COVER STORY

ASMARA INI SEMERBAK CINTA

Dato’ Fazley Dan Datin Azrene Buka Lembaran Baru 

Saya cukup kagum dengan dua insan istimewa ini. Setiap tingkah laku, tindakan dan perkembangan mereka sentiasa menjadi tumpuan, bualan ramai, juga ikutan anak muda sebaya mereka. Fazley muncul sebagai anak seni, menjadikan dirinya selebriti yang disegani kerana bukan sahaja berpendidikan tinggi dan berkepribadian menarik, dia juga kurniakan latar belakang yang hebat dari kalangan keluarga yang disegani ramai serta dianugerahkan pula wajah tampan dan susuk yang menawan. 

Sementara Azrene wanita serba boleh. Sejak di bangku sekolah hinggalah ke pengajian tinggi. A leader in many ways, juga berpendidikan tinggi, minat dalam bidang seni malah amat menyanjungi tradisi dan budaya, aktif dalam sukan dan berpersatuan, kebetulan anak kepada isteri seorang Perdana Menteri. Most importantly she is smart and I always remember her sweet smile, it’s so contagious!

Penyanyi dan juga chef selebriti yang memiliki ijazah dari Universiti Reims Champagne – Ardenne dan Le Cordon Bleu Paris, Dato’Ahmad Fazley Yaakob, 43, pernah membuat kenyataan bahawa dia sebenarnya sudah lali dengan kritikan dan cemuhan yang dilemparkan oleh pengguna media sosial terhadap dirinya dan keluarga. Bergelar insan seni sejak 21 tahun yang lalu telah membuatkan diri ‘kebal’ dengan asam garam dunia seni. Azrene pula agak pemalu namun begitu di akhir sesi foto her flexibility shines. Bak kata pepatah jika tidak mencuba kita tidak tahu… and she is actually quite camera friendly. Paling penting bukan sahaja cantik malah fotogenik.

Sambil saya dan Rossa, jurusolek membetul-betulkan kedudukan Dato’ dan Datin ketika sesi foto, Dato’ Fazley bertanya, berapa usia saya sekarang. Terkejut dia mendengar jawaban saya, “Masha Allah, lamanya kita dah kenal. Berapa ya usia saya masa tu? Saya dah 43 tahun ni, kak.”

Fazley bukan baru saya kenali, tetapi sebab kami bersua pada kali pertama atas dasar kerja, Dato Fazley Yaakob memanggil saya kak Mahani. Ketika itu Fazley berusia lebih kurang 20 tahun. Azrene pula saya temui sejak berusia belasan tahun juga, ketika itu saya bertugas sebagai Editor Majalah RIAS iaitu sebuah majalah fesyen dan kami ketika itu sedang ’memburu’ gadis kulit depan yang bijak, berpendidikan, serba boleh dan punya latar belakang yang menarik.

Kebetulan Azrene ketika itu berada di Kuala Lumpur kerana balik bercuti dari London dan saya tidak lepaskan peluang untuk memujuk ibunya membenarkan dia jadi penghias kulit muka depan majalah. Seronoknya tak terhingga kerana saya telah menepati cita rasa bos saya yang berkali-kali menyebut, “Mahani, no bimbos, we want beauty with brains.” So there she was, my cover Azrene Soraya Abdul Aziz.

Buka Lembaran Baru, Memilih Untuk Cemerlang Dan Gemilang

Setelah 15 tahun hidup sebagai suami isteri dan punya empat cahaya mata,  Fazley dan Azrene memilih untuk hidup bahagia bersama. Mereka juga mahu mengenepikan hal-hal dan peristiwa lalu yang mengecewakan dan memedihkan. Sebaliknya dua insan berjiwa besar dan tegar ini berazam untuk terus cemerlang dan gemilang dalam apa jua yang mereka lakukan, baik untuk diri mereka, anak-anak, keluarga juga kerjaya. 

Ikuti wawancara selanjutnya bersama mereka berdua:

Biasanya saya akan bertanya, mengapa orang yang saya wawancara memilih kerjaya yang diceburinya, tetapi dalam kes Dato’ saya lebih tertarik untuk tahu apa yang membuat Dato’ memilih beberapa bidang kerjaya dalam satu masa?  Apa yang mendorong hingga melonjakkan self esteem sebegitu tinggi to such a level; do so many things at a time, that you are a singer, a motivator, a great celebrity chef, a metrosexual/fashion icon, a business icon, tv host, a father and husband role model… and I can go on (hahaha!). Kongsikan juga perkara lain yang ramai  masih belum tahu. 

Saya sentiasa mengutamakan ahli keluarga. Setiap langkah saya banyak didorong oleh mereka khususnya ibu, arwah bapa, isteri, anak-anak dan adik-beradik, baik dalam hal mencari rezeki mahupun dalam mengerjakan tugasan yang saya buat. Sekian lama hingga sekarang saya mengusahakan jenama bukan milik sendiri dan juga yang bukan milik saya. 

Dah berbelas, mungkin berpuluh jenama menggunakan khidmat dan berkolaborasi dengan saya, malah saya juga duta bagi produk saya sendiri mahupun untuk syarikat atau jenama lain sejak 10 tahun saya menjadi chef. Antaranya ialah Starbuck Crispy Cream dan beberapa lagi dalam perancangan selain restoran jenama saya sendiri seperti Sukasucre bistro, restoran Minangkabau, restoran India iaitu Bala’s Banan leaf, Mala Mala yang merupakan satu Szechuan based Chinese restaurant.

Perjalanan seni saya, kini dengan Gegar Vaganza menjadikan saya semakin sibuk. Di samping nyanyian, bidang masak bagi saya adalah seiringan. Saya juga masih menjadi hos beberapa program tv dan saya baru selesai rakaman episode ke tujuh daripada 13 episod untuk salah satu program saya. Bayangkan, tujuh kali 13 episod, berapa banyak program yang perlu saya laksanakan.

Sebagai motivator tentulah saya mengendalikan program-program latihan dan kerja-kerja yang berkaitannya dan sebagai ikon peniaga pula, saya juga ada satu perniagaan baru iaitu syarikat fesyen pakaian kanak-kanak yang saya kendalikan bersama isteri saya dengan label Three Little Ahmads. Kami mengeluarkan pakaian reversible and adaptive clothing untuk kanak-kanak yang ada masalah seperti autism atau yang kurang upaya dan berada dalam spektrum mereka yang tersendiri. 

Perjalanan ini saya jadikan satu kekuatan… because I want to work for my kids and also to be able to put food on the plate for my mom kerana ayah saya pun sudah tiada. Jadi sayalah ayah, abang Long, sebagai anak dan suami dalam keluarga. Perjalanan harian saya tidak mudah, begitu banyak tanggungan. Bak kata pepatah, lagi besar periuk nasi, besarlah lagi keraknya. So my kerak is super big. 

Sebab itu apabila saya ke mana-mana, saya pastikan penampilan saya bagus, tepat and that I look my best. I’m a metrosexual person dan penampilan yang tepat adalah keutamaan bagi saya. Saya potong rambut setiap tujuh hari. Saya telah memakai haruman yang sama sejak 27 tahun yang lalu, deodoran bagi saya sangat penting, begitu juga chewing gum. Every single thing about me is so important. Saya berhadapan dengan orang ramai, so I have to be at my best. When I do my best, I want people to be at their best too.

Setelah melakukan banyak perkara, wearing so many hats and you have the midus touch – berjaya dalam banyak perkara yang Dato’ usahakan. Kongsikan kerja keras Dato’, pengorbanan, perjuangan dan sukses. Tell Majalah WM viewers how you organize, plan, and prioritize your work?

Melakukan banyak kerja pada satu masa cabarannya ialah pembahagian masa dan juga menghadapi kegagalan. Yang orang nampak kejayaannya saja namun kepayahan dan kegagalan boleh berlaku. Dalam proses mencipta kejayaan, sudah tentu saya ada sejarah kegagalan saya tersendiri. Of course I have my failures… ada juga kerja yang saya usahakan tidak berjaya, misalnya satu kongsi niaga restoran di Singapura yang gagal selepas dua tahun dan saya ada juga rakan kongsi niaga lain yang berkolaborasi di sana sini. Satu lagi restoran yang saya kongsi niaga yang dinamakan Mamanda, juga di Singapura dan pernah bertapak di Malaysia juga. Namun kesan ekonomi, MCO dan sebagainya ia tidak bertahan.

So success, comes with failure. Saya percayakan itu. Kepayahan hidup saya berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab itu bermula dari awal. Seawal usia 17, 18 tahun, saya sudah diajar oleh ayah berniaga di pasar malam. Saya petik pelbagai pucuk seperti pucuk paku, pucuk ubi dan pelbagai pucuk lain di hutan belakang rumah dan saya jual di pasar malam Cheras. Pada Sabtu dan Ahad ayah hantar saya bekerja di sebuah stesen minyak sebagai pump attendant.

Kemudian saya mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di New Zealand bagi ijazah akaun dan kewangan tetapi duit tersebut tidak mencukupi. Jadi saya bekerja pada Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad sebagai pencuci tandas di tandas awam yang mana digunakan oleh pelanggan empat restoran berdekatan. Saya terpaksa membersihkan air kencing dan mengutip najis yang bersepah di luar mangkuk tandas kerana mereka selalu mabuk dan tidak sedar, jadi mereka tidak pasti di mana tandas dan melakukan perkara yang tidak wajar. Jadi dalam proses mencipta kejayaan, pengorbanan dan kerja keras itu adalah 99 peratus daripada proses pembelajaran.

Pembelajaran dalam bidang kulinari telah membawa saya berulang-alik ke Paris selama tiga tahun untuk mendalami bidang memasak. Saya sempat ke Chenai beberapa mingu belajar masakan India bersama beberapa chef sambil membuat program tv. Saya juga belajar dengan seorang chef dari Thailand dan saya masih belajar hingga sekarang. Menimba ilmu, saya tidak kira dengan siapa, malah dengan mak orang dan mak cik yang berjualan di tepi jalan pun saya belajar. Pada saya ilmu itu tiada penghujungnya. Satu yang kita belajar hari ini, esok ada 10 ilmu baru. So upscale ourselves and be open enough to learn new things.

Apakah bentuk pentadbiran yang Dato’ pilih untuk penyelia yang mengendalikan perniagaan Dato’? How do you organize, plan, and prioritize your work? Apa yang membuat Dato’ gembira di akhir kerja atau yang mungkin mengecewakan?

Leading by example and walking your talk. Kalau nak berjaya kita perlu bersikap setara, maknanya untuk berada sama tinggi dan sama rendah dengan para pekerja kita, untuk kita dan bersama kita. They work with us and for us. Saya mahu berkongsi masalah dengan pekerja saya, dan saya selalu galakkan mereka untuk whatsapp saya direct jika ada sesuatu atau masalah. Saya percaya kalau kita mendengar boleh menyelesaikan masalah. I refuse to work under bureaucracy and red tapes because I don’t want to be doing that to myself either.

Bila saya menganjur dan merancang biasa dua minggu lebih awal. Saya jenis teliti dalam setiap hal. I’m a planner, walaupun saya tidak menulis, semuanya dalam kepala. Saya tetapkan setiap hari apa yang perlu saya pakai. Kasut yang mana, stoking mana dan satu saja yang saya tidak plan ialah rambut saya. Saya ada tiga ke empat jenis masker dan pelembab kulit yang saya gunakan setiap hari dalam seminggu. Maknanya siang lain malam lain mengikut keperluan kulit saya.

At my age, I’m coming 44, saya banyak melihat orang hilang rezeki pada muka mereka dan nampak lebih berusia. Macam saya bukan sangat tentang metroseksual tapi muka saya adalah rezeki untuk keluarga saya, get it right ya, my face is my rezeki for my family. So I must look after my skin, my body and my health. Saya perlu presentable setiap masa kala di khalayak, barulah orang yakin, percaya dengan produk saya dan mahu memberi saya kerja.

Saya rancang tugasan saya, penampilan saya dan merancang setiap perkara. Satu saja masalah saya dan banyak orang menegur ialah cara saya makan. Memang tidak mengikut waktu sebab bila bekerja, saya boleh lupa makan, but I do eat well and keep healthy cara saya.

