COVER STORY

Presiden MODA Melinda Looi – Objektif Baru Industri Fesyen

Oh, kami di puncak keterujaan dan keriangan. Satu misi sudah pun selesai seperti yang dirancang dan dibayangkan… mahu membawa Presiden MODA menghiasi muka depan isu Mac dan untuk merealisasikannya, kami hanya mahu bekerjasama dengan tenaga kerja profesional daripada jurugambar, makeup artist dan hairstylist yang semestinya dari kalangan the best of the best in KL.

Di salon Albert Nico yang cukup cozy di Fahrenheit Bukit Bintang, Presiden MODA Melinda Looi duduk di satu pojok membiarkan wajahnya di oles oleh Monica Lee dan Kay mendandan rambutnya yang sedia besar menjadi kerinting yang lebih besar lagi. “We gonna do a big and wild, crazy hair…” sebut Albert yang merupakan jurugambar khas. 

Kami seronok melayan keasyikan fesyen petang itu, namun masih berselang seli bercakap hal politik kerana tidak mahu ketinggalan keretapi. Oh dunia politik cukup menjengkelkan sekali. “Next time you say, “Men are more suitable to become leaders than women because they’re more rational,” just take a good hard look at the male politicians are doing.”” – Annoymous. Hemm betul sungguh petikan itu. Dan pandangan saya teralih pada Melinda, dia juga seorang pemimpin, kalau sebelum ini bersama jenama fesyennya, kini menambah satu lagi portfolio, sebagai Presiden Malaysian Official Designers’ Association (MODA). Saya percaya Melinda melihat situasi ini sebagai satu peluang. Teringat kata-katanya (merujuk pada industri fesyen yang suram), “These are challenging times of change for the fashion industry, but in every challenge there is an opportunity. It is our job to work out these opportunities.”

Bercakap tentang hala tuju MODA di bawah pimpinannya, Melinda mengajak kemasukan individu dan syarikat korporat yang berkaitan industri kreatif bernaung di bawah MODA dan mendapat manfaat daripada perkhidmatan yang disediakan. Pelawaan ini termasuk untuk syarikat peruncit, jenama gaya hidup, institusi pembelajaran, syarikat perhubungan awam, pengurusan acara, serta individu daripada pereka kepada cutter, jurugambar, retoucher, wartawan termasuk yang membuat merchandiser. Banyak platform yang disediakan untuk mereka mengembangkan rangkaian, dapat pula bergaul dengan warga kreatif dan memperluas ilmu pengetahuan dengan menyertai matching sessions dan mentor-ship and internship opportunities bersama pakar antara lain (rujuk https://malaysiamoda.wixsite.com/moda untuk mendapatkan lebih informasi).

[thb_gap height=”40″]

Fashion designer is an all in one job. Seperti kata Melinda, untuk menjadi designer perlu pandai potong kain, menjahit, merangka. Bayangkan kalau cutter berhenti kerja contohnya, silap hari bulan boleh tutup kedai. Begitu juga ilmu perakaunan dan pemasaran. Tak mungkin koleksi yang digarap dengan bertungkus lumus mahu dipentaskan di ruang legar pusat beli belah saja. Sesekali kena berbelanja besar memilih lokasi yang ada kelas, lagi sekali, seperti Melinda dengan Melinda Looi Fashion Suit misalnya. Salah satu yang saya pernah hadiri di Pullman Bangsar, dan selain di situ, dia juga pernah mengadakan di Hotel W (tapi event yang ini dia terlupa nak jemput saya). Ini sebahagian daripada strategi pemasaran yang mana Melinda menggunakan pendekatan lebih intimasi dengan kliennya. Seperti pertunjukan di hotel Pullman, tetamu bukan saja dapat menjamu mata dengan koleksi terbaru, tetapi dapat mencubanya bersama dengan ratusan aksesori yang dilambakkan di atas katil dan ada jurugambar sedia menanti merakam moment tetamu playing dress-up macam dalam drama Sex And The City. Dan yang bestnya, sambil mencuba baju baru dapat pula makan sedap. Tamat acara, tetamu pulang dengan hati riang dan jarang sangat yang balik dengan tangan kosong sebaliknya rata-rata mengucapkan terima kasih pada tuan rumah dengan menjinjing berbeg-beg pakaian baru.

