COVER STORY

The Alchemy of Dr. Anjhula Mya Singh Bais: Aristocrat, Activist, Academic

Kita tahu isu gangguan seksual, buli, LGBTQ, kebebasan bersuara juga masalah perkahwinan dengan suami yang kaki pukul antara lain, kesemuanya antara isu hak asasi manusia. Ini baru beberapa, sedangkan banyak lagi masalah berkaitan yang kita terlepas pandang. Pernahkah anda dengar tentang Social Media Anxiety Disorder (SMAD)? Walaupun bukan didiagnos sebagai penyakit psikiatri lagi tetapi isu ini juga berluasa, entah terjadi pada anda juga mungkin pada saya. Bagaimana menyelesaikan masalah seperti ini? Jangan duduk saja, termenung atau berdoa dan kemudian mengharapkan masalah reda. Meluahkan pada keluarga atau teman bagus, namun terkadang tidak selesai masalah tetapi makin terbeban pula. Seeloknya kita merujuk pakar profesional kerana mereka tahu menguruskannya.

Antara yang profesional adalah wajah muka depan MajalahWM isu November ini, Dr. Anjhula Mya Singh Bais seorang Ph.D. psikologi antarabangsa, pakar psikologi, aktivis sosial juga pengarang. Dr. Anjhula yang berasal dari Banswara, Rajasthan, kini bergelar Psychology Consultant di The Mind Faculty di Mont Kiara. Pengalaman luas ditimba dari negara asalnya India membawa ke negara seperti Afrika antara lain dan kini di Malaysia. Kalau dulu dia terbang merata pelusuk dunia termasuk ke Rwanda membantu kanak-kanak di sana, kini  kebanyakan masa di negara kita dengan kerja kemanusiaan dan memainkan peranan sebagai Chairperson Amnesty International Malaysia selain memberi menulis atau memberi talk salah satunya di radio Lite FM. Kata Dr. Anjhula, “I help people as a way to work on myself, and I work on myself to help people, that’s what emerging is all about.”

Beauty with brains – majalah Vogue menyenarai Dr. Anjhula sebagai top model (upp keturunan aristokrat sebab itu cantik!) Beberapa tahun lalu dia salah seorang model terkenal di India dan pernah memperaga hingga ke luar negara.

Cukup pengenalan daripada saya. Anda baca temubual saya bersama Dr. Anjhula Mya Singh Bais di bawah.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”8064″][thb_gap height=”40″]

Anda memiliki kerjaya sebagai model antarabangsa, pelakon, ahli psikologi, aktivis sosial juga bergelar aristokrat Rajput, bagaimana anda menguruskan peranan dan tanggungjawab berkaitannya?
I am student of the mind and a seeker psychologically, metaphysically and spiritually. Sesetengah orang berpendapat kita dilahirkan dengannya dan di kelilingi pelbagai situasi secara random dan kemudian kita memilih untuk terlibat dengannya atau tidak. Saya percaya saya lahir untuk melakukannya dan hadirnya banyak peluang kerana itu adalah pengkhususan dalam hidup saya. It’s my mission. I have an uncanny ability to drown out the white noise. Saya tahu apa yang saya mahukan, tidak ada yang boleh menghalang kerana saya punya kebebasan dan tidak takut dibelenggu kesilapan, saya tidak terganggu akan apa pendapat orang tentang diri saya dan juga tentang pandangan mereka mengenai apa yang saya harus lakukan. I am centred in a different kind of power than the type one usually associates power with: ego.

Bagaimana kehidupan masa kecil lahir dalam keluarga bangsawan dan menjalani kehidupan dengan nilai-nilai aristokrat lama?
Keadaannya sama saja bagi strata sosio ekonomi di tempat asal saya. Kita boleh menjangkakan segala keselesaan dan kemewahan. Having said that, I think it’s tragic in another way, yang mana saya dapati, saya sedia tahu daripada usia muda bahawa corak pemikiran yang berleluasa dalam dunia dan masyarakat hari ini yang diperturunkan daripada generasi ke generasi adalah begitu lemah dan hampir lumpuh.