What makes you tick dan yang membuat you kecewa dalam kerja? Sikap manusia, persekitaran dan ekspektasi?

Kita memang mudah kecewa ya, tapi yang membuat saya hilang semangat atau demotivated ialah bila melihat sikap orang yang tiada semangat untuk hidup dan tiada semangat dalam bekerja. Saya mahu orang bekerja lebih untuk diri mereka sendiri. Bukan untuk saya, walaupun for me, I work for everybody. Bila saya dapat bayaran, duit saya untuk gaji pekerja jadi saya mengharapkan mereka juga bekerja keras seperti saya, ikhlas dan tidak berkira. 

Yang membuat saya demotivated juga kala melihat orang yang lemah semangat untuk meneruskan keinginan dan tidak mahu mengambil langkah seterusnya, maksudnya bila nak bercakap, dia berbisik, lapar dia tidak cakap, bila perlu bertanya soalan dia tidak lakukan, bila tidak boleh buat sesuatu tugasan dia mendiamkan diri. Bila gaji tak cukup dia mengeluh.

The first step is important. Bagaimana anda boleh usahakan sesuatu yang anda impikan jika tidak mengambil langkah pertama. Langkah pertama ini yang ramai orang tidak buat. Jangan lihat dan tunggu. Dunia sekarang tidak boleh bersikap begitu. Jika kita menunggu, setiap waktu ia seolah-olah menunggu untuk gagal. This is the most dangerous thing. Beginilah, misalnya kita tahu tayar kereta dah botak, kereta tidak ada minyak, wiper rosak tapi kita mahu memandu dengan kereta yang sama dari titik A ke titik B, itu adalah satu tindakan waiting to fail. Itu boleh membuat saya berasa demotivated.

Apakah yang paling menyeronokkan dan memberi kepuasan dalam kerja-kerja yang Dato’ buat?

Sebagai seorang penyanyi saya seronok melihat peminat menyanyi bersama dan melihat orang mendengar lagu-lagu saya selepas 22 tahun berada dalam dunia seni. Sebagai chef pula the feeling of being accepted and acknowledged adalah satu perasaan yang menakjubkan. It’s more than satisfaction sebab sedap tak sedap makanan itu sangat subjektif. Pedas contohnya, orang yang tidak suka pedas memang tidak akan enjoy makan makanan pedas. You cannot say the same food works for everybody, jadi jika orang makan masakan saya hingga habis pun saya rasa gembira, sesuatu yang amat saya harapkan. 

Sebagai seorang motivator paling memberi kepuasan tentulah apabila saya melihat orang berubah menjadi lebih baik. Selepas empat ke lima tahun ada yang jumpa saya ucapkan terima kasih kerana saya pernah pergi ke sekolah mereka buat program motivasi

Bagaimana Dato’ mengikuti perkembangan dan mengekalkan trend terkini dalam setiap bidang kerja Dato’ dan daripada sudut pasaran dan teknologi? Apa yang pasaran mahukan dan kemudahan teknologi namun pada masa yang sama? 

Saya suka menganggap diri saya agak tech savvy dan saya boleh menggunakan kebanyakan kemudahan teknologi dan tiada masalah dengannya, seperti media sosial khususnya saya tiada masalah dengan current trend. Dari segi gaya saya suka gaya tradisional klasik adalah sesuatu yang saya amalkan sebab didikan bapa saya dan cara saya dibesarkan. Namun setelah memasuki universiti dan menjelajah banyak negara, telah memberi saya peluang untuk membuka minda bila menyebut hal-hal teknologi terkini dan aliran. 

Saya sentiasa ingin mencuba, baik dalam media sosial, dalam hal muzik, pakaian, makanan teknologi. Saya memang sukakan media sosial malah saya ada keempat-empat platform seperti corporate comm. Tweeter, IG, Facebook dan saya memang sentiasa mengikuti perkembangan and to be able to know when to use what is most important. 

Saya biasa menggunakan laptop yang menggunakan microsoft window dan sekarang saya tidak menggunakan window lagi, I’m more of a Mac person, Apple person kerana perkembangan teknologi begitu pantas, dan saya percaya kepada penggunaan aplikasi yang tepat. Jadi perlu menggunakan aplikasi yang semasa, jika menggunakan aplikasi yang outdated kita tidak mungkin terkejar dan mampu beriringan dengan teknologi.

