COVER STORY

Nikella Niksen – Tentang Hari Raya dan Hidangan Untuk VVIP

Sejujurnya saya sudah lama mengenali Nikki  atau nama penuhnya Nikella Niksen tetapi kenal macam itu sahaja. Kesibukan membuat kami tidak sempat bercerita panjang. Yang buat saya amat terkesan ialah bila menghadiri majlis, dan hidangan dimasak Nikki, masyaAllah sedapnya tidak terkata. Nasi Arab Kabsahnya waduh rasa nasi di hotel enam bintang di Dubai, nasi dagangnya, nasi kerabunya, laksam, dan saya buat list yang panjang, dari masakan Timur Tengah, ke hidangan dari negeri Che Siti Wan Kembang, semua sedap. Dan suruh masak masakan Itali dan hidangan Perachis pun… dia mendapat pujian. Pendek kata air tangannya digemari ramai, dari dapur orang kebanyakan, VIP sehinggalah ke dapur Istana. Tidak hairan dia sibuk sentiasa… dari pagi hingga malam dia tidak duduk diam.

Aidilfitri menjelang beberapa hari lagi, saya terpanggil untuk menemuramahnya.

Nikella Niksen. Dilahirkan di Pengkalan Chepa, Kelantan. Dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sederhana, 11 adik beradik, 10 perempuan dan seorang lelaki. Nikella anak bungsu dan kini mengusahakan perniagaan sendiri melalui Nikella’s Kitchen, iaitu pengusahan katering dan produk buatan sendiri seperti Sambal Bilis Ranggup dan Rempah Nasi Arab Kabsah.

Menjelang Raya, saya bertanya kisah Raya yang mencuit hatinya dan yang meninggalkan kesan memilukan atau yang tidak dapat dilupakan.

Kata Nikella, kisah yang paling tidak dapat dia lupakan ialah apabila pulang berhari Raya pada saat-saat akhir. “Saya pulang ke Kelantan empat tahun lalu pada malam Raya, jam dua pagi tanpa merancang.  Alhamdulillah, tidak seperti kebiasaannya yang mana perjalanan pulang ke Kelantan mengambil masa di antara 12 – 16 jam, tetapi kali ini saya hanya mengambil masa selama enam jam sahaja. Perkara pertama yang saya lakukan apabila sampai adalah menebas rumput yang tinggi di halaman rumah (saya tinggal berasingan daripada ibu) pada pagi Raya. Anak-anak menyapu sampah di dalam rumah. Tidak lama kemudian, anak-anak saudara dan keluarga datang bertandang selepas mengetahui saya balik kampung…semua mahu makan masakan saya… namun disebabkan tiada persediaan saya meminta mereka datang dalam waktu satu jam bagi memberi waktu untuk saya menyediakan juadah Raya.”

‘Perkara yang paling memilukan adalah menyambut Raya tanpa ayahanda saya di sisi.  Setiap Hari Raya saya rindu ayahanda saya, Man of the House sudah tiada.

Persediaan Raya, kata Nikella sejak Ramadan dia sibuk. Untuk Ramadan, saya mendapat tempahan bagi menyediakan makanan untuk disedekahkan kepada anak-anak yatim, anak-anak tahfiz, ibu tunggal dan golongan kurang mampu. Tempahan ini dilakukan oleh rakan-rakan rapat yang turut sama menyumbang dan beramal bagi membantu golongan ini dan juga katering keluarga dan pelanggan yang mahu dia menghidangkan makanan untuk mereka.

Bagi saya Aidilfitri mesti diraikan, dalam kita menyediakan untuk orang dan memasak untuk tempahan orang kenamaan atau siapa sahaja, keluarga jangan dilupakan. Alhamdulillah, sehingga kini saya tak ada masalah untuk membuat persediaan. Ini kerana saya mempunyai bantuan secukupnya terutamanya dalam menyediakan juadah Raya dan lain-lain persiapan. Ini merupakan rutin yang sering dilakukan setiap tahun.