[thb_image alignment=”right” image=”11823″]
[thb_gap height=”40″]

Ramai yang mahu menceburi dunia fesyen kerana tertarik dengan glamornya, namun terlupa di sebalik kemegahan ada hiruk pikuk. Industri fesyen luar negara sebagai contoh, saban hari ada jenama besar tutup kedai, jual saham syarikat atau pengarah kreatif dah mula pencen. Versace sudah diambil alih, menyebabkan Donatella terpaksa mengikut langkah Donna Karan dan Calvin Klein yang mengucapkan selamat tinggal pada bidang yang mereka cintai ini. Sepatutnya dulu, Antonio D’Amico (teman lelaki mendiang Gianni) yang mengambil alih Versace, bukan Donatella kerana dia tidak punya bakat dalam fesyen, sebaliknya hanya tahu berparti. Dress hijau yang dia recreate untuk JLO sangat teruk. Saya rasa pelajar jurusan diploma fesyen UITM boleh buat rekaan yang jauh lebih bagus daripada itu. Donatella bukan menjual pakaian tetapi menjual seks. Malah saya tengok, JLO lebih diperkatakan berbanding dress Versace yang dipakainya. Zac Posen juga bermasalah; punya bakat yang besar tetapi kerana ralit dalam puji-pujian dek media dan orang sekeliling dan akhirnya, tiada pelabur yang berminat pada bisnesnya yang tak menjana pulangan, mengakibatkan dia dan 60 pekerjanya terpaksa gigit jari. Kalau pun dapat pelabur, tetapi kena tipu; contohnya seperti Michael Kors yang mendapat investor billionaire dari Hong Kong. Dan lelaki tersebut membuka ruang kepada businessmen lain untuk sama melabur. Teramat banyak duit masuk, membuatkan pasukannya ghairah mengembangkan jenama dengan pesat dan membuka cawangan di merata lapangan terbang. Dan satu hari, lelaki Hong Kong tersebut lari bersama 700 juta duit pelabur-pelabur lain.

Itu masalah industri fesyen di luar negara. Bagaimana pula dengan kita? 

Populariti Vivy Yusof nampaknya tak menjamin kelangsungan Fashion Valet, membuatkan butiknya di Pavilion terpaksa ditutup. Dan ada designer yang juga terpaksa tutup kedai selain sebuah wisma terpaksa dijual. Kalau sebelum ini butik bukan main gah di tepi jalan di Bangsar tetapi sekarang kelibat entah ke mana. Malah ada designer yang khabarnya meninggalkan tampuk yang selesa itu kerana tukang potong bajunya yang berpengalaman sudah berhenti kerja.

Ini secara tidak langsung antara subjek yang menjadi yang ditekankan oleh Presiden Melinda. Sebutnya, “Seorang pereka mesti pandai potong kain, menjahit, merangka…” Seperti dirinya sendiri, kalau bergantung semata-mata pada ilmu buat baju yang ditimba ketika belajar di Lasalle College di Kanada saja tidak cukup, sebaliknya dia perlu belajar tentang bisnes, perbaiki personaliti, belajar berkomunikasi dan bersosial. Melinda berbangsa Cina namun aktif mengeluarkan koleksi modest dan Aidilfitri, dan salah satunya dipakai model terkenal Halima Aden dan poster tersebut tergantung depan Cooper Hewitt Smithsonian Design Museum di New York. Selain itu Melinda juga mahu membantu ahli-ahli MODA belajar tentang penjualan dan pemasaran termasuk di media sosial kerana ini juga menjadi kunci kelangsungan jenama atau perniagaan yang mereka.

