COVER STORY

RATU CANTIK LINDSEY YAP

 “PEMBEDAHAN PLASTIK, JIKA PERLU, MENGAPA TIDAK?”  

“Beauty shouldn’t be about changing yourself to achieve an ideal or be more socially acceptable. Real beauty, the interesting, truly pleasing kind, is about honoring the beauty within you and without you. It’s about knowing that someone else’s definition of pretty has no hold over you.” Golda Poretsky

Kecantikan adalah kesenangan abadi kata John Keat, seorang ahli falsafah, dan saat cantik itu dimiliki orang lain jangan kita merasa iri terhadapnya, kerana segala hal yang memiliki keindahan tetapi tidak setiap seorang melihatnya sama.

Sesuai tema, WM sempat bersembang dengan Ratu Cantik Intercontinental Malaysia 2023 Lindsey Yap Li See. Lindsey sebenarnya bukan sahaja cantik tetapi memiliki peribadi yang siapa saja mengenalinya, begitu dia disenangi.  Gadis daripada lima beradik berketurunan Cina ini memegang ijazah Bachelor of Jurisprudence (perundangan). 

Hari lapangnya selain membuat kerja-kerja amal yang dirasakan satu kemestian bagi seorang insan. Bukan kerana dia ratu cantik atau apa pun, katanya sedikit waktu walau sesibuk mana pun mesti diberikan untuk membuat kerja amal. Kemudian barulah untuk hal-hal lain, dan kesempatan daripada bakat semula jadi yang dimilikinya, dia juga bergelar pelakon.

Sebelum dinobatkan sebagai Miss Intercontinental Malaysia 2023 dia juga pernah memasuki pertandingan ratu cantik yang lain. Bermula 2016 dia adalah dalam barisan ‘finalist’ untuk mengejar title Miss Global International, dan pada 2018, di finalist Miss Chipao, sementera pada 2022 dia dinobat ‘2nd Runner up Miss Grand Kuala Lumpur waktu sama Miss Body Beautiful dan tahun itu juga Lindsey adalah dalam finalist Miss International Malaysia 2022.

Panjang perjalanannya sebelum dimahkotai sebagai ratu. Katanya pencapaian itu membuktikan kepada dirinya jangan cepat berputus asa dalam apa juga yang dikejar. 

“Saya percaya sebagai ratu, perjalanan hidup saya akan lebih menarik, waktu sama memberikan saya jalan mudah untuk menyumbang bakti kepada masyarakat. Kadang bila kita cuma orang biasa, yang tidak menyerlah, masyarakat tidak mudah menyokong perjuangan kita.”

Cukup dengan usahanya mahu menyumbang sedikit bakti kepada masyarakat, mari kita dengar jawapan yang diberikan kepada ‘20 Soalan Cantik’ dan soalan dijawab spontan.  Ya Lindsey seperti kata stylist dan jurusolek Linda Rossa, “She is beauty with a brain. Saya begitu terpesona dengan kecantikan dan kebijaksanaannya.  

Bagaimana anda melihat pengaruh kecantikan dalam kehidupan harian anda?

Apabila kita melihat kecantikan dalam setiap aspek kehidupan, kita akan belajar menghargai hal-hal kecil yang berlaku di sekeliling kita. Hidup dikelilingi kecantikan dan keindahan mengajar saya untuk bersyukur dengan peluang yang tidak terbatas yang kita boleh miliki. 

Bagaimana anda menggambarkan kecantikan? 

Kecantikan adalah satu tindakan kata-kata. Kerana ia mewujudkan perbincangan, ia membina reputasi dan yang paling penting ia mengubah kehidupan seseorang menjadi lebih baik terutama yang menggunakan rupa paras dalam perkhidmatan kerja sosial mereka. 

Adakah anda fikir kecantikan memberi kesan pada harga diri? 

Ya, hanya jika anda membenarkannya. Saya tahu kita mempunyai standard kecantikan yang berbeza tetapi yang paling penting ialah bagaimana kita melihat kecantikan diri dan menerima diri kita sebagai unik dan menakjubkan.

Apakah petua kecantikan yang anda boleh kongsikan dengan kami? 

Yang terbaik ialah rehat secukupnya. Tidur yang cukup dan minum air. Dari segi emosi, cara untuk menjadi cantik adalah dengan berasa diri cantik.

Pendapat anda tentang pembedahan plastik dan adakah pernah melakukannya? 

Saya tidak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik. Adakah saya akan melakukannya nanti? Saya seorang yang berfikiran terbuka, bermaksud jika dirasakan perlu maka saya akan lakukan. Tiada salahnya selagi ia dilakukan pakar bertauliah dan mendapat kelulusan perubatan.

Dan pendapat anda tentang selebriti yang melakukan pembedahan plastik?

Terpulang kepada diri masing-masing. Duit mereka, badan mereka. Jika itu bisa memberi kegembiraan, maka saya menyokongnya. 