Kenapa memilih untuk menceburi bidang psikologi?
I was born to do it. I practice energy psychology in that I read and work on energetic and quantam level as well. Semenjak remaja lagi, orang sekeliling tertarik menjadikan saya tempat mereka berkongsi kehidupan yang mereka lalui. Itu antara penyebab saya memilih bidang ini.

Anda kini berpusat di Malaysia, kenapa memilih negara ini sebagai tempat tinggal?
Malaysia has always been a base. Terdapat industri buat generasi yang ketiga keluarga saya di sini yang telah berkhidmat dalam pelbagai sektor dan ianya menjadi tanda aras integriti.

Majalah Vogue menyenarai nama anda sebagai top model dalam bidang kemanusiaan dan kerohanian. Kongsikan pengalaman indah anda bersama Vogue?
Pastinya ramai yang mengimpikan wajah mereka disiarkan dalam Vogue dan kita tahu betapa kita cintakan kerjaya kita bila kita masih teruja setiap kali teringatkannya (sama juga ketika menjalani penggambaran bersama MajalahWM!) Satu pengalaman mengujakan ketika Vogue menulis sebuah artikel membariskan senarai top model dan setiap daripadanya turut miliki kerjaya profesional luar dari dunia peragaan. Saya, sebagai seorang ahli psikologi disenaraikan bersama seorang doktor gigi juga ahli perniagaan yang mana ia begitu memberi kepuasan. Vogue struck a chord with people when they celebrated women with substance, they were shining a light on when people call themselves an influencer, an influencer of what exactly and who gets to decide? Satu lagi pengalaman yang mengujakan ketika memenangi People’s Choice Award untuk anugerah wajah muka hadapan bagi majalah Savvy yang menampilkan saya sebagai cover. Ketika mereka mempelawa, saya bersetuju melakukan penggambaran selagi gambar saya tidak dikenakan teknik air brushed atau photoshop (ia nampaknya sering dikaitan dengan wanita).

Semenjak 15 tahun lalu, apa yang anda pelajari tentang diri sendiri?
The power of the mind is phenomenal. Ia boleh jadi satu alat atau senjata, terpulang bagaimana kita menggunakannya. I don’t have to be a product of conditioning. I co-create my reality, my thoughts become things, and expectations lead to experience. I choose what to think as consciously and rigorously as what I consume and put into my body.

Bagaimana anda merumuskan diri dalam satu perkataan?
Alchemist.

Apakah nilai kehidupan yang anda pelajari ketika kecil yang masih anda kekalkan hingga ke hari ini?
Betapa bernilainya pendidikan. Penjelasannya menurut saya, terdapat banyak cara dalam pendidikan, saya tidak maksudkan cara ‘Asian Tiger Mother’ yang menegaskan anak mereka mesti sambung belajar di kolej liga ivy. Saya seorang yang tidak pernah puas membaca. Kerana tanggungjawab profesional dan peribadi yang saya galas sekarang ini, saya akan membaca sebuah buku seminggu, sebagai tambahan ilmu kepada beribu muka surat penyelidikan yang saya perlu rujuk setiap bulan. Ayah saya adalah seorang sarjana Sanskrit, ia normal bagi golongan bangsawan dan dia mengubah arah karma keluarga dengan mendidik anak perempuannya lebih baik daripada anak lelaki. Dia sering mengingatkan kami, dengan pengetahuan menjadikan kita berkuasa. Many people wax eloquently about knowledge and think they are self- actualised but its psychobabble and faff. Saya terbuka dan sentiasa belajar dan menetapkan diri untuk terus berkembang. Itu mungkin menerangkan PhD kedua yang bakal saya ambil kelak.

