Bagi saya, kecantikan adalah tentang merasa nyaman dengan dirimu sendiri. Ini tentang mengetahui dan menerima siapa kamu.” – Ellen Degeneres
Saya cantik. Lucu bunyinya, dan anda akan terus menertawakan saya. Pada usia saya yang akan memanjat angka tujuh beberapa tahun lagi; kulit berkedut, berjeragat, rambut penuh uban dan mata pun sudah kuyu, masih mahu mengaku cantik. Sudah buang tabiat agaknya?
Tetapi kamu tidak punya fair skin, big eyes, a perfect jawline, sharp nose, pouty lips, a slim figure… blah-blah-blah…
Sekali lagi saya mahu mengatakan saya cantik. Tidak peduli apa kamu akan kata, tetapi diri ini merasakan kurniaan Allah kepada saya sempurna dan cantik sekali. Saya bahagia dengan diri ini, biar tidak tinggi ala model, kulit tidak putih (kan ramainya yang di luar sana mahukan putih supaya nampak berseri, menampal produk Ku Putih dengan harapan akan nampak lawa), Allahu Akbar. Dan biarpun hidung tidak mancung dan bibir tidak tebal ala Angelina Jolie, tetapi saya bangga dengan apa yang dimiliki. Bukan sehari dua ini saya berasa saya cantik tetapi sejak saya kecil lagi. Saya tidak pernah merasakan kulit sawo matang saya ini membuat saya tidak cantik dan rasa rendah diri. Saya menerima kejadian kulit gelap berbanding kawan-kawan yang putih kuning dan ada yang putih melepak. Saya percaya kurniaanNya ini adalah teramat istimewa.
Saya seorang yang yakin diri. Dan percaya yakin diri itulah kecantikan yang teramat tinggi nilainya kerana saya boleh membawa diri saya jauh ke merata dunia. Ia tidak disandarkan kepada rupa paras tetapi pada keseluruhan kejadian ciptaanNya. Syukur ciptaanNya sempurna untuk tidak saya berasa rendah diri; sehingga ke hari ini saya masih dapat berkarya kerana otak saya masih ligat berfikir dan bertenaga untuk bekerja, sementara panca indera yang lain masih berfungsi sepenuhnya, apa lagi yang saya mahukan? Jika masih dapat bergerak bebas tanpa perlu dipimpin dan disurung, itu juga kecantikan yang terlalu berharga.
Saya senang sekali dengan sebuah catatan saya temui ini;
Siapa Saya?
Saya seorang yang jauh daripada sempurna
Namun saya bersyukur dengan kehidupan saya
Saya tidak lepas daripada kelebihan dan kekurangan
Orang menyukai saya, syukur alhamdulllah
Orang membenci saya, tidak menjadi masalah
Dipuji, saya tidak akan terbang
Dihina saya tidak akan tumbang
Saya hanya wanita akhir zaman
Wanita biasa, wanita sederhana, wanita lemah
Yang punya keinginan tekad
Untuk terus memperbaiki diri
Agar menjadi sebaik-baiknya perhiasan dunia ini, yakni wanita solehan
Prinsip hidup saya adalah saya berjuang buat yang benar-benar mencintai dan menyayangi saya; Allah, Rasul, keluarga, tetangga, sahabat, teman dan saudara dan saudari muslimat.”
Anak-anak ku di luar sana, cukuplah dengan omong-omongan yang diletakkan oleh dunia, akan standard cantik adalah seperti begini begitu, kerana value untuk perempuan jelita dan lelaki kacak itu adalah sekadar bagi menyesuaikan diri kamu dengan masyarakat di sekeliling kamu saja. Ya, apa yang membuat kamu tidak merasakan kamu cantik, kerana dunia telah meletakkan satu stardard yang sedemikian dan jangan kamu terpedaya dengannya.
The fact that appearances can be deceptive is familiar to many people but is acknowledged only by very few. People fail to appreciate themselves in all aspects they strive for, and the reason for this is the fear of being judged, and guess what? Society is judgmental above all. Beauty standards around the world are insanely irrational. They never remain the same, and the thirst for attuning to the standards is a never-ending process.
Sekarang ramai anak-anak muda tergila dan menjadi pengikut setia K-pop, kecantikan mereka itu mahu dijadikan ikutan.Trend ‘glass skin’, radiant, glowing skin, menjadi dambaan. Having pale, flawless glass skin; big eyelids; a pointed nose and jawline; thigh gaps; and a petite, slim body are some of the major features of Korean beauty standards set for a female. Nose jobs, liposuction, and double eyelid surgeries are hugely fancied by many Koreans, including men, to reshape their bodies and features to look more attractive.
Maka tidak hairanlah generasi muda Korea amnya dan dunia khasnya begitu menyerahkan diri mereka untuk produk-produk kecantikan dan rawatan, menghabiskan banyak masa dan wang ringgit untuk cantik. Satu hal yang patut dipuji pula, negara itu begitu memastikan setiap keluaran mereka mengikut standard piawan yang ditentukan, menjadi jenayah besar jika pengeluar tidak mematuhi undang-undang yang ditentukan, hal demikian produk mereka diiktiraf di dunia. Justeru produk dari Korea adalah the ‘most preferred beauty essentials to look presentable, without a doubt.’ Betullah pada membazir duit mencuba produk-produk yang tidak dapat dipasti ketulenannya elok cari produk dari Korea.
