COVER STORY

Rahman & Rafiza ‘Our Heart Speaks The Same Language’

Pertama sekali saya mahu mengucapkan terima kasih kepada teman baik saya Anna Ghani kerana memperkenalkan saya kepada Rafiza. Sebaik Anna berkongsi nombor telefon Rafiza, saya terus menghubunginya. Berbual seketika, saya semacam sudah boleh bayangkan pewatakannya dan kemudian berbalas Whatsapp. Seminggu kemudian saya sudah berada di kondo kediamannya, membawa bersama jurugambar dan jurusolek. “Anna, andainya di dunia ini ramai insan seperti Rafiza dan Rahman, damai hidup. Anna, you’re so right bila you beritahu I, “Wirda, percayalah you akan suka dia, Anna tak tahu nak describe macam mana, tapi you akan suka dia.”

Seketika di lobi, Rafiza dan Rahman muncul. Memperkenal diri masing-masing kami dibawa naik ke kediaman mereka. To describe serba ringkas tempat tinggal pasangan ini, ia berlatar belakangkan Menara Berkembar KLCC dan bangunan-bangunan pencakar langit yang bersebelahan, mashaAllah cantiknya pemandangan. Kondo satu bilik sederhana hiasan dalaman, dinding kaca mengasingkan ruang dapur, satu sudut ruang study, ruang tamu dan ruang makan. Ya Allah seolah tidak percaya hidangan di meja makan ‘sempurna’ sekali. Beraneka jenis dengan presentation yang membuat kami terus lapar. pinggan mangkuknya, teko oh… “Silakan, jamu selera dulu sebelum kita mulakan ‘kerja’ hari ini. “Kopi atau teh,” kak Wirda, kak Mahani…” Saya nampak sang suami membuat sesuatu di dapur, dan kemudian, sekali lagi kami terpaku, latte di cawan macam hidangan di Coffee Bean. Berapa minit kemudian Rafiza membawa semangkuk ubi keledek rebus, “My favorite dish,” katanya. “Ini sahaja yang I masak, ha ha the rest, Grab aje. Habis shooting kita makan lebih sedap lagi, okay.”

Siapa Rahman dan siapa Rafiza?

Abdul Rahman bin Md Din, membaca biodatanya, saya tergamam. Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, University of Sydney (Kelas Pertama), Sarjana Kejuruteraan, University of Cambridge (Distinction) dan penerima Biasiswa Yayasan Khazanah dan Anugerah Biasiswa Yang Dipertuan Agong. MashaAllah, dan saya rasa amat bertuah kerana ditemukan dengan insan yang bukan sahaja pandai tetapi amat down to earth dan kacak pula macam artis Korea.

Pengarah Urusan Queenspree.com, Rahman berpengalaman selama 12 tahun di PETRONAS sebagai Jurutera dan Pegawai di Pejabat Naib Presiden, PETRONAS, sebelum melanjutkan pelajaran ke University of Cambridge, United Kingdom di bawah Biasiswa Yayasan Khazanah. Beliau adalah anak kelapan daripada sembilan adik beradik, “Ibu pesara guru, arwah bapanya ialah Pengarah di Lembaga Tabung Haji,”  katanya. Sementara wanita jelita di sebelahnya, sang isteri Rafiza Abd Hamid juga pernah berkerja di sektor kewangan selama 13 tahun di beberapa GLC termasuk Petronas dan Permodalan Nasional Berhad. Rafiza berkelulusan Sarjana Muda Perakaunan dan Certified Financial Planner. Penerima biasiswa Permodalan Nasional Berhad. Sekarang-salah seorang daripada pengarah urusan di Queenspree.com (rujuk Queenspree.com untuk mengetahui perniagaan yang dimiliki oleh pasangan ini).

Rahman: ambivert, simple, analytical sementara Rafiza: people person, positive, firm, tiga perkara untuk men’describe’ keduanya, dan gandingan ketiga-tiga sifat ini membuat mereka betul-betul secocok satu sama lain. Saya dapat rasa dan daripada body language keduanya, walaupun diberitahu sudah tujuh tahun mendirikan rumahtangga. (Diakui Rafiza) mereka bagaikan berbulan madu.) Bila senja mendatang (kalau tidak sibuk), bila mana ibu kota diterangi lampu neon dan seluruh bangunan di sekeliling bercahaya, kami berdua dalam pelukan leka menatap keindahan bumi Allah ini, ala-ala berbulan madu,” kata Rafiza berjenaka.