Di dapur, motivasi dan menyanyi, teknologi yang kita ada mungkin 10 tahun terbelakang. Ya, saya seorang yang mengikuti trend teknologi, advance dan  mengaplikasikannya dalam semua bidang kerja saya. 

Seorang ketua perlu bersifat ikonik dan menjadi model contoh, Dia ada A team, dan punya superb delegation order? Apakah Dato’ seorang team player? Describe your usual role in a team-centered work environment dan bagaimana Dato’ selalunya bekerja, sebagai team pemain berkumpulan atau sendirian? I learnt from your assistant that he has worked for you for 16 years – “Sejak Dato bujang lagi,” katanya, and he loves you so much, “Tak fussy? Dato cerewet orangnya and very detailed,” he added.

How do you gain their respect, loyalty and trust despite being a fussy and a detailed boss you are?

I believe that I’m a leader, but Im also a team player. Saya tahu bila untuk mengetuai, bila patut tone down and when I need to be a team player. Seorang team player boleh juga lead dengan bekerja sama teamnya selain daripada memberi arahan saja.

Ya, saya tahu anda berbicara tentang Shaif. Saya amat mengambil kira mengenai perincian. Nak kata cerewet tu tidak juga tetapi attention to details tu amat penting. Sebagai tukang masak, saya menghargai dan saya mengukur setiap yang saya gunakan, Perlu tahu berapa gram, lebih-lebih lagi jika anda membuat kuih dan, 1.19 grams itu sangat penting pada seorang baker misalnya.

Sebagai team leader, saya tahu bila untuk mengarah dan saya tahu siapa mampu buat apa. Saya juga agak bagus dalam menghakimi karakter seseorang. Saya ada satu kelebihan yang ramai orang takut dengan saya sejak zaman program tv Akademi Fantasia lagi yang saya kendalikan selama empat ke lima tahun. Saya baca karakter seseorang dengan baik dan saya boleh buat penilaian karakter seseorang dalam masa lima ke sepuluh minit. Jadi bila saya bekerja tu saya dah tahu mood orang, perangai orang dan saya dapat mengenepikan diri saya sebagai bos dan menjadi teman baik mereka. 

Dengan penilaian tersebut saya juga berupaya melihat dengan lebih dalam daripada apa yang dizahirkan. Jadi untuk meraih hormat mereka kita harus berdiri sama tinggi, not higher than your staff but to be side by side. Saya hanya cerewet bila saya perlu dan attention to detail is my strength… dan ramai tidak tahu, kekuatan terbesar saya ialah tahap kesabaran saya. Saya sangat sabar orangnya Marah atau mengamuk, jarang sangatlah berlaku. Tapi jika terjadi bermakna perkara itu memang sudah melampau. Saya percaya marah tidak akan menyelesaikan masalah, dan frustration is like adding petrol to fire. Perlu jadi seperti seekor chameleon yang boleh mengadaptasikan diri bila perlu.

Hidup kita sebagai hamba Allah perlu kekal tawaduk, kekal sederhana, merendah diri. Saya bukan jenis yang suka menunjuk-nunjuk apa yang saya ada dan bercerita dalam IG betapa bahagianya saya but Im more of a lifestyle person dan saya suka kongsi apa yang saya rasa dan bagaimana saya merasakannya. Perkara sama saya lakukan dengan staf. Bila ada masalah saya panggil mereka dan bila saya gembira pun saya kongsikan bersama mereka. Jadi setiap orang ada satu pegangan dan kepercayaan yang sama dan setiap orang faham konsep cubit paha kanan paha kiripun terasa.

Dalam bidang kerjaya Dato’ khususnya sebagai master chef, Dato’ perlu menyediakan klien dengan pilihan dan berkhidmat pada tahap terbaik, but at the same time, they need to know you are just human. Apa tindakan Dato’ apabila ada ketika yang Dato’ merasakan bahawa keadaan sudah menjadi begitu keterlaluan dan perlu berdepan untuk menyelesaikan masalah tersebut. What’s your principle in handling that kind of situation?