Mari kita lemparkan pandangan ke Barat pula. Satu ketika di kala sitcom F.R.I.E.N.D sedang hangat ditayangkan, ramainya anak remaja mahu jadi Rachel Green. Potongan rambut Rachel meninggalkan kesan yang besar kepada dunia amnya. Semua hendak jadi Jennifer Aniston dan kemudian muncul Angelina Jolie dengan bibirnya yang tebal, dan itulah yang menjadi benchmark cantik wanita sedunia. Dan hari ini tarif cantik berubah kepada bentuk badan ala gitar, buah dada selambak, pinggang kecil dan pinggung besar menjadikan keluarga Kardashian dan Jenner idola gadis-gadis… ya the aesthetic figures of the Kardashians and the Jenners are set as the benchmark of western beauty.
Tahu kah anda apa kesannya bila mereka ini dijadikan sebagai benchmark cantik. Bila wanita merasakan dirinya huduh, emosi negatif seperti tiada yakin diri boleh membawa kepada penyakit mental, benci diri sendiri dan depresi yang mungkin jika berlarutan boleh menyebabkan mereka mengambil nyawa sendiri. Nauzubillah.
Begitu pun jangan disalah anggap, yang kamu tidak perlu berhias-hias. Cantikan lagi tubuh kamu itu dengan pakaian bersih lagi sesuai tempat dan suasananya. Licinkan lah wajah itu dengan membersihnya, menggunakan produk rawatan yang sesuai kulit dan kemampuan, dan jangan terikut-ikut sangat dengan iklan-iklan di tik tok dan di laman media sosial yang tumbuh bagai cendawan. Jangan kerana mukanya licin menggunakan produk yang dia adalah pengasasnya, kamu terus terpedaya dan terperangkap membeli apa saja yang dijualnya. Akhirnya dia menjadi billionwan (billionaire) tetapi wajah kamu di takuk lama.
Saya teringat kisah seorang pengasas produk kecantikan, menjuallah dia akan produk yang konon dari rantau sebelah Selatan yang memang terkenal dengan pengeluaran produk yang selama ini diiktiraf seluruh dunia. Dan dia menjaja konon bekerjasama dengan pakar di sana, mengambil wang orang ramai untuk menjadi pembekalnya di sini. Duit orang ribu-ribu ringgit lesap. Kini dia membungkus wajah dengan berniqab konon sudah alim, (alasan orang alim tidak menipu kan?) Mungkin takut dikenali dan disiram asid sebab menipu duit orang dengan banyaknya. Dan ada juga yang sudah mendapat bekalan produknya tetapi ternyata produk tidak mendapat kelulusan piawaian dari negara tersebut. Label-label ditampal sendiri dan palsu. Jadi hati-hati saudara saudari, jangan tertipu dengan dahyah cantik oleh manusia yang sekadar mahu mencari keuntungan dan kamu jadi muhlis kerananya.
Sekarang humbankan fikiran negatif itu, ayuh bangun dan katakan Aku Cantik. Bila keyakinan diri tinggi, dan bisa berdikari, terusan membaiki diri menjadi insan yang disenangi dan disayangi; bila tidak menyombong diri, dan berpakaian sopan, menutup aurat bagi muslimat. Bila kesihatan sentiasa dijaga, dan dipastikan berat badan sesuai ketinggian dan mengelak makan berlebihan serta bersolek berdandanlah sesuai tempat dan suasana, kamu akan sentiasa berseri-seri dan dipandang cantik. Tidak cukup itu kamu akan disenangi dan disayangi selamanya.Tidak dinafikan, setiap wanita mahu dilihat cantik, gorgeous, and there is nothing wrong with taking care of the body and skin. After all, appearance gives confidence to a person and enhances personality.
Sebelum saya memberi kata noktah pada rencana ini, kepada insan istimewa ini, yang terlalu banyak menyumbang jasa dalam bidang yang kami terokai bersama, sungguh menyebut namanya akan mengalirlah airmata ini. Dia tidak akan hilang di ingatan dan akan saya abadikan kenangan bersamanya sampai bila-bila.
Dia sudah pergi buat selamanya tetapi dia ‘hidup’ segar dalam jiwa raga ini. Bersahabat dengannya dan bekerjasama menjayakan majalah dengannya bertahun-tahun, mana bisa saya lupa jasanya mencantikkan majalah dari hiasan kulit sehingga muka surat terakhir. Seorang jurugambar tersohor di Malaysia. Dialah antara insan yang membuat artist-artist kita khasnya, lebih cantik daripada kecantikan semulajadi mereka.
“Wan, I hendak the best of her.” Wan faham, apa yang saya mahukan, maka duduklah dia berhari-hari lagi menghadap komputernya, (itu selepas tamat sesi fotografi) menyiapkan tugasan terakhirnya sebelum gambar diserahkan kepada saya. Dia akan memastikan wajah yang diambil dari kameranya tadi akan muncul secantiknya di majalah. Jika cahaya pada wajah itu kusam ia akan disegarkan lagi, jika kulit berkerutu, sudah tentu dilicinkan, jika berpakaian pula berkedut kerana terlepas pandang dengan teknik dan kepakaran dia membuat touch-up, maka akan cantik licin dan yang paling menariknya dia bijak sekali memilih shot hanya yang tercantik dari puluhan gambar-gambar yang dirakamkan. Misalnya pada satu gambar itu lengok tangan kiri cantik sedangkan tangan kanan macam keras, lalu dicari gambar lain sebagai ganti (teknik potong/cantum) dan dengan kepakarannya apa yang anda tatap adalah yang tercantik.
Terima kasih Wan dan pemergianmu diratapi oleh kami semua. Al fatihah buat Wan Izhar.