GAYA HIDUPHidangan, Resipi & Petua

Resipi Nasi Sesuai Berbuka Puasa

Ramadan bulan mulia. Bulan menambah ibadah antaranya perbanyakkan bersedekah.“Sedekah yang paling utama adalah sedekah di bulan Ramadan.” (HR Tirmidzi).

 “Barangsiapa memberi makanan untuk berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, ia berhak atas pahalanya tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa.” (HR Ahmad dan Tirmidzi). 

Sabda Nabi SAW lainnya: “Barangsiapa memberi makanan atau minuman untuk berbuka puasa kepada orang yang berpuasa daripada harta yang halal, maka para malaikat mendoakannya di jam-jam bulan Ramadan dan Jibril juga mendoakannya di malam Lailatul Qadar.” (HR Tabhrani).

Maka inilah masa anda layan diri di dapur memasak hidangan yang bukan sahaja mengenyangkan tetapi lazat dan berkhasiat. Sementelah majalahwm memberikan fakta-fakta menarik tentang Nasi, makanan gizi seluruh rakyat Malaysia, kali ini kami hadirkan beberapa resipi Nasi untuk membantu anda memasak dan disedekahkan kepada jiran tetangga mahupun untuk jemaah di masjid.

Nasi Arab:

Bahan-bahannya

  • 3 cawan beras basmati
  • 4 sudu besar minyak sapi
  • 3 1/4 cawan air
  • 1 inci halia dimayang
  • 1 biji bwg besar didadu
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 ulas buah pelaga
  • 1 batang lobak disagat
  • 1 biji tomato didadu
  • 2 sudu tomato puri
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 2 biji cili merah
  • 1 biji cili benggala merah
  • 1/4 cawan kismas
  • Sedikit pewarna kuning dan oren
  • Gula serta garam
  • 1 ulas kiub ayam

Bahan untuk dikisar

  • 1 sudu makan bunga cengkih*
  • 1 sudu makan lada hitam*
  • 1 sudu makan jintan manis*
  • 1 sudu makan jintan putih*
  • 2 sudu makan ketumbar biji*
  • 1 sudu makan buah pelaga*

Ayam:

  • 1 ekor ayam dibelah dua
  • 250 ml yogurt
  • 2 sudu besar madu
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk safron
  • 1 biji tomato
  • 5 biji cili hijau besar
  • 1 tangkai batang ketumbar
  • Sedikit gula dan garam
  • Sedikit perahan limau nipis/lemon

Cara menyediakannya:

Nasi Arab

  • Panaskan minyak. Tumis kayu manis, buah pelaga serta bunga lawang. Tambah juga bawang putih, halia dan bawang besar. Tumis sehingga naik bau.
  • Letak tomato,tomato puri serta bahan kisar*. Goreng sebentar. Kemudian tambahkan kiub ayam, kismis, lobak parut, garam serta gula. Kacau rata.
  • Tambah beras. Kacau perlahan. Masak nasi sehingga masak.
  • Apabila nasi sudah masak, letakkan beberapa titisan pewarna oren dan kuning (atau serbuk safron). Tutup periuk dengan penutup periuk. Apabila nak dihidangkan barulah dikacau nasi dengan menggunakan garpu.

Ayam:

  • Satukan ayam bersama bahan dan perap selama satu ke dua jam.
  • Kemudian, bolehlah digoreng.

SALATAH / SALAD SAYURAN

  • Bahan-bahan  
  • Timun dibuang biji tengah
  • Tomato di potong dadu
  • Bawang besar racik halus
  • Garam dan perahan lemon

Cara-cara

Gaulkan semua sayuran yang dipotong bersama perahan lemon dan garam.

SAMBAL

Bahan-bahan

  • 3 batang cili besar merah
  • 3 batang cili padi merah
  • Tomato
  • Daun ketumbar
  • Perahan lemon
  • Garam / gula

Cara-cara

Kisar cili, tomato dan daun ketumbar.

Kemudian perasakan dengan garam, gula dan perahan lemon.

Sedia dihidang

NASI MINYAK 

Bahan bahan:

  • 7 cawan beras basmathi – basuh dan tos
  • ¾ tin susu cair
  • 2 biji bawang besar – hiris halus
  • 2 ulas bawang putih – hiris nipis
  • 3 helai daun pandan
  • Kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
  • Sedikit garam
  • Pewarna kuning
  • Minyak jagung
  • 2 sudu besar minyak sapi

Cara cara:

Panaskan minyak jagung dan minyak sapi. Tumis bahan penumis dan bawang besar serta bawang putih sehingga wangi.  Masukkan beras yang telah ditos dan digoreng seketika. Masukkan susu cair, garam dan sedikit pewarna. Akhir sekali tambahkan air secukupnya. Masakkan dengan menggunakan rice cooker sehingga nasi masak.

