COVER STORY

Adelin Dato’ Azman Happy Girls Are The Prettiest

Saya ubah angin, buat seketika tidak mahu fokus kepada wanita matang dan berkerjaya atau dalam erti kata lain, woman of substance (pilihan biasa penghias muka depan MajalahWM.) Kali ini saya mahu meng-highlight generasi saya, millennial – bukan kerana saya sebahagian daripadanya tetapi kerana kami juga punya sumbangan pada negara. Pun begitu, terkadang generasi ini dipandang sebelah mata dan semenjak sekian lama dianggap malas, pentingkan diri dan hanya tahu nak bersenang-senang saja. Walhal millennial sama saja seperti generasi-generasi sebelum ini – ada yang sangat awesome, ambitious dan semestinya ada yang tidak berapa bagus.

Untuk bercakap tentang ini, selayaknya saya jemput seseorang dari kalangan millennial untuk berkongsi pandangannya. Well, dia tidak datang bercakap bagi pihak semua (tak adil kalau macam tu) sebaliknya bercakap berdasarkan apa yang dilihat dan dialami. Dan yang saya jemput ini bukan selebriti atau personaliti, kami pilih orang biasa kerana MajalahWM adalah tentang real people; no pretentious here and not so much into glamour kerana yang itu biarkan majalah di sana buat kerja mereka.

Adelin Dato’ Azman, usia baru 24, baru tamat belajar di Help University dan kini bekerja di Marque Digital Marketing. Adelin sama saja seperti kebanyakan golongan muda yang lain – mengikut rapat siri Avengers, gemar menonton Netflix dan aktif di media sosial. Dan dia juga sama seperti hampir kebanyakan kita, belajar jurusan lain dan bekerja pula dalam bidang yang lain. Adelin selesa berpenampilan ringkas, tidak gemar bersolek tebal dan bersenam hanya sesekali, kerana for some reason dia mahu jadi lebih berisi. Oleh kerana masih muda, harus saya tanyakan adakah dia sama seperti kebanyakan yang di luar sana, menggilai tiga lelaki yang popular kini; Syed Saddiq, Prince Mateen dan Tengku Fahd Mu’adzam? Namun, sebutnya, not so much. “Saya lebih tertarik pada lelaki yang simple. Susah kalau dengan yang berstatus kerana mereka ada protokol dan biasanya ada ‘attitude’ mereka sendiri.” Saya tanyakan pula tentang impiannya, tetapi lambat dia menjawab. Padanya, “The most important is to be happy, because happy girls are the prettiest.”

Berikut temubual bersama Adelin Dato’ Azman.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9295″][thb_gap height=”40″]
Pada Adelin, millennial tergolong dalam jurang umur berapa?

Should be mereka yang lahir antara 1980 dan 1994; umurnya sekarang antara 25-39 tahun. Dan generasi millennial atau Gen Y dibahagikan kepada dua iaitu Gen Y.1 (berumur 25-29) dan Gen Y.2 (29-39 tahun) bertujuan menyerlahkan perbezaan penting dalam kohot (kumpulan individu yang dilahirkan pada tempoh yang sama, tetapi tidak semestinya pada tahun yang sama). Dua kumpulan ini bukan sahaja berbeza daripada segi amalan budaya, tetapi juga dalam taraf kewangan. Kumpulan yang lebih muda adalah yang baru ada sumber pendapatan sendiri dan mula menunjukkan kuasa membeli. Kumpulan yang lagi satu mempunyai sejarah kredit, mungkin sudah ada gadai janji pertama dan memiliki cahaya mata. Kumpulan ini ada perbezaan yang besar dalam keutamaan dan keperluan hidup mereka

Anda beruntung kerana semua benda tersedia dan terbentang di hadapan mata. Setuju tak?

Hanya dalam aspek tertentu. Contohnya nak telefon dan mesej sesiapa boleh dilakukan percuma, hanya perlukan rangkaian internet saja. Nak ke mana-mana boleh naik LRT, sudah tidak perlu bersesak naik bas dan KTM. Dan kalau jenuh menahan teksi, boleh panggil Grab atau My Car. Nak cari kerja boleh Google atau tengok iklan di Linkedin. Tetapi kemudahan seperti ini baru sangat wujud. Millennial juga melalui kesukaran contohnya banyak persaingan, kerana jumlah penduduk yang meningkat dan orang yang pandai pula semakin ramai. Sekarang di Twitter banyak berita tentang isu gaji yang tiada perubahan ketara semenjak bertahun dulu. Kemudian kalau dapat kerja, nak mengharapkan promosi pula payah kerana yang super senior masih mahu duduk di kerusi mereka.

Ada ketikanya orang muda tidak dipandang serius. Dalam erti kata lain, tidak cukup bagus?