Saya pernah mendapat tempahan untuk menyediakan makanan bagi kerabat Johor pada Hari Raya pertama dan juga seorang kenamaan. Memasak seperti yang semua maklum, memerlukan masa yang lama untuk menyediakan pelbagai jenis juadah seperti yang diminta kerana saya hendak pastikan, rasanya ‘Full  of Love’. Bagi saya perlu pandai membahagikan masa… ini periuk nasi saya dan mesti memberikan yang terbaik. Ada orang sebab sibuk dengan kerja lupa pula rumahtangga. Masakan saya mampu melihat anak-anak makan di kedai dan tidak  berbaju baru… saya mahu menjadi ibu yang serba boleh.”

Nikella bekerja dari rumah. “Ini memudahkan saya mengelolakan segalanya.” Lagipun katanya dia mempunyai anak yang masih bersekolah dan ibunya yang berumur 95 tahun. “Ibunda saya memerlukan jagaan penuh. Oleh yang demikian, bekerja dari rumah merupakan satu bonus di mana saya mampu mengurus waktu dengan lebih baik. Selain itu saya juga mendapat pertolongan daripada anak saudara saya bernama Sally yang turut tinggal bersama saya sejak kecil lagi.”

Anda memasak untuk individu, orang kenamaan, raja-raja… di dapur istana dan hotel, ceritakan pengalaman yang paling indah?  

“Yang paling mengujakan saya ialah apabila makanan saya dinikmati dan dihargai secara individu dan mereka memuji dan membuat mereka teringat masakan ibunda mereka di negeri masing-masing.”

Andai  Nikella diberi peluang menjemput tiga atau orang individu penting dalam sejarah untuk makan malam di rumah Nikella agaknya siapa yang Nikella mahu jemput? “Jujur saya katakan saya rindu memasak untuk ayah. Bagi saya arwah seorang lelaki penuh prinsip. Lelaki pertama yang mengajar saya erti kehidupan dan saya di sini pun kerana ayah..”

Begitu jugalah, saya pernah melahirkan hasrat untuk menjamu Tuan Guru Nik Aziz tetapi tidak kesampaian. Beliau meninggal sebelum saya berpeluang memasak khas untuknya. Tuan Guru  lelaki yang sangat merendah diri, bersifat penyayang… dan full of compassion. Sayang saya tidak berkesempatan berbuat demikian.

Namun saya masih ada seorang lagi insan yang amat saya sanjung tinggi. Ya our legend, Tun Mahathir. Lelaki yang penuh dengan kebijaksanaan, man of vision, a leader of Malaysia. I adore  him since I was young. I wish i could make a statue of Tun Mahathir. We are proud to have him as our Prime Minister. Kalau Tun sudi datang makan di teratak saya, saya akan memasak makanan istimewa, all Gulf dishes. Ada sesiapa yang boleh sampaikan harapan saya ini kepada Tun?”


“Saya pernah menyediakan hidangan untuk orang kenamaan di Indonesia. Ini termasuklah Menteri Telekomunikasi dan pembesar dari Saudi, iaitu  Menteri Pengangkutan Arab Saudi dan Duta dari Arab Saudi. Makanan yang sering menjadi pilihan mereka adalah Nasi Arab Kabsah, samada ikan atau kambing.”

“What is the most spontaneous thing you’ve ever done?” Jawab Nikella, “Saya menerima tempahan untuk 500 orang untuk majlis bertunang. Saya sendiri terkejut dengan keputusan yang saya ambil, tetapi saya meneruskan juga. And they truly enjoyed  the foods.

Sering berpergian ke London dan Dubai khasnya, adakah untuk tugasan atau bercuti semata?  “Saya ke luar negara biasanya atas urusan bisnes juga ‘pleasure’. Orang tua-tua kata, sambil menyelam minum air. Secara tidak langsung saya dapat menikmati keindahan negara lain. Masih dalam perancangan, tetapi insha Allah, jika diizinkan, saya akan membawa masuk produk-produk kerjasama saya ke Malaysia bagi memudahkan teman-teman dan pelanggan-pelanggan saya dalam membuat pilihan. Negara seterusnya  saya akan pergi ialah Turki.” (Nikella menjalani ilmu memasak di Kuwait di mana dia menjalani kursus khas menyediakan hidangan-hidangan dari negara Timur Tengah. Juga pernah mengambil kursus kulinari juga di Kuwait dan Dubai. Dan sekembalinya dia ke Malaysia Nikella mengikuti kursus Hospitality dan Tourism di Kolej Sunway.)