Resipi Nasi Minyak Azie Kitchen

Nasi Hujan Panas

Bahan-bahan untuk nasi:

  • 3 cwn beras basmathi
  • 1-2 sudu besar minyak masak
  • 1-2 sudu besar mentega
  • 1-2 sudu besar minyak sapi
  • Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 1 bunga lawang, 3 cengkih, 4 buah pelaga)
  • 3 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 helai daun pandan
  • 2 cawan susu cair
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 kiub pati ayam
  • Sedikit garam
  •  Gula secukup rasa
  • Sedikit pewarna kuning
  • Pewarna merah
  • Pewarna hijau

Bahan-bahan untuk acar:

  • 1 batang timun
  • Sepotong nenas
  • 1 biji bawang merah besar
  • 4-6 tangkai cili padi
  • Gula
  • Garam
  • Jus lemon atau cuka makan

Cara Penyediaan:

 Cara-cara untuk nasi hujan panas:

  • Hiris nipis bawang merah kecil dan bawang putih.
  • Halia hiris tebal, senang nanti lepas masak boleh tarik keluar.
  • Basuh beras sampai jernih dan hilang keruh, anggaran 3 kali. Lepas basuh, boleh tapis dan tos kering.
  • Panaskan minyak masak, mentega dan minyak sapi.
  • Tak perlu cairkan sepenuhnya, terus masuk rempah 4 sekawan.
  • Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sampai keperangan dan naik bau tumisan.
  • Masukkan daun pandan untuk aroma, lebih wangi dan berselera nasi nanti.
  • Masuk beras dan goreng selama 3-4 minit, sampai dengar bunyi berdesir.
  • Masukkan susu cair, air, kiub pati ayam dan sedikit pewarna kuning.
  • Masukkan garam dan gula. Kacau sebati.
  • Pindah masuk dalam periuk nasi atau pressure cooker. Kemudian tunggu sampai nasi masak.
  • Selepas nasi dah masak, biar nasi kering dan suam-suam sebelum gembur, kalau gembur awal-awal takut patah dan hancur nasi nanti.
  • Untuk warnakan nasi, boleh celup chopstick atau lidi dalam pewarna dan titis pewarna atas nasi. Seeloknya buat lubang dan lorek-lorek pewarna dalam tu.
  • Che Nom guna warna merah, hijau dan oren. Kalau pewarna terlalu pekat, boleh campur sikit dengan air sebelum titis atas nasi.
  • Dah siap letak warna boleh nasi gembur biar bercampur.

 Cara-cara untuk acar:

  • Timun kupas kulit jarak-jarak kemudian cakar dengan garfu.
  • Belah 2 timun dan hiris nipis. Biji tak perlu buang.
  • Nenas kupas kulit dan hiris halus.
  • Bawang besar dan cili padi (kalau nak kurang pedas boleh ganti dengan cili besar) hiris nipis.
  • Untuk rasa masam kita boleh guna cuka makan, limau nipis dan lemon. 
  • Masuk semua bahan potong, gula, garam dan jus lemon dalam mangkuk.
  • Gaul sebati kemudian simpan dalam peti sejuk sebelum hidang.

Tip:

  • Cawan untuk sukat tak kisah besar mana, janji cawan yang kita sukat beras tu kita guna cawan yang sama untuk sukat air.
  • Untuk tumisan, kalau nak guna mentega semuanya atau minyak sapi semuanya tak nak campur pon boleh. Minyak sapi ni lebih aroma dan wangi.
  • Untuk sukatan cecair 1 cawan beras bersamaan 1 setengah cawan cecair (susu cair dan air). Kalau 3 cawan beras maknanya 4 setengah cawan cecair (susu cair dan air).

Bahan bahan

  • Ayam direbus
  • 1 ikat daun bawang potong potong
  • 2 inci halia ketuk
  • 5 biji bawang putih katuk
  • 1 ikat daun ketumbar
  • Stok ayam
  • Ayam 1 ekor digaul dengan garam
  • Air untuk rebus ayam ( ayam mesti tenggelam dalam air rebus tu ye )

Nasi

  • Beras 3 pot
  • Halia 1inci diblend halus
  • Bawang putih dikisar halus
  • Stok ayam 
  • Minyak masak untuk menumis
  • 2 suka makan majerin
  • Air rebusan ayam secukupnya
  • Garam
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • Ezoic
  • Ayam Goreng (jika mahu)

Ayam

  • 2 sudu besar kicap soya pekat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar madu
  • Sambal lada
  • Lada besar 5 biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • Halia 1 inci
  • Cuka
  • Garam
  • Stok ayam
  • Ezoic
  • Sos halia
  • Halia 1 inci kisar hancur
  • Bawang putih 3 ulas kisar halus
  • Daun bawang sepohon dihiris nipis
  • Minyak jagung panas
  • Garam
  • Stok ayam
  • Minyak bijan sesudu