Ya sebagai seorang tukang masak saya dan staf saya ada tempuhi pelanggan yang sukar dan bila berhadapan dengan mereka yang bagai tidak berhati perut, saya memang akan meletakkan diri saya di empat yang salah; customer is always right. Jadi sehebat mana kita masak apabila pelanggan kata tidak sedap, saya mesti terima. Sebaik mana perkhidmatan yang kita berikan apabila pelanggan tidak berpuas hati saya menilainya dulu sebelum menerima dan selagi dia tidak memalukan staf saya, itu saya kira masih lagi okay. Tapi jika dia menghina staf saya, memang saya akan ambil tindakan. 

Saya pernah halau keluar seorang pelanggan VIP kerana dia menghina staf saya. Saya katakan pada Tan Sri itu walaupun dia seorang VIP, dia tidak patut buat begitu. Kalau dia hina saya atau ludah saya pun tak mengapa, saya terima. Saya ni macam ibu ayam yang sangat protective. Macam ibu ayam mengamuk apabila anaknya disentuh. Saya begitu dengan staf kerana mereka nyawa saya, tiada mereka saya tidak boleh berfungsi. Sebab  itu saya jaga mereka macam darah daging sendiri. Bagaimana saya menjaga keluarga begitulah dengan staf saya. Jadi berhadapan dengan pelanggan yang kurang berperadaban sebegitu saya semampunya akan cuba mengawal diri hinggalah situasi itu menjadi lebih buruk dan boleh dianggap mengganggu ketenteraman awam.

Adakah chef bertaraf dunia atau di Malaysia yang Dato’ minati? Kenapa?

Saya amat menyanjungi beberapa chef. Di luar negara ada satu yang saya suka iaitu Grant Achatz berasal dari Amerika dan restorannya Alinea di Chicago. Chef ni hebat dan terkenal kerana sumbangannya terhadap molecular gastronomy atau progressive cuisine. Beliau pernah memenangi banyak anugerah. Chef kedua yang saya suka ialah Gordon Ramsay, di lensa kamera dia terkenal garang tetapi saya suka lihat pesona beliau dengan anak-anak. So I relate to him kecuali part garang tu, namun mengenai kerja, kami  juga sama. 

Di dalam negara saya menyukai chef Joe, kerana dia adalah bekas Presiden Persatuan Kelab Chef Malaysia dan juri utama untuk Master Chef. Saya melihat perjalanan beliau mendidik anak beliau menjadi chef dan beliau juga adalah bapa saya dalam dunia F&B. Jadi tiga orang inilah yang saya kagum. Di kaca tv saya minat Chef Wan, beliau adalah aspirasi saya. Saya menjadi chef selebriti kerana ibu saya pernah beberapa kali menjadi tetamu Dato Chef Wan. Masa tu barulah saya tahu, cef ni boleh masuk tv rupa-rupanya. Inilah beberapa ikon penting dalam perjalanan kerjaya seni kulinari saya.

Hidangan kegemaran?

Hidangan kegemaran saya tentulah Indonesian cuisine dan makanan mereka ni pula pelbagaikan? Dan yang  paling saya suka ialah masakan Padang. I love Padang food kerana saya dilahirkan di Negeri Sembilan dan ibu saya berketurunan Padang. Saya juga suka makanan India sebab bapa saya dari Kedah, dia berdarah separuh India, dan ini membuat saya 1/3 seorang India. But I’m a big fan of French desserts. Sebab itulah saya ke Paris untuk belajar French desserts dan French pastries.

What is your world’s most favorite sophisticated cuisine? Di mana menghidangkannya memerlukan teknologi terkini dan adalah masa depan industri. Di mana agaknya kedudukan Malaysia dalam konteks ini dan bila kita membicarakan tentang fine dining/cuisine?

Jawapan untuk soalan ini agak subjektif. Canggihnya sesuatu hidangan itu bergantung kepada bahan dan proses penyediaan. Bercakap fasal gastronomi, saya ada menyediakan satu tesis mengenai kelebihan makanan Negeri Sembilan ketika di Universiti, yang berpotensi dinaik tarafkan sebagai satu hidangan yang boleh dinikmati seluruh dunia, malah digunapakai oleh semua. Contohnya masak lemak cili api, rendang, sambal-sambal dan sebagainya.

