FESYEN

Strategi Marketing Di Dalam Fesyen

Sejak kebelakangan ini saya melihat kemeriahan acara fesyen tempatan kembali subur setelah lama suram tidak lagi berbunga. Sedikit ega hati ini melihat banyak pereka tempatan yang masih bertahan biarpun berdepan cabaran dek kerana penangan virus Covid 19 yang bukan sahaja membunuh manusia bahkan juga membunuh banyak jenama dalam dan luar negara.

Yang merisaukan saya bukan lagi bakat pereka kita tetapi bagaimana hala tuju pereka ini dan bagaimana mereka mahu menjual helaian yang indah sewaktu dipentaskan ini agar tidak berkubur bernisankan glamor semata-mata.

Semua sedia maklum fesyen adalah bisnes, dan bisnes adalah ekonomi, jika tiada transaksi ekonomi maka tiadalah bisnes dan fesyen. Banyak jenama yang saya lihat sebelum-sebelum ini cukup glamor himpunannya, hari ini hanya tinggal nama. Lantas pernahkah pereka yang sedia ini mengambil iktibar agar dan mengukuhkan jenama masing-masing agar kekal bertahan dengan dunia fesyen yang penuh cabaran dan kejam yang hanya menanti masa untuk menindas kita.

Hari ini elemen yang penting dalam bidang fesyen bukan lagi terletak pada bakat dan helaian itu sahaja tetapi pada pemasaran yang berkesan. Pengukuhan dalam penjenamaan adalah antara  yang paling penting dalam bidang fesyen. Lihat bagaimana jenama besar di bawah LVMH misalnya. Mereka menjual jenama dengan kaedah psikologi lantas menguasai bidang pasaran fesyen melalui empire penaklukan yang berkesan. Jenama ini juga menjadi brand awareness dan menakluki dunia fesyen melalui brand identiti setiap DNA masing-masing. Cuba lihat jenama pereka kita hari ini, berapa ramai audience yang kenal dengan jenama kita. Jenama tempatan yang harus dipuji mungkin Duck antaranya, pelanggan mengenali jenama itik ini melalui pembungkusan dan juga logo jenama itu sendiri.

Selling With Story

Saya suka sebenarnya melihat cara pemasaran seperti di Dior. Sebagai contoh Dior menjual helaian dan aksesori dengan memuat naik video pendek di akaun Instagram milik mereka yakni menceritakan kualiti pembuatan dan juga inspirasi yang dihasilkan produk jenama ini.

Funnel Marketing

Funnel marketing mungkin boleh dianggap antara elemen terpenting dalam kaedah pemasaran. Antara kaedah funnel yang berkesan adalah melalui promosi teaser video beberapa hari sebelum hari koleksi dilancarkan. Kaedah lain yang mungkin boleh dianggap berkesan adalah pemberian free gift dan juga potongan harga mungkin buat pembeli terawal.

Omni channel marketing juga salah satu cara yang berkesan. Media sosial hari ini adalah tempat paling mudah untuk memasarkan produk. Apa yang silapnya bila jenama tidak mampu untuk menguasai empat elemen utama dalam omni channel marketing iaitu frekuensi, populariti, kepercayaan dan konversi dengan pelanggan.

Advertising adalah cara kaedah pemasaran yang masih relevan ketika ini. Pereka jangan takut melabur untuk mengiklan tetapi nasihat saya sebelum melabur pereka kena tahu traffic generation yang berkesan, target audience, dan tahu bagaimana membuat iklan untuk terus menjual.

Dengan kepantasan dunia fesyen hari ini, ternyata dunia fesyen bukanlah lagi bergantung kepada glamor semata-mata. Pereka perlu membuka mata dan bergerak pantas untuk kekal relevan

Related posts

Love, Bonito Meraikan Ulang Tahun ke-13 dengan kolaborasi bersama KANOE

adminwm

Dunia Fesyen Yang Suram

admin

Kate Spade New York Unveils Its Summer 2022 Collection

adminwm

Leave a Comment