Cara Cara Memasak

  • Ayam Rebus
  • Rebus semua bahan diatas sehingga menggelegak .
  • Masukan ayam pastikan tenggelam ye. Tutup api biar 5 minit.
  • Angkat ayam tu letak tepi.
  • Panaskan air rebusan tadi semula sampai menggelegak masukkan ayam tu semula.
  • Ulang ulang proses ni sehingga ayam tu betul betul masak dan lembut.
  • Setelah ayam masak sapu kulitnya dengan minyak bijan juga kicap cair soya 

Nasi

  • Basuh beras dan di tos kering.
  • Tumis bahan yang dikisar halus sehingga naik bau wangi.
  • Masuk semua bahan yang ada.
  • Beras digoreng sehingga kering airnya.
  • Tutup api masukan di dalam periuk nasi masukan air rebusan ayam.
  • Masak seperti biasa.
  • Ayam Goreng
  • Perap selama setengah jam
  • Goreng sehingga kekuningan dengan api perlahan untuk jaga kulitnya supaya cantik 
  • Sambal Lada
  • Kisar semua gaul dan perasakan ikut cita rasa 

Sos Kicap

  • Ambil lebihan perapan ayam tadi
  • Masak seketika dan curah atas ayam yang siap di goreng.
  • Sos halia
  • Campurkan semua bahan kecuali minyak jagung.
  • Panaskan minyak jagung curah atas bahan yang siap di gaul tadi. Kalau guna periuk nasi eletrik biasa, rendam beras anggaran 15 minit, jangan lama. Kalau guna pressure cooker tak perlu langsung rendam beras.
  •  Resipi ini adalah resipi Che Nom

NASI AYAM

Bahan bahan

  • 1 ekor ayam digual dengan garam

        Air untuk rebus ayam ( ayam mesti tenggelam dalam air rebus tu ye )

  • 1 ikat daun bawang  
  • 2 inci halia ketuk
  • 5 biji bawang putih katuk
  • 1 ikat daun ketumbar
  • Stok ayam
  • Nasi
  • Beras 3 pot
  • Halia 1inci ditumbuk  halus
  • Bawang putih ditumbuk halus
  • Stok ayam 
  • Minyak masak untuk menumis
  • 2 sudu besar  majerin
  • Air rebusan ayam secukupnya
  • Garam
  • 2 sudu besar minyak bij
  • Ayam Goreng (jika mahu)
  • Ayam
  • 2 sudu besar kicap soya pekat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar madu
  • Sambal Lada
  • 5 biji lada besar 
  • 3 ulas bawang putih 
  • I inci halia 
  • Cuka
  • Garam
  • Stok ayam
  • Sos Halia
  • 1 inci halia  blend hancur
  • 3 ulas bawang putih blend halus
  • Daun bawang dihiris nipis
  • Minyak jagung panas
  • Garam
  • Stok ayam
  • Minyak bijan 

Cara Cara Memasak

Ayam 

  1. Rebus semua bahan di atas sehingga menggelegak .
  2. Masukan ayam pastikan tenggelam ye. Tutup api biar lima minit.
  3. Angkat ayam dan letak tepi.
  4. Panaskan air rebusan tadi semula sampai mengelegak masukkan ayam tu semula.
  5. Ulang ulang proses ni sehingga ayam tu betul betul masak dan lembut.
  6. Setelah ayam masak sapu kulitnya dengan minyak bijan juga kicap cair soya .

Nasi

  1. Basuh beras dan ditos kering.
  2. Tumis bahan yang dikisar halus sehingga naik bau wangi.
  3. Masuk semua bahan yang ada.
  4. Beras digoreng sehingga kering airnya.
  5. Tutup api masukan di dalam periuk nasi masukan air rebusan ayam.
  6. Masak seperti biasa.

Ayam Goreng

  1. Perap untuk 30 minit 
  2. Goreng sehingga kekuningan dengan api perlahan untuk jaga kulitnya supaya cantik.

Sambal Lada

  1. Kisar semua gaul dan perasakan ikut cita rasa

Sos Kicap

  1. Ambil lebihan perapan ayam tadi
  2. Masak seketika dan curah atas ayam yang siap di goreng.

Sos Halia

  1. Campurkan semua bahan tu kecuali minyak jagung.
  2. Panaskan minyak jagung curah atas bahan yang siap di gaul tadi. 
Sedia untuk dihidang. Sumber Internet

Related posts

Mutiara Kata Untuk Berjaya

admin

Bebaskan Diri Daripada Dermatitis Atopik Dan #Uncoverlife

admin

Khasiat Buah Kurma & Keistimewaan Kurma Ajwah

admin

Leave a Comment