Apakah ‘truism’ yang paling besar yang anda pernah lihat?
Projection adalah konsep yang menarik. Adalah imperatif untuk memahami diri anda juga memahami apa yang orang lain project atau anggap tentang anda. Sebagai contoh, saya tahu orang yang struggle untuk menjadi organised memberitahu saya ini seorang yang boleh dipercayai dan bergantung harap, jadi ramai orang datang kepada saya, tetapi bila kali terakhir saya memikirkan tentang diri saya sendiri? Melihat daripada nilai luaran, ia boleh jadi mengelirukan; adakah teruk menjadi orang yang boleh dipercayai? Adakah terlalu sibuk meluangkan masa untuk orang lain hinggakan saya sendiri tidak cukup masa untuk bernafas? Sebenarnya, secara purata ianya adalah ketidakselesaan di bawah sedar yang mereka rasakan diluahkan kepada orang lain, dalam kes ini mereka  tujukan kepada saya. Kita mesti tahu membezakannya dan tidak mengambilnya secara peribadi. Apa yang dikatakan atau dilakukan oleh seseorang itu bukan tentang anda tetapi cerminan diri mereka sendiri.

Bagaimana anda dan suami bertemu?
Kawan baik kami di universiti orang Greek, Mike dan Irene (Oxford and University College London) memikirkan kami sesuai bersama-sama kerana kami berdua sarkastik. Betul sangkaan mereka. Kami adalah orang pertama yang tidak melalui perkahwinan yang dirancang dalam keluarga kami (thank goodness) dan walaupun ada masanya sukar, ia tetap sangat berbaloi. We are alive, not the living dead.

Bagaimana kehadiran anak mengubah hidup anda?
He has permanently etched in me the responsibility to serve the world and unconditionally foster those who come after.

Bagaimana gaya keibubapaan anda?
Assertive, not authoritarian. Satu hari nanti saya akan menulis sebuah buku pemerhatian saya tentang gaya keibubapaan Asian. Quite often it’s like the blind leading the blind, parents inflict countless trauma and untold abuse and hurt, I see this daily in my psychology practice. Banyak yang perlu dilakukan berkenaan pendidikan keibubapaan dan kesedarannya bermula dengan melihat pada diri sendiri. Because of what I have seen, I have by default become a child and young person advocate..

Bila pertama kalinya anda terlibat dengan hak asasi manusia? Dan mengapa anda memutuskan untuk memberi masa dan sokongan kepada kumpulan ini?
Saya percaya jika anda menerima saja apa yang sedang berlaku di dunia ini, maksudnya anda seorang yang tidak miliki kesedaran. Hanya mereka yang terlalu leka dalam dunianya gagal melihat apa yang sedang berlaku. We are products of our context, and my context was conducive to awareness, openness and clarity. Since I was young, I championed the underdog. Saya menentang kes buli di sekolah, menyertai kelab pro-pemilihan dan dengan latihan psikologi yang ketat, I would like to think I pick up on nuances that others might miss. Buddhisme memberi satu pengaruh besar pada diri saya. Kita tidak akan merasa gembira tinggal dalam istana jika orang di luar hidup dalam kesengsaraan. Bunga teratai (simbol agama Buddha) mewakili kebersamaan antara sebab dan akibat. Begitu juga ertinya dengan kebahagiaan saya yang berkait rapat dengan kebahagiaan orang lain.

Bolehkah anda rumuskan isu-isu hak asasi manusia di Malaysia? Adakah ini konflik etnik, masalah penindasan politik, atau keduanya?
Seperti banyak kawasan di dunia, isu hak asasi manusia di Malaysia adalah majmuk. Ia juga saling berhubungkait, contohnya, pencemaran udara dari hutan hujan yang terbakar di Papua memberi kesan bagaimana pernafasan orang Malaysia, keganasan di Myanmar menjadikan Malaysia lokasi pelarian Rohingya. Isu-isunya adalah politik contohnya kebebasan bersuara, peribadi contohnya perubahan iklim dan kolektif contohnya hukuman mati.

Apakah projek berkaitannya yang sedang anda usahakan sekarang. 
Dalam peranan saya sebagai Chairperson Amnesty International Malaysia, saya bercakap pada pihak lembaga untuk menetapkan strategi hak asasi manusia. Pelan strategik kami boleh dirumuskan sebagai Sit, Sign, Share. Sejajar dengan akar aktivisme kami, ahli-ahli kami telah mengambil bahagian dalam perhimpunan lilin yang aman. Kami sangat berpengaruh dalam kempen kesedaran dan petisyen. Begitu ramai orang Malaysia menyokong dan menandatanganinya. Kami bertekad bahawa setiap rakyat Malaysia mesti memahami bahawa hak asasi manusia tidak semestinya satu subjek yang gelap dan terpencil yang memberi kesan kepada hanya segelintir, walhal ia terkesan kepada semua. Pada masa ini, kita mempunyai nadi kita untuk menghapuskan hukuman mati, dan menanti untuk melancarkan pelbagai laporan (orang asli, perubahan iklim dan sebagainya). Kebebasan bersuara dan hak LGBTQI adalah bidang lain yang kita tumpukan dan Malaysia perlu bergelut dengannya.

Bagaimana penerimaan isu hak asasi manusia di negara ini dan sejauh mana keberkesannya sekarang?
Seringkali ia dianggap sebagai black and white, tiada keperluan dan dianggap sebagai satu impak dari Barat yang jahat. Namun ianya berubah disebabkan oleh kumpulan-kumpulan organisasi dan masyarakat awam yang komited memeranginya. Jangan sekali-kali pandang remeh akan kuasa individu atau kumpulan kecil. Lihat perhimpunan Bersih sebagai contoh. Hak asasi manusia kini menjadi arus utama di Malaysia dan rakyatnya semakin letih dan lelah dengan kekurangan kebebasan bersuara, juga rasuah antara lain. Dalam amalan psikologi saya, saya melihat kadar keganasan rumah tangga yang tinggi dan mempunyai kesan lata. Dalam satu kajian, 39% wanita diumur 15 tahun ke atas di Malaysia pernah dipukul secara fizikal. Isu hak asasi manusia tidak mendiskriminasi kelas atau jantina. Ia adalah isu yang melibatkan semua orang.

Bagaimana dengan perjalanan anda menyertai gerakan hak asasi manusia di Malaysia?
Sebelum ini saya menjadi duta untuk INGO dan telah mengembara serata dunia atas tugasan bidang kerja trauma. Masih saya ingat bermula sebagai sukarelawan untuk Amnesty International, saya akan menyapa pengunjung di pusat membeli-belah dan meminta mereka menandatangani petisyen mengenai hukuman mati. Saya berjalan-jalan di bawah terik matahari berbual dengan pekerja asing dari Bangladesh untuk projek Amnesty yang lain. Yang itu khususnya meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan. Ia adalah satu keistimewaan untuk menerajui, membantu mengarah dan menyusun kursus yang akan kita ambil sebagai sebuah negara dalam hak asasi manusia. Saya sangat menghormati Amnesty yang merupakan organisasi yang memenangi Hadiah Nobel Keamanan yang melakukan sesuatu yang orang lain tidak mahu lakukan. Perjalanan hak asasi manusia saya adalah sebagai satu teologi yang boleh diterangkan sebagai: menghiburkan orang yang menderita dan menyerang orang (pesalah) yang selesa.

When have you raised an eyebrow or two for something you’ve worked on or are working on in Malaysia?
Apabila mendengar kata-kata, “It’s okay to be gay, just don’t be obvious with sparkles and glitter,” atau apabila seorang bapa yang risau melihat anak perempuannya menghisap rokok berbanding anak lelakinya yang melakukan gangguan seksual terhadap anak perempuannya. Both are entirely misguided.