“Namun apabila kami terleka dan berasa hidup tipu-tipu, saya terutamanya, akan merenung nun di kawasan yang terbentang yakni ‘rumah-rumah putih’ bersama perpohon yang ditanam di sekelilingnya, dan memandangnya dengan rasa penuh sayu, penuh insaf. Ya saya dan Rahman akan ke sana jua satu hari, dan berdoa sebelum perginya kami ke situ kami mahu membuat sebanyak-banyaknya amalan supaya dipilh berada di FirdausNya nanti.” (Yang dimaksudkan Rafiza tempat itu ialah tanah kuburan di Jalan Ampang yang sebenarnya dari kondonya nampak jelas sekali.)

Dan sambil Rafiza disolek oleh Sarah, kami terus berbual bercerita tentang kehidupan dan pekerjaan diselang kisah pengalaman pahit manis kehidupan dua insan yang saya ringkaskan, mereka telah menemui cinta sejati, setelah mengharungi pahit manis kehidupan sebelum ini.

Jika tidak silap Rafiza memberitahu telah tujuh tahun berkahwin, what is your secret to making marriage work?

Kata Rahman, “Be mindful – be mindful meaning sentiasa peka dengan situasi dan keadaan sekeliling. Dengan menjadi lebih peka, saya dapat lebih memahami dan mendapat lebih banyak maklumat untuk membantu saya buat keputusan yang terbaik. Perkahwinan bukan seperti di tempat kerja. Cabarannya melibatkan lebih banyak dimensi seperti hati, perasaan, keluarga dan sebagainya. Kadang kala, maklumat bukan datang dari satu saluran sahaja. Jika kita sensitif dan mindful, kita boleh lebih memahami keadaan melalui kata-kata, intonasi, pemerhatian gerak-geri, riak muka dan pengalaman lampau.

Rahman menyambung, “Be smart – seperti dalam apa situasi sekalipun, saya suka berfikir, menganalisa dan berusaha memilih keputusan dan langkah yang paling memberi manfaat kepada semua pihak. Bagi saya, setiap perkara pasti ada jalan penyelesaiannya. Dan ya, perpisahan juga adalah salah satu jalan penyelesaian. Jadi bagi saya, tidak ada istilah masalah yang tiada jalan penyelesaian. Kita hanya perlu berfikir secara objektif, berbincang dan pilih langkah yang terbaik. Sesetengah orang gagal menyedari perkara ini menyebabkan ramai membiarkan sesuatu masalah kekal sebagai “status quo” dan inilah yang membawa kepada pasangan ‘makan hati’ dengan pasangan masing-masing. Saya sentiasa berdoa dan bersyukur kerana dikurniakanNya pasangan hidup yang sesuai.”

Jawapan Rafiza, “To be honest, kak Wirda, saya banyak belajar daripada Rahman. Yes, of course love and passion adalah asas dalam setiap perhubungan. Tetapi untuk menjaga perkara ‘basic’ ini, Rahman selalu mengibarat kan perkahwinan ini seperti satu institusi yang perlukan tahap professionalism yang tinggi. Ramai yang tidak sedar, menjadi pasangan adalah suatu ‘full-time role’ yang kadang kala lebih mencabar berbanding tanggungjawab-tanggungjawab yang lain. Jadi kita perlu lebih ‘profesional’, fahami line of responsibility, communicate effectively, always discuss, manage expectation, be mindful of attitude dan lain-lain lagi.”

Bagi saya tiada paksaan dalam institusi ini. Rahman sebagai leader in this family hanya akan memberikan pandangan dan tidak memberi sebarang bentuk arahan kepada saya. Saya faham logik di sebalik kata-kata Rahman dan secara tak langsung saya pun berfikir seperti mana beliau berfikir. Bagi saya ini penting, ‘our hearts and mind talk the same language, same wave length. Hasilnya, sangat minimal disagreements between us, and even if it occurs, solusi nya sangat manis bagi saya. Dan lastly, he is an amazing partner. I am falling in love with him berkali-kali.”

Ada pengalaman masa lampau yang mendidik anda berdua untuk mengekalkan cinta dan perkahwinan?

Both of us do. Kami kerap berbicara mengenai perkara ini. Apa yang kami conclude ialah, kami sebenarnya dikurniakan rezeki dalam bentuk pasangan yang sesuai dan saling faham-memahami. Jadi cabaran kami dalam perkahwinan ini tidaklah begitu sukar sehingga kami tidak mampu untuk menanganinya.”