Yang sebenar saya ada pelbagai lagi topik fesyen yang mahu dibincangkan, tetapi saya biarkan Puan Mahani Awang menemubual Melinda Looi kerana Kak Mahani lebih berpengalaman sementelah dia juga mengemudi persatuan fesyen (Bumiputra Designers Association) menjadikan ini sebagai satu temubual yang cukup intelektual. Baca selanjutnya temubual Puan Mahani dan Melinda di bawah.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”11825″][thb_gap height=”40″]
Mahani Awang Menemubual Melinda Looi Presiden Malaysian Official Designers’ Association (MODA)

Lima belas tahun lebih mengenali susuk wanita dinamik bernama Melinda ini, tidak terkejut pun bila menerima berita dia dinobatkan Presiden MODA, antara beberapa persatuan yang gigih memperjuangkan nasib masyarakat dunia fesyen dan memartabatkan industri sejak 80-an. 

Begitu muda ketika dia menceburi dunia glamor ini namun sifat kesungguhan dan kegigihannya jelas ikhlas. Dia merupakan salah seorang pereka yang saya anggap juga seorang pejuang fesyen yang saya minati dan hormati. Ini beberapa soalan pokok yang menjadi tajuk panas dunia fesyen kini yang tercetus dan dapat saya bertanyakan pada Melinda. 

Lima belas tahun lebih mengenali susuk wanita dinamik bernama Melinda Looi, tidak terkejut pun bila menerima berita Melinda dinobatkan Presiden MODA. Moda antara beberapa persatuan yang gigih memperjuangkan nasib masyarakat dunia fesyen dan memartabatkan industri sejak 80-an.

Sejak usia muda saat menceburi dunia glamor ini, sifat kepimpinan dan kegigihannya jelas ikhlas. Dia salah seorang pejuang fesyen yang saya minati dan hormati. Lalu beberapa soalan pokok yang menjadi tajuk panas dunia fesyen kini tercetus dan dapat saya tanyakan kepada Melinda. 

Apakah dunia fesyen kini merudum? Pergerakan dan perkembangan industri amat lembap terutama di bahagian peruncitan untuk beberapa tahun ke belakangan ini. Keadaan ini dipersalahkan pada kedudukan ekonomi dunia yang merudum, juga perubahan iklim yang tidak menentu dan perubahan sikap pengguna yang sensitif dan lebih cenderung kepada isu persekitaran seperti peperangan dan kini wabak COVID-19 yang pasti memberi tekanan hebat kepada industri. Sebagai Presiden MODA, bagaimana anda melihat cabaran ini dan bagaimana menanganinya?    

Benar, ini adalah cabaran paling hebat buat industri fesyen tetapi setiap cabaran ada peluang-peluang yang tercetus. Adalah menjadi tugas kami untuk menangani peluang-peluang ini. Aliran seperti sustainability, digitization, see now buy now akan kekal dan menuntut tumpuan serta tindakan mengubahnya. Untuk beberapa bulan yang akan datang ia menjadi lebih mencabar. Jika kita berbalik kepada sejarah krisis dan cabaran hari ini, ia telah mengubah dan membawa industri ke arah inovasi serta membetulkan banyak hal yang kita telah buat silap. Kebetulan inovasi ini amat perlu dalam industri fesyen kini. 

Isu persekitaran seperti go green atau environmental friendly telah sekian lama menjadi perkara penting dan masih menjadi stigma dalam industri fesyen. Bagaimana keadaannya di Malaysia? Sejauh mana ia mengancam pertumbuhan industri dan para pereka? 

Pendedahan tentang sustainable fashion atau going green misalnya masih cetek di Malaysia. Masyarakat masih bertumpu kepada fesyen pantas. Mereka tidak hiraukan soal kualiti asalkan harga murah dan hanya memakai sesuatu barangan untuk beberapa kali saja dan kemudian membuangnya dengan kemunculan trend baru. Sikap ini membahayakan dan bercanggah dengan konsep sustainability fashion yang menjurus kepada kepincangan rantaian nilai fesyen yang bermula daripada peringkat pengeluaran sehinggalah pembuangan dan penghapusan barangan fesyen tersebut.