Apa yang kita boleh kita lakukan untuk membantu?
Internet telah menjadi platform yang bagus untuk penyebaran informasi. It has evened the playing field. Find your tribe and community with a sense of belonging. Lawati www.amnesty.my untuk mendaftar menjadi ahli dengan bayaran yuran yang rendah. Ia akan memberi anda maklumat terkini mengenai projek atau isu yang membolehkan anda menandatangani petisyen atau jika mahu turut serta juga atau mendapatkan pengetahuan tentang isu yang berkaitan diri anda juga boleh. Setiap suara diambil kira. Anda boleh adakan perbualan di meja makan yang akan benar-benar mengubah cara pemikiran keluarga anda. You can ask each member including and especially kids What do you think are issues facing Malaysia and what problem would you like to solve?” Jadikan hak asasi manusia sebagai satu aktiviti keluarga. Bayangkan jika semua orang berbuat demikian, bayangkan betapa harmoninya bumi yang kita dunia ini! Saya percaya satu hari ia akan menjadi kenyataan.

Sepanjang pengalaman anda, apakah perubahan yang paling ketara yang anda lihat berlaku dalam masyarakat setakat ini?
Pergerakan #METOO tiba dengan kekuatan dan berpengaruh di India. Saya berharap ia akan tiba di Malaysia tidak lama lagi. Seronok melihat wanita seperti YB. Hannah Yeoh dan Timbalan Perdana Dato’ Sri Wan Azizah mengetuainya. We have a long way to go, tetapi suara kolektif dalam menuntut hak wanita yang juga merupakan sebahagian hak asasi manusia menjadi lebih kuat. Ini antara beberapa perubahan besar yang berlaku.

Nasihat anda kepada mereka yang teringin bersama menyokong kumpulan kemanusiaan?
Jangan sekali-kali menyangka suara anda tidak diambil kira atau tidak membawa perubahan. It absolutely does and can. Jika kita bersama-sama, akan hadir kuasa yang menakjubkan dan tidak mudah dihalang. Adakah anda rasa hak kemanusiaan tidak melibatkan diri anda? Salah! Jika asap dan virus yang meningkat berikutan perubahan iklim membuatkan anda tidak boleh bernafas, kesan yang sama juga turut dirasai orang lain. Pasti ada antara kita yang kenal seseorang yang takut identiti seksual mereka diketahui atau pernah mengalami penderaan fizikal atau tidak yakin berkongsi diri mereka yang sebenar di media sosial, semua ini termasuk dalam pelanggaran hak asasi manusia. Belajarlah, jadi volunteer, atau turut sama bercakap, berkongsi dan tandatangani petisyen. Pergi ke www.amnesty.my dan mendaftar untuk menerima berita secara tetap. Pasti kita dapat melihat adanya perubahan di Malaysia dan di dunia.

Apa yang akan kita lihat pada Dr. Anjhula lima tahun akan datang?
Menggengam PhD dalam metafizik, terus melibatkan diri dalam aspek psikologi di peringkat antarabangsa, kerohanian dan media, juga melakukan pelbagai projek hak asasi manusia di seluruh dunia dan meletakkan Malaysia sebagai salah satu lokasinya.

[thb_gap height=”40″]

Penghargaan:

Terima kasih Dato' Mike Loh pengasas SCCA Academy
Lokasi penggambaran: Studio SCCA Tingkat 6 Sungai Wang Plaza Kuala Lumpur 
Jurugambar: Arif Halim (Senimistry Studio)
Pakaian: Alia Bastamam 
Solekan & dandanan: Snips College Of Creative Arts
Arahan seni: Wirda Adnan
Penyelaras: Shaufik Yunus
[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”8062″][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”8063″][thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”8061″]

Related posts

Melissa Sargeant Young, Beautiful, Successful

admin

Diana Danielle – Passionate. Full of Life. Free Spirited. Philosophical Hyperactive. A Bookworm. Always Singing

admin

Rahman & Rafiza ‘Our Heart Speaks The Same Language’

admin

Leave a Comment