Dalam kehidupan, setiap individu memainkan pelbagai peranan pada masa yang sama; individu mungkin mendapati diri mereka berperanan sebagai seorang pelajar atau seorang anak, bagi orang dewasa pula sibuk bekerja dan menjadi ibu bapa. Menggalas tanggungjawab yang pelbagai ini sememangnya mendatangkan tekanan, dan cabaran itu ditambah pula dengan tugas rumah yang tidak dapat dielakkan seperti mencuci pakaian. Jadi, untuk mengurangkan tekanan, ramai orang beralih kepada penyelesaian seperti muzik atau urutan, tetapi tahukah anda bahawa deria bau kita juga dapat membantu kita berasa lebih tenang? Dengan gabungan wangian yang sesuai, kita mungkin dapat mengurangkan tekanan, lantas meningkatkan mood ceria kita.
TOP, jenama detergen No. 1 di Malaysia* terus melabur dalam penyelidikan dan kemajuan dalam usaha mencari penyelesaian bagi isu-isu pencucian pakaian demi kesejahteraan pengguna dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik, melalui inