Uncategorized

‘An Indian Spice Trail’ di Hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral

Sempena sambutan Deepavali tahun ini, Restoran Nook yang terletak di Hotel Aloft, Kuala Lumpur Sentral menyajikan sajian masakan tradisi India.

Menurut Chef Kumar sajian masakan tradisi India akan dihidangkan berdasarkan rotational basis. Antara menu yang dihidangkan adalah Chick Pea Salad, Salad Kentang Masala dan Cekodok Kelapa untuk menu pembuka selera. Rassam Ketam dan Tomato juga dihidangkan.

Untuk sajian utama, antara menu yang dihidangkan sempena festival cahaya adalah pelbagai jenis kari dan masala. Selain ituterdapat Dhal Tarka, Keema Kambing, Kari Kepala Ikan ala Madras dan Aloo Gobi. Di bahagian bakar terdapat Tandoori Kambing dan Ikan Bakar dengan Sos Toum.

Sajian pencuci mulut seperti Rasmalai, Payasam dan Laddu antara yang terdapat dalam menu ini.

Berharga RM118 untuk dewasa, promosi makan malam ‘An Indian Spice Trail’ berlangsung sepanjang bulan November daripada jam 7:30 malam sehingga 10:30 malam.

Penulis: Juhfaidzal Juhari

Related posts

Kenali Kolesterol

admin

Nak Sihat dan Fit Macam Kevin Zahri? Amalkan Tip Berbuka Puasa Ini

admin

Sajian Padang di Melting Pot, Hotel Concorde

admin

Leave a Comment