi dan sebutnya tentang insiden itu, “Saya sangat terkejut (melihat banyak paparazi) kerana ketika itu saya memakai kasut rata.”

Minggu lalu, Beckham seperti biasa dilihat memakai kasut yang cantik tetapi tidak praktikal.

Mengambil kira cuaca di Manhattan kebelakangan ini, Beckham yang tentunya kesejukan dilihat di jalanan di sana dua hari berturut-turut dalam pilihan yang mengejutkan; but stiletto tinggi yang terbuka di depan. Walaupun kulit leather melindungi hampir setiap bahagian kaki hingga betis, tetapi tidak jari kakinya yang terbuka dengan tiupan angin.

Walau bagaimanapun, dia menggayakan kasut dari koleksinya untuk edisi Pra Musim Luruh 2019 dengan sungguh selesa dan anggun.

Esoknya, dia dirakam dalam serba hitam termasuk juga kasut; but dengan kot struktur tentera, dengan skirt bawah lutut dan baju berleher kura-kura. Semalamnya, dia memakai but merah terbuka di jari dengan shirtdress bercorak, baju berleher kura-kura dan kasut warna burgundy, juga beg kepit hijau dan berkaca mata besar.[/vc_column_text][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8617″][/vc_column][/vc_row]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button