What kind of boundaries you think will protect your marriage?

“Bagi saya, perkahwinan lebih kepada perhubungan antara dua orang dewasa yang matang. Saya tidak suka menyuruh atau memaksa pasangan. Saya hanya nasihat, dan seterusnya bergantung pada free will’ masing-masing. Jika pasangan kita adalah orang dewasa yang matang, dia akan buat yang terbaik bukan kerana disuruh, tetapi dia memang ikhlas mahu buat yang terbaik. I think the maturity will protect our marriage, selain doa dan tawakkal kepada Allah.”

“Kita hanya perlu berbalik kepada apa dos and don’ts sebagai seorang lelaki/suami dan perempuan/isteri seperti yang diperintahkan oleh Allah. Setiap perintah ada logiknya. Buat pasangan muda dan baru berkahwin, jika tiada masa untuk memikirkan logik di sebalik semua perintahNya, just follow sahaja. Lama kelamaan kita pasti akan faham.

Anda berdua belum dikurniakan cahaya mata and do you eventually want to have children. How many children do you eventually want? Why? Do you think couple must have children to keep to happy marriage?

Yes, maybe dua-dua. Sebenarnya depends on the person. Happiness comes from being emotionally and intellectually fulfilled, tidak semestinya daripada anak.”

Andai nanti telah dikurniakan anak, what do you think is the best way to raise children?

Engage and encourage them to think. Berikan exposure kepada sebanyak pengalaman yang boleh. Kami sependapat, learning through experience, stimulate their learning through all five senses dan asas akhlak yang betul ialah kaedah yang terbaik untuk mendidik anak-anak.”

What do you think would be the best way to strengthen the relationship sampai bila-bila and what are some of your relationship goals?

“The best thing is to have common targets dan sama-sama berusaha ke arah itu. The journey to achieve those life goals akan menjadikan sesuatu perhubungan itu lebih dinamik.

“We have set several life milestones. Contohnya, milestone lima tahun kebelakangan ini ialah untuk menimba pengalaman bekerja dan belajar di luar negara. Milestone lima tahun akan datang ialah untuk mengembangkan perniagaan. 10 tahun akan datang pula ialah to be financially independent and to pursue our interests and travel the world. I have to admit that I am a good implementer, Alhamdulillah semuanya tercapai setakat ini.”

Rahman dan Rafiza ingat apa pemberian hadiah yang tidak mungkin dilupakan?

“Rafiza menghadiah saya sebuah dompet berjenama Bally. Saya sangat suka dompet itu sebab sangat berkualiti dan ianya masih kelihatan seperti baru sehingga sekarang walaupun sudah digunakan selama enam tahun.

“Rahman memberi… oh banyak sangat. Yang menariknya selalu saya diberi pilihan memilih sendiri. Tetapi yang paling saya tidak lupakan ialah menyambut hari jadi di atas sebuah ‘punt’ (seperti gondola), lengkap dengan beautiful bouquet of flower, kek hari jadi, cheese spread and fancy drinks. Rahman mengemudikan punt tersebut di sepanjang River Cam di Cambridge sambil menikmati pemandangan yang indah sepanjang sungai tersebut. An unforgettable evening!

“Ketika di Rothenberg Ob de Tauber, sebuah bandar kecil di Bavaria Germany, sekali lagi saya dikejutkan dengan romantic evening tea di tempat yang indah, terasa seperti syurga dunia.”

In what areas do you think both personalities complement each other?

Rafiza is a people person, dan Rahman lebih bersifat analitik. Jadi Rahman akan fikirkan strategi dan pelan tindakan dan biasanya Rafiza akan dapat laksanakannya dengan lebih efektif.”

Boleh anda berdua bayangkan kehidupan 10 tahun mendatang?

We would travel the world and do the things we enjoy together. Financial and time freedom, kami harapkan.”

How much space/alone time should married couple give to each other… or you both tak perlukan langsung. Jika tidak. And how important is for individuals in a relationship to maintain your own separate identity?

Very minimal. We live and work at the same place. Our circle of friends pun dari lingkungan yang sama. Rahman pun bukan jenis yang suka melepak dan membuang masa berborak kosong dengan kawan-kawan. Dia akan pastikan setiap masa memberi nilai because life is short.”

Bagaimana dengan favorite style/and favorite food/holiday vacation?