Perihal teknologi makanan di Malaysia tidak begitu menyerlah kerana hanya digunakan oleh segelintir restoran tertentu dan tidak menyeluruh atau secara mass. Di Paris pula pelaburan teknologi kulinari adalah perkara biasa. Berbicara tentang fine dining, Malaysia bukan tidak terkenal, malah kita ada, cuma tidak pernah kita dengar restoran di Malaysia mendapat anugerah atau pengiktirafan Michelin star. Saya untuk memperolehi pengiktirafan itu bukan mudah.

Saya belum melihat Malaysia sebagai satu tapak untuk menghasilkan gastronomi yang stabil. Kerana kalau negara-negara lain mereka ada makanan mereka tersendiri, hingga nasi goreng pun dikatakan dari Indonesia. Apakah yang Malaysia ada? Yang ingin saya lihat, Malaysia punya hidangan identitinya yang tersendiri. Kalaulah negara lain semua ada makanab identiti mereka tersendiri hingga nasi goreng pun dikatkan milik Indonesia?

Yang saya ingin lihat ialah makanan kita ada identitinya yang tersendiri. Saya tidak boleh mewakili Malaysia secara keseluruhan dalam hal ini tetapi sebagai anak Negeri Sembilan saya pernah menyertai world tour di Paris, London dan Australia dan pernah mengajar di beberapa sekolah di Cordon Bleu. Saya mengajar memasak masak lemak cili api, rendang, sambal hijau tapi objektif saya ialah mengajar dan mengetengahkan perkataan Melayu dalam masakan kepada ‘Mat Salleh’. Jika orang Perancis boleh memperkenalkan perkataan sautee, macaron, juga perkataan meringue ke serata universe, kenapa kita tidak boleh ajar ‘Mat Salleh’ cakap daging salai, lemak cili api, sambal hijau? Tapi itu Indonesialah.

Kini dunia mengiktiraf dan menggilai Italian pizzas, burger  dan ayam goreng Amerika, Sushi Jepun, Tom Yam Thai dan sebagainya telah menjadi ‘the world’s local taste bud’  dan Korean Kimchi serta fried chicken Kyochon is taking the world by storm like Tsunami, where do Malaysia stand in this food race? Apakah yang boleh/patut kita (pihak kerajaan, individu seperti chef contohnya) boleh lakukan?

Apa boleh kita buat? Saya fikir pihak kerajaan perlu meningkatkan promosi makanan Malaysia. Tak perlu makanan Malaysia mungkin makanan kenegerian. Contohnya Laksa, kita ada Laksa Johor, Laksa Sarawak, Laksa Penang, Laksa Utara, Laksam di Kelantan, Laksa Nyonya dari Melaka tapi kita tiada Laksa Negeri Sembilan. Saya punya aspirasi untuk menghasilkannya dan sedang mencabar diri saya untuk mencipta satu laksa yang dipanggil Laksa Nismilan dan saya sedang berkolaborasi dengan Badan Pelancongan Negeri Sembilan untuk menghasilkan dan menjadi perintis Laksa Negeri Sembilan.

Jadi pihak kerajaan perlulah memulakan kempen dan perlu kerjasama semua yang terbabit. Bukan kita tiada identiti tetapi berada di Nusantara, Malaysia, Singapura Brunei dan Indonesia mempunyai aliran makanan yang sama. Jadi tidak hairanlah jika makanan kita sering disalahpahamkan berasal dari Thai. Nasi Lemak misalnya, Brunei, Indonesia dan Singapura ada nasi lemak mereka sendiri dan begitu juga laksa, Singapura pun ada laksa. Jadi Malaysia belum ada identiti sebenar Makanan Malaysia melainkan makanan muhibah.

Mungkin ada satu makanan di Malaysia yang harus kita pilih untuk diangkat sebagai cuisine dari Malaysia. Yang saya lihat mungkin daging salai masak lemak cili api yang tiada di Indonesia dan tempat lain. Saya memang berhasrat untuk mengenegahkan aspirasi saya ini hingga berjaya.