I thought Vivy Yusof and Neelofa are millennials? And what about Syed Saddiq? Rizalman buat fashion show dan gunakan IG dia sebagai platform utama untuk menyebarkan berita dan koleksinya itu dijual di Zalora. Both Instagram dan Zalora mensasarkan orang muda sebagai audience. Kalau millennial tidak cukup bagus, dah tentu Rizalman panggil TV3 buat tayangan live dan baju-bajunya dijual di butik saja. Sebaliknya dia tahu orang muda ada purchasing power. Millennials not as bad as everyone says tau…

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9296″][thb_gap height=”40″]
Apa persepsi lain yang biasa dilempar terhadap millennial?

Malas. In truth, they’re innovative. Bukannya malas, tetapi mereka akan menggunakan sumber yang ada atau menggunakan cara lain yang dapat membantu menyiapkan kerja dengan cepat, yang mungkin Gen X perlukan dua atau tiga jam tetapi millennial boleh melakukan dalam masa sejam saja. Pada saya walau apa saja persepsi, ia hanyalah pandangan biasa daripada satu generasi terhadap generasi yang lain. Lihatlah berapa banyak orang muda menyalahkan generasi terdahulu untuk keadaan ekonomi semasa. That’s a paradox that will probably never change.

Kelebihan golongan millennial?

Again, fasal ‘semua terbentang depan mata’ kita yang muda-muda ni tidaklah menikmatinya saja. For example generasi dulu cipta telefon yang bergagang, kemudian generasi seterusnya upgrade kepada telefon bimbit. Sekarang gajet teramat canggih dengan pelbagai fungsi dan aplikasi, jadi kita menggunakan kelebihan itu ke arah yang memberi benefit pada diri, seperti menggunakan media sosial untuk berniaga. Saya sendiri menggunakan IG untuk promote akaun film photography saya, Wasababe Duo.

Apa kesukaan kumpulan millennial?

Salah satunya muzik. Of course generasi lain juga suka muzik, tetapi cara generasi dulu dan sekarang berinteraksi dengannya berbeza-beza. Thanks to technology, sekarang muzik boleh diakses dengan mudah dan kita boleh mendengarnya di mana-mana saja. Dan ia membuatkan kita merasa lebih dekat dengan muzik dan penyanyinya, juga membuatkan lebih ramai yang mahu terlibat dengannya, seperti menjadi musician dan komposer. Selain itu, saya rasa fitness is the new fashion. Fitness freaks telah mengambil alih Instagram dan ia menghubungkan kepada komuniti muda yang minat dengan kecergasan. Makanan pun antara minat utama. Ia bukan sekadar satu trend. It is a real interest, and something that evokes strong emotions for us.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”9297″][thb_gap height=”40″]
Pendapat Adelin tentang peneman setia kita semua, social media?

Technology is evolving so much and I love how we have these platforms to connect not only with family and friends, but with people that enjoy the same things that we do. Dan biasa terjadi kita follow someone di IG atau baca blognya dan tiba-tiba rasa macam sudah kenal dia lama. Well, your mind plays game with you. Sedangkan kita hanya pernah membaca pos dia yang kena dengan situasi kita. Pada saya media sosial ni sama saja seperti drama tv, jalan cerita yang dipaparkan tidak semuanya betul. Even what happens in the so called ‘reality tv’ is not real, it’s all scripted. On social media you only see what people want you to see. Banyak akaun yang tidak kisah muat naik gambar kediaman mereka yang tengah bersepah atau gambar ketika masih belum mandi, I really love accounts like these, which show a little reality with some fun in it. They wake me up from the dreamland of social media.

You rasa influencer agak overrated?

I think they can be as influential as big-name stars of the past. Tv bukan lagi platform hiburan yang utama kerana adanya Youtube dan media sosial yang menggunakan content yang kena dengan kehidupan orang muda. Dan ia disampaikan menerusi video yang dirakam dalam bilik tidur atau ruang tamu mereka, jadi nampak lebih realistic dan membuatkan kita berasa dekat dengan mereka. Selain itu, direct interactions atau berbalas komen juga menjadi penyebab orang millennial lebih suka dengan influencer.

Pada pendapat Adelin, apa yang orang millennial mahukan?

They want to achieve the same things as everyone else.

Tentang diri Adelin sendiri, tak mahu menyertai dunia politik seperti ibu saudara you, Tan Sri Rafidah Aziz?

Not at all. Politik terlalu serius, sedangkan saya lebih suka sesuatu yang relaks, tak memeningkan kepala.

What is that you want the most in life?

Sama seperti millennial yang lain, apa yang kita mahu tidak semestinya selari dengan yang orang tua kita inginkan. Pasti cool jika menjadi orang terpenting dalam satu organisasi besar, tetapi untuk memilikinya memerlukan saya menggunakan keseluruhan masa muda dengan kerja dan kerja. Saya rasa lebih seronok jika kehidupan ini dijalani dengan seimbang.

Related posts

Suriani Saaroni, “Saya Teringin Berlakon.”

admin

OVEREXPOSED! Datin Sri Nur Shahida Spoke Straight From Her Heart – With An Honesty So Rare…

admin

DATO’ SURAYA YAACOB, FOOTBALL IS NOT JUST A MAN’S GAME

Wirda Adnan

Leave a Comment