“Kami berdua dua-dua sukakan yang ringkas dan selesa. Dan we appreciate all kind of food. But at this age, kami cenderung kepada healthy food.

About lifestyle – kami menghargai time and convenience. Asalkan dapat menjimatkan masa dan memberikan keselesaan, we don’t mind to spend. “

Andakah anda berdua berbelanja banyak untuk ‘maintain to a certain lifestyle?’

“Setiap apa yang kami belanjakan, kami akan pastikan ianya memberi nilai secara langsung atau tidak langsung kepada kami dan perniagaan kami. Setiap keputusan kewangan dibuat berdasarkan konsep ‘pulangan’. Jika ianya memberi nilai, why not?

“Mengenai rutin kecantikan dan kesihatan menariknya kami berkongsi jenama penjagaan kulit yang sama. Produk yang mesti ada ialah argan oil. Kami mula guna argan oil ketika tinggal di luar negara dan tidak melupakan sehingga kini. Memang bagus dan berkesan. Tidak kisah jenama apa pun asalkan bahan asasnya ialah argan.”

“Kami akan pastikan untuk selang selikan rutin berjalan/lari di taman dan berenang. Selain daripada memberikan manfaat kesihatan fizikal, kami percaya rutin ini membantu meningkatkan kejernihan mental dan kemampuan berfikir sepanjang hari.”

“Rahman sangat mementingkan food ‘intake’ secara semula jadi dan anti kepada processed food.”

Menukar kepada tajuk perbualan, pasti ramai yang ingin bertanya mengenai perniagaan kendalian anda, ceritakan?

“Kami menjalankan perniagaan e-commerce focusing on the trading and retail of cookware and homeware, QueenSpree.”

Ramai berpendapat suami dan isteri lebih elok tidak menjalankan satu perniagaan bersama, pendapat anda berdua?

“Bagi kami persoalan suami atau isteri di dalam satu perniagaan bukanlah perkara utama. As long as individu tersebut mempunyai kepakaran, kebolehan dan tahap professionalisme yang diperlukan- tiada masalah. Malah untuk perniagaan start-up, commitment dan trust sangat penting. Jadi dalam konteks ini, pasukan yang terdiri daripada suami dan isteri amat cocok dengan jenis perniagaan kami.”

Tadi diberitahu, anda berdua berhenti kerja sepenuh masa di mana sebelum ini gajinya lumayan. Pertama tidakkah anda takut akan risiko yang kalau bisnes jatuh dan bagaimana hendak menghadapi hidup?

“Latar belakang kerjaya kami di salah sebuah company Fortune 500, melatih kami untuk menilai kebolehlaksanaan sesuatu pelan perniagaan dari segala aspek termasuk teknikal, komersial dan risiko. Keputusan untuk quit a full time job disokong oleh analisis dan pilot study. Jadi ini mengurangkan rasa takut kerana setiap potensi risiko ada pelan mitigasi nya.”

Saya suka akan statement ‘hidup tipu-tipu’ yang disebut oleh Rafiza, hidup yang tipu-tipu terutama pada kerjaya masa lampau. Ceritakan sedikit akan maksud hidup tipu-tipu itu?

“Ketika masih berkerja di sektor korporat di usia muda, saya mudah terpengaruh dengan cara hidup peers. Sanggup membeli barang berjenama, makan di tempat mewah walaupun pada hakikatnya ia tidak ‘padan’ dengan gaji tetap yang diperolehi setiap bulan. Ada ketika, sanggup mengeluarkan wang simpanan dan guna kad kredit demi mendapatkan barang yang diimpikan. Pada ketika itu, saya fikir perkara tersebut penting untuk dapatkan yang terkini. Kini, saya selalu ketawakan diri sendiri bila teringat fasa ‘hidup tipu-tipu’ tu. Anyways, itulah namanya pengalaman hidup kan?”

Have been in business partnerships before/ and how do you both handle crisis?

Never been in the partnership before. We handle crisis dengan empat perkara penting:

Bertenang, ini penting. Kena stabilise kan diri daripada segenap segi sebelum beralih kepada langkah seterusnya. Remove the immediate threats posed by the crisis and contain the crisis from getting worst. Take a step back and identify the root cause of the problems. Finally, discuss and find the best solution. Saya percaya kalau dipratikkan betul dan bijak, maka segala akan berjalan lancar, inshaAllah.”

Berapa banyak masa anda berdua ‘willing to commit in the business?”