Apakah jenis pentadbiran Dato’? Do you prefer your supervisor/manager and your team mates?

Ada jawapan awal saya tadi berkaitan dengan management style saya. Apa pun dalam hal ini, I like to walk my talk, I prefer to lead by example dan saya juga suka bekerja beringan dengan para pekerja saya. Bukan saya di hadapan, tidak juga di belakang tapi di sisi saya.

Berapa ramai kakitangan kesemuanya? Berapa ramai yang melaporkan secara terus kepada Dato’? Apakah tahap pekerja Dato’ dan apakah kriteria untuk pekerja Dato’? 

Saya ada beberpa syarikat yang saya kendalikan dan ada ramai pekerja yang melaporkan kepada saya dalam pelbagai tahap dan kepakaran yang berbeza-beza. Ada yang tahap pencuci tandas dan yang bertaraf CFO. Dari segi employment criteria sentiasa berbeza, misalnya jika di dapur tu saya nak pastikan yang mereka sekurang-kurangnya boleh masak telur dengan sempurna. Misalnya scrambled eggs, telur dadar… mereka mesti tahu caranya dan buat simple cooking seperti ini baru boleh kerja di kitchen saya. 

Di bahagian pentadbiran pula saya suka memilih seseorang yang ada stabiliti dalam kehidupan, yang ada keluarga, rapat dengan mak ayah mereka.  Mudah cakap,mereka miliki family values yang kukuh kerana orang yang ada kriteria ini biasanya kerja lama dan jarang buat hal dengan syarikat mereka bekerja.

Dengan pandemik dan ekonomi dunia yang merudum apakah padangan Dato terhadap masa depan?

Pandangan saya tentang pandemik, masa depan dan ekonomi? Covid akan terus kekal dan saya amat pasti hal itu. Dan setiap orang sentiasa hidup dan berada dalam keadaan berjaga-jaga. Jadi adakah kita akan kembali kepada keadaan the old normal seperti sebelum ini? Saya fikir tidak, malah kita akan memakai topeng muka sekurang-kurangnya untuk lima tahun akan datang dan sentiasa bersedia untuk mendepani new outbreak.

Kita duduk dalam dunia filem sekarang. Kalau kita lihat dan tonton filem-filem Hollywood, banyak yang telah mengenegahkan subjek wabak. Kini ia benar-benar berlaku di seluruh dunia. Yang perlu kita lakukan sekarang ialah melengkapi dan menyediakan anak-anak, bagaimana mereka harus hidup dengan dunia yang penuh dengan ancaman. 

Jika dulu bahayanya kapal terbang jatuh, kemalangan jalan raya tapi sekarang didedahkan bahaya menghidu udara orang lain. Agak merisaukan. Tapi Insha Allah, kita akan teruskan kehidupan ini dan terus mengingatkan diri dan ahli keluarga yang dunia ini tidak sama seperti dulu lagi. We have to make do with it, live with it. 

Adakah Dato’ menganjurkan program individu/kumpulan secara maya untuk bidang kerja yang Dato’ laksanakan? Kongsikan maklumat sekiranya ada di FB, IG or website?

Ya, sejak pandemik saya memang banyak menganjurkan latihan secara maya untuk syarikat-syarikat korporat dan agensi kerajaan yang berteraskan pembangunan diri, motivasi, etika dan juga mengenai kehidupan termasuk sahsiah diri… semua itu saya buat. Biasanya apabila mereka menjemput saya, saya galakkan mereka untuk melayari media sosial saya melalui Instagram, Facebook dan Tik Tok melalui akaun Fazley Yaakob.

Oleh: Mahani Awang
Solekan: Rossa
Pakaian: Azrena: @batekbyrastarashidofficial, Fazley: @bonzainalofficial
Aksesori: @shinjupearls
Gambar: Azam Neurmaya
Penata Gaya: Mahani Awang
Pengarah Seni: Wirda Adnan

Related posts

Presiden MODA Melinda Looi – Objektif Baru Industri Fesyen

admin

YB Yusmadi Yusoff – The Dark Horse of Malaysian Politics

admin

Adlina Borhan – The Marketing and PR Specialist

admin

Leave a Comment