Kita di Malaysia saja menghasilkan dua juta kilogram buangan tekstil setiap hari.  Ini adalah satu jumlah yang mengejutkan dan serius untuk masa mendatang. Kini terdapat syarikat seperti Kloth Cares, Real M, Refash yang prihatin terhadap pencemaran sekitar dan cuba menangani masalah dengan mengkitar semula pakaian lama. Yang pasti fesyen adalah pencemar alam terbesar di muka bumi ini. Saya teruja untuk menangani isu ini mungkin dengan menghasilkan fabrik yang lebih utuh, cara baru pembungkusan mesra alam, meningkatkan usaha kitar semula dan mengurang sisa buangan. Setiap individu dalam industri fesyen punya peranan untuk menangani usaha ke arah sustainable fashion industry.

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” image=”11828″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”right” image=”11826″][thb_gap height=”5″][thb_image full_width=”true” alignment=”right” image=”11827″]
[thb_gap height=”40″]
Adakah peruncit gah seperti MNG, ZARA, Uniqlo dan sebagainya menjadi ancaman buat pereka tempatan kerana ramai yang mengatakan saingan daripada jenama besar ini menimbulkan cabaran serta kekangan hebat untuk bersaing dalam sektor mass atau pengeluaran secara besar-besaran. Adakah ini benar? Mengapa? 

Mungkin bagi sesetengahnya, namun bagi pereka mereka tidak patut melihatnya sebagai ancaman. Pereka mesti hasilkan barangan yang mempamerkan identiti atau signature dan pada masa sama sesuai untuk budaya dan cuaca. Saya pula tidak pernah memikirkan jenama antarabangsa bila saya membuat rekaan sebalik memikirkan para pelanggan dan bagaimana menghasilkan rekaan yang relevan dan bermutu untuk mereka. Bagaimana pun memang ada segelintir jenama Malaysia yang bersaing dengan jenama gah antarabangsa seperti yang disebut tadi. Tidak dapat tidak, mereka perlu bekerja lebih keras lagi.

Apakah yang paling anda bimbangkan tentang industri fesyen kini? Apakah implikasinya terhadap industri fesyen Malaysia?

Sesuatu yang begitu ketara di Malaysia ialah kurangnya tenaga pekerja seni yang berpengalaman dan tenaga kerja. Jika berterusan pasti terkesan dan terkuburnya industri seni dan kraf dalam jangka waktu 20 tahun, atau kurang daripada itu? Apakah yang mampu dunia fesyen buat jika tenaga kerja dan pakar dalam bidang kian berkurangan?   

Kita perlukan tukang jahit, juru potong, penyulam, pencetak, pembuat aksesori, pembuat beg, kasut yang berkemahiran lagi cekap. Jika diperhatikan ramai pereka busana atau jenama gah tanah air mempunyai tukang jahit yang sudah mencecah 50-60 tahun usianya. Dalam jangka waktu yang pendek mereka akan bersara. Apa akan jadi pada pereka dan jenama tersebut jika tiada yang berminat untuk membuat kerja-kerja menjahit, menyulam dan mengelim?

Orang muda hari ini kurang berminat membuat kerja-kerja rumit dan halus yang sebegitu. Kini segalanya mahu pantas dan mudah, ke online dan klik dan siap! Ini akan menjadi satu masalah berat buat pereka. Sebagai presiden MODA saya cuba sedayanya menangani masalah ini dan saya yakin kita punya ramai anak muda yang punya bakat. Persoalannya bagaimana menarik minat dan cara memartabatkan profesion mereka. Saya amat teruja mengupas perkara ini. 

Kini kita dicabar oleh teknologi, material baru dan fabrikasi yang dicipta oleh industri bagi memenuhi permintaan pengguna juga menepati persepsi masyarakat dunia yang sentiasa berubah-ubah. Bagaimana harus kita tangani masalah ini sedangkan kita masih jauh ketinggalan dalam teknologi dan pengeluaran?