“Kami percaya kepada konsep empowerment and delegation. Bagi kami, masa banyak atau sedikit bukanlah menjadi pengukur utama tetapi kami fokus memberikan empowerment dan melatih pasukan kami untuk menjadi efektif. Selain itu kami menitik beratkan digital automation dalam segenap operasi perniagaan supaya lebih efficient. Our goal is to make the business as efficient as possible such that we don’t have to spend much time and resources. Contrary to popular belief, spending less time on your business is the ultimate goal, not spending more time.”

Dengan krisis ekonomi dan kejatuhan Ringgit, bagaimana anda melihat bisnes anda untuk berkembang?

“Krisis ini bersifat cyclical dan sementara. We manage economic crisis as a temporary shock, jadi kami pastikan ‘working capital’ kami optimum dan kami pantas untuk ‘pivot’ perniagaan kami supaya ia tetap memberi pendapatan dalam keadaan ekonomi semasa. Bagi kami economic shock bukanlah suatu masalah besar jika diuruskan dengan baik.”

“Queenspree akan berkembang kerana Rakyat Malaysia semakin sophisticated. Mereka mementingkan quality, convenience dan mutu perkhidmatan pelanggan yang tinggi.

Berdasarkan laporan-laporan oleh sumber rasmi, sektor ekonomi digital dijangka mencatatkan ‘double digit growth’ year on year.

“Kami position kan perniagaan kami dalam sektor ekonomi digital supaya Queenspree berupaya untuk ‘ride the wave’ dan berkembang maju sejajar dengan trend ekonomi digital.

“Selain itu kami tambah baik produk dan servis kami untuk memenuhi dan melangkaui harapan pelanggan.”

Adakah juga bisnes ini terhad untuk di sini sahaja atau telah berkembang di merata tempat di negara jiran atau di mana sahaja di dunia?

“Perniagaan bersifat e-commerce tidak terhad kepada physical border. Buat masa ini Queenspree menerima order dan membuat penghantaran ke regional Timur Tengah dan Eropah. Model cross-border ini telah terbukti berjaya di pasaran negara-negara maju.”

Kekuatan suami dan kekuatan isteri dalam urusan perniagaan ini?

“Saya boleh kata contribution saya di bidang teknikal dan digital design sementera Rafiza dalam kewangan dan pemasaran.”

Would you ever consider selling the business if an investor made a desirable offer?

Yes, at the right offer.”

How do you both successfully practice work-life balance?

Groom and empower kakitangan-kakitangan kami, sehingga mereka dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab di tempat kerja dengan sebaik mungkin. Berikan mereka ilmu, latihan dan tools supaya mereka berkebolehan dalam menguruskan operasi tanpa bantuan kami.

Selain itu, kami pastikan semua kakitangan kami perlu balik kerja tepat pada waktunya. Kami tidak galakkan mereka bekerja lebih daripada masa yang ditetapkan. Saya akan tegur mereka jika mereka balik lambat. Tak semua majikan sedar bahawa kerja lebih masa sebenarnya memberi kesan negatif kepada motivasi pekerja dan sekaligus boleh memberi kesan buruk kepada operasi syarikat. Kerja lebih masa bukan bermakna rajin. Kerja lebih masa bermakna pengurusan masa belum cukup berkesan.

“Jika mereka ada latihan, ilmu dan kemahiran yang cukup, operasi menjadi lebih efficient dan semua pihak akan mendapat masa yang seimbang antara kerja dan kehidupan.”

What is your end goal in the creation of the business?

“Malaysia masih lagi terbelakang dalam bidang retail berbanding dengan negara maju dari segenap aspek dari segi pemasaran, perkhidmatan pelanggan, etika perniagaan, customer experience, kualiti dan penjenamaan.

Queenspree ingin menjadi pioneer untuk ‘close the gap‘ untuk memberikan senario yang berbeza kepada pelanggan, terutamanya dari segi customer experience.

Makeup by : @sarahdomakeup
Using : MAC & NRC Cosmetics
Gambar  Iqqi 
Solekan Sarahdomakeup menggunakan MAC & NRC Cosmetics
Pengarah Seni Wirda Adnan

Related posts

SHILA RAHMAN A QUEEN OF MIND

adminwm

Jilliyana & Emmilyana “The World Needs Strong Women…”

admin

Didie Nasir Yassif – I’m a Colon Cancer Stage 4 Fighter

admin

Leave a Comment