‘Sejujurnya, saya tidak mempunyai rangkaian supermarket yang tertentu untuk membeli barang-barang. Asalkan harga yang berpatutan dan berkualiti, maka itulah destinasi saya.”

Nikela multitalented dan apa yang dia suka buat?

“Mengenalinya saya tahu wanita ini multitalented. Nikella juga punya barisan pakaian yang direkanya sendiri… kebanyakannya jubah. Bila saya pakai jubah ramai yang berkenan, jadi saya jual kepada mereka. Saya ke Dubai misalnya pun untuk membeli fabrik, di sana lebih istimewa.” Selain itu katanya dia juga memberi khidmat solekan, mengajar anak-anak muda untuk menjadi model dan catwalk dan yang paling saya suka mengajar… saya buka kelas memasak, apa sahaja jenis masakan, malah ada juga individu yang datang mengambil kursus masakan dengannya.

Kini Nikella  punya rangkaian produk keluarannya sendiri, “Antara produk keluaran saya yang top seller adalah Sambal Bilis Rangup dan Pes Nasi Arab Kabsah Ayam serta Pes Nasi Arab Kabsah Kambing yang dijual terutamanya di Bhutan, Indonesia dan Sri Lanka.” Pes dan sambal bilis rangup boleh dibeli melalui laman instagram @nikellaslitchen

Pandangan Nikella tentang ibu tunggal

“Being a single mom is not a crime. Masyarakat tidak seharusnya memandang serong pada mereka yang berstatus ibu tunggal. Saya tak pernah rasa kesunyian, ini kerana saya mempunyai anak dan ibu yang mengisi setiap kekosongan yang ada. Mereka berdua adalah segala-segalanya bagi saya. Oleh itu, saya tidak pernah terfikir untuk memulakan kehidupan baru. Pengalaman lama merupakan satu perjalanan hidup yang amat bermakna, hubungan saya dengan bekas suami masih erat jadi saya akan kekalkan begitu.”

Ditanya individu terkenal yang Nikella mahu jadi, cepat dia menjawab, ‘Saya mahu jadi macam Jamie Oliver. Kalau anda mengikuti rancangan-rancangan masakan dan rancangan lain kelolaannya anda tahu mengapa saya memilih dia.

Wanita tinggi lampai berdarah campuran Arab, Thai dan Melayu Kelantan, selalu disalah anggap sebagai wanita dari Timur Tengah. Dengan ketinggiannya, susuk badannya yang tegap,  dan warna kulitnya, warna rambutnya, hidung yang mancong dan mata yang besar, tegas orangnya, dia kini tinggal bersama tiga anak, anak saudara dan ibunya. Perfect home to me is having the most precious person in my life which is my daughter and my mom by my side.  

Ditanya andai kehidupannya adalah sebuah buku, bagaimana dia mahu kisah bukunya ditamatkan? Ringkas jawapannya, ‘I wanna have happy ending where everybody is happy.”

Hiasan Kulit: Nikella Niksen

Gambar dan Pengarah Seni:   Jeff Kingsley daripada Jeff Kingsley Photography

Kerjasama:  Julez Wong, I Vogue For Green (C8 Media)

Pakaian:  Sharina Shamsuddin for  Sharina

Solekan dan Dandanan: Ying Man & Jynee SACC Makeup

Penyelaras:  Wirda Adnan

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]
[thb_image alignment=”center” image=”6306″]
[thb_image alignment=”center” image=”6305″]

Related posts

Sharon Jasmin – Queen of Hearts

admin

Jilliyana & Emmilyana “The World Needs Strong Women…”

admin

Michelle Hee, The Secret Of Beauty

admin

Leave a Comment