Pelan Ansuran Tanpa Feadah Terpanjang Di Malaysia

Dreamshop.com.my, platform e-dagang yang menempatkan lebih daripada satu bilion produk memperkenalkan pelan ansuran 0% tanpa faedah sehingga 36 bulan dengan kerjasama sepuluh (10) bank. Objektifnya menawarkan sokongan dan meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa yang mencabar ini. Syarikat ini merupakan platform e-dagang pelan ansuran tanpa faedah terpanjang dengan penglibatan jumlah bank terbanyak di Malaysia.

Rosalie Lin, Ketua Pegawai Eksekutif DCR Marketing, syarikat induk Dreamshop.com.my berkata, “Kami sedar pandemik COVID-19 telah menyebabkan pelbagai cabaran termasuklah bebanan kewangan. Sebagai sebuah platform e-dagang yang memahami kengkangan dan kerisauan pelanggan, kami berusaha keras untuk bekerjasama dengan sebanyak bank yang boleh bagi menawarkan pelan pembayaran mudah 0% untuk semua pelanggan kami, dengan harapan membolehkan mereka untuk terus menjadikan setiap pembelian impian mereka menjadi kenyataan dengan membahagikan pembayaran kepada jumlah terkawal yang lebih kecil. “

Sepuluh (10) bank yang menawarkan pelan ansuran 0% tanpa faedah di Dreamshop.com.my adalah Malayan Banking Bhd, United Overseas Bank (M) Bhd, CIMB Bank Bhd, HSBC Bank Malaysia Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Public Bank Bhd, RHB Bank Bhd, AmBank (M) Bhd, Standard Chartered Bank dan OCBC Bank (Malaysia) Bhd.

Berikut adalah senarai bank dan rakan kongsi Dreamshop yang kini menawarkan promosi dan potongan harga khas:

BANK / RAKAN KONGSIPROMOSI
CIMB Bank *debit, kredit dan kad pra-bayarDiskaun RM10 dengan perbelanjaan RM100 di dreamshop.com.myPelan Pembayaran Ansuran Mudah 0% sehingga 12 bulan
AmBank Rebat RM30 dengan setiap pembelian RM200 di dreamshop.com.myPelan Pembayaran Ansuran Mudah 0% sehingga 36 bulan
Hong Leong Bank BerhadDiskaun sehingga 60% untuk produk terpilih di dreamshop.com.myPelan Pembayaran Ansuran Mudah 0% sehingga 12 bulan
RHB BankDiskaun RM30 untuk setiap pembelian RM300 di dreamshop.com.myPelan Pembayaran Ansuran Mudah 0% sehingga 12 bulan
HSBC BankDiskaun RM30 untuk setiap pembelian RM300 di dreamshop.com.myPelan Pembayaran Ansuran Mudah 0% sehingga 36 bulan
Public Bank BerhadDiskaun RM10 untuk setiap pembelian RM100 di dreamshop.com.my
Baucar digital beli belah VETTONS RM40 di Aplikasi Mudah Alih VETTONSJual pada harga RM1 di dreamshop.com.my, terhad kepada 100 unit sahajaPengguna perlu membelanjakan minimum RM50 untuk mendapatkan diskaun RM40 dari setiap pesanan. Tertakluk pada T&S.Kod promo sah dari 7 Julai – 30 September 2021.

Pelanggan diminta untuk mengunjungi dreamshop.com.my bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan promosi dan perkongsian.

Selain itu, mulai bulan Julai, Dreamshop.com.my menganjurkan kempen nasional – ‘WIN A SONY PS5 WITH DREAMSHOP’ di mana pelanggan berpeluang untuk membawa pulang SONY PS5 idaman ramai bernilai RM2,299 dengan setiap pembelian RM20 dalam satu resit. Pelanggan mempunyai peluang lebih tinggi untuk menang dengan menghantar seberapa banyak penyertaan kerana tiada had yang ditetapkan untuk jumlah penyertaan. Peraduan ini bermula pada 1 Julai 2021 dan berakhir pada 31 Ogos 2021, dengan SATU pemenang diumumkan untuk setiap bulan. Pemenang akan diumumkan di Laman Facebook Rasmi Dreamshop pada bulan Ogos dan September 2021.

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.