Sejujurnya di peringkat global dan Malaysia juga, industri fesyen sebenarnya tidaklah seinovatif seperti sepatutnya. Sudah sekian lama, label fesyen terutamanya fesyen pantas hanya memberi fokus kepada bagaimana menghasilkan barangan fesyen yang mampu milik, yang telah mendorong mereka beralih kepada rantaian bekalan ke negara yang mempunyai pengeluaran. Saya yakin era mampu milik ini akan berakhir. Saya percaya akan tiba waktu masyarakat lebih pentingkan ketahanan, mutu kraf, fungsi dan inovasi rekaan. Bahan baru dan teknologi akan bertahta dan akan memainkan peranan lebih besar dalam industri.

Sebagai Presiden MODA, apakah strategi anda dalam menangani cabaran seperti gasakkan saingan luar?

Sambil kita sibuk memerhati aliran global dan berhati-hati terhadap pemain global, kita juga patut melihat apa yang kita boleh sumbang atau beri kepada pasaran tempatan dan dunia. Kita perlu fokus pada kekuatan dan sumber yang kita miliki untuk kukuhkan kedudukan dan sebarkan tentang kekuatan itu kepada dunia luar.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”11845″][thb_gap height=”40″]
Apakah prinsip anda terhadap fesyen?

Reka sesuatu dengan minda yang khusus, jangan ikut aliran membuta-tuli. Kita perlu mendorong keyakinan pengguna sebelum membeli. Jika tidak cuba, kita tidak akan tahu dan lakukan sesuatu demi cinta dan minat. Jangan hiraukan apa orang kata.

Falsafah dalam rekaan anda?

Rekaan saya seharusnya memberi impak kepada kehidupan seseorang. Ia juga  memberikan keyakinan pada wanita yang memakainya, tidak kira bentuk dan saiz badannya. Dia mesti berasa cantik, berdikari dan hebat.  

Bagaimana anda menangani pengguna generasi baru dari sudut dan konteks Malaysia?

Pengguna generasi baru memang lebih prihatin tentang alam sekitar, kehidupan sosial dan kesihatan diri. Kita dapat lihat banyak syarikat dan industri yang membuat perubahan besar-besaran hanya untuk memenuhi keperluan kumpulan ini. Pengguna ini benar-benar berbelanja demi kepentingan tersebut dan ini sesuatu yang baik, dan dengan itu kita perlu berikan apa yang mereka mahu. Bererti kita perlu melaraskan dan mengubah cara rekaan kita, pengeluaran, pengedaran, komunikasi dan servis produk.  

Sustainability atau kelestarian adalah kata kunci untuk kejayaan industri fesyen. Boleh Melinda kongsi sedikit pandangan anda tentang subjek ini? 

Kelestarian kini memang menjadi tajuk utama akhbar dan media maya. Ia adalah topik penting yang kita semua prihatin dan ambil berat. Sebenarnya kita boleh, dan harus buat lebih baik daripada apa yang telah kita lakukan sekarang ini. Namun semua syarikat persendirian dan individu mestilah memainkan peranan mereka dan seikhlasnya, saya katakan ia tugas buat semua peringkat masyarakat dan pihak yang terbabit.

 

Teks: Mahani Awang dan Shaufik Yunus
[thb_gap height=”40″]
Penghargaan

Model: Melinda Looi 

Jurugambar dan Penggayaan: Albert Nico 

Solekan: Monica Lee 

Rambut: Kay

Pencahayaan: Adams Hong

Juru Edit Gambar: Sandy Thee 

Penyelaras: Shaufik Yunus

Pengarah Seni: Wirda Adnan

Lokasi: Albert Nico Boutique Salon
[thb_gap height=”100″]

Related posts

MBDA Voice to shape the Malaysian fashion, lifestyle, and creative ecosystem

admin

LOVE EVERY MOMENT, LAUGH EVERY DAY, LIVE BEYOND WORDS

Wirda Adnan

Dorothy Ng – Beauty With Brain

admin

Leave a Comment