Adakah anda rasa kulit yang lebih cerah menjadikan anda lebih cantik? Terutama dengan banyak produk pemutih di pasaran? Sila komen.

Saya sendiri dianggap cerah tetapi sebelum ini ada masanya saya merasakan saya mahu kulit seputih salji. Tetapi kita perlu ada kesedaran bahawa kecantikan adalah subjektif pada mata seseorang. Dan dengan itu, tidak kira apa warna kulit, anda tetap cantik. Noktah.

Bahagian mana pada diri yang anda rasakan cantik?

Saya rasa mata adalah aset fizikal saya yang paling kuat kerana ia menggambarkan emosi yang pelbagai. Sebagai seorang pelakon, mainan mata berkait dengan watak yang dibawa, kerana ia boleh menggambarkan emosi yang berbeza. Dan itu adalah sesuatu yang saya suka.

Apakah yang pertama-tama anda perhatikan apabila bertemu dengan seseorang, saya maksudkan penampilan seseorang? 

Saya lekas tertumpu pada gigi dan hidungnya. Entah kenapa, ini adalah peribadi saya yang tidak boleh diubah tetapi saya tidak menghadkan apa yang saya lihat hanya pada penampilan luaran sahaja kerana dalaman itu lebih penting. 

Apakah yang paling mengujakan dan menarik menjadi seorang ratu cantik? 

Perjalanan hidup keseluruhannya. Saya pernah menyertai berbagai-bagai pertandingan sehinggalah ke yang ini. Ia jalan yang tidak mudah tetapi sangat berbaloi. Orang yang saya temui, pelajaran yang diperolehi dan semua ini sangat bernilai. 

Bolehkah solekan memberikan kesan yang luar biasa untuk kelihatan cantik?

Solekan menaikkan seri wajah dan sangat menakjubkan melihat orang yang bersolek cantik kerana ia seperti melihat satu karya seni yang berjalan.

Adakah anda rasa semua wanita kena jaga kecantikan muka dan badan tak kira umur? 

Menjaga kecantikan, wajah dan badan bukan hanya tentang estetika. Ia adalah satu tanggungjawab untuk menjaga diri secara fizikal. Kita berhutang kepada diri kita sendiri untuk menjadi cantik dan ia adalah satu perkara yang setiap kita mampu melakukannya.

Bercakap tentang penampilan, adakah tidak sopan untuk memberi komen akan penampilan seseorang? Sama ada ya atau tidak. Komen anda? 

Tidak biadab jika ia kritikan yang membina. Tidaklah biadab jika diucapkan dengan sopan dan jika ia dapat menambah baik dirinya. 

Adakah kecantikan mempengaruhi kejayaan? 

Realitinya ya, terutama dalam ‘show business’, tetapi saya tahu memiliki skil juga akan membuka jalan kepada banyak peluang. 

Berapa lama seseorang harus luangkan dalam sehari untuk kelihatan cantik? 

Saya rasa tidak ada manual kecantikan 101 yang memberitahu tentang berapa lama masa perlu diambil untuk mendandan diri. Kita mempunyai rutin yang berbeza jadi terpulang bagaimana melakukannya. Pada penghujung hari selagi masa berdandan tidak mengganggu hal-hal lain maka ia boleh diterima.

Lebih bagus cantik fizikal atau bijak? 

Kebijaksanaan itu seperti magnet yang membuat orang tertarik dan melekat.

Beauty standards may vaguely define what is physically attractive as beauty is an acquired taste. But no one isn’t entertained if someone is simply smart.*

Standard kecantikan mungkin tidak menggambarkan tarikan fizikal secara tepat kerana kecantikan berkait dengan citarasa. Tetapi tiada siapa yang tidak tertarik dengan kebijakan. 

Siapakah yang tercantik dalam sejarah? 

Selain diri saya, kakak dan ibu saya, saya memilih Puteri Diana. Dia melambangkan keanggunan dan kerendahan hati. Dia wajah bagi wanita berkuasa. 

Adakah kecantikan berkait dengan kuasa? 

Ya, kerana jika kita menggunakan ke jalan yang baik, maka kita punyai kuasa untuk mengubah komuniti.

Awak memilih kecantikan fizikal atau kemewahan? 

Kemewahan, tentunya. Dengannya saya boleh menolong orang dan membolehkan diri saya membantu gadis muda dalam pertandingan ini di seluruh dunia. 

Akhir sekali adakah pertandingan ratu cantik baik atau buruk? 
Selain daripada gaya hidup, pertandingan ratu cantik boleh mengubah dunia. Mereka menyediakan platform untuk menangani isu-isu kontinental. Dan inilah kaitannya dengan komuniti kami – when we facilitate beauty pageants that are transformational.

Related posts

The Alchemy of Dr. Anjhula Mya Singh Bais: Aristocrat, Activist, Academic

admin

Julia Farhana Marin Bercakap Tentang Cinta dan Perkahwinan, Media Sosial dan ‘Me Time’nya

adminwm

Segalanya Bermula Di Sini

admin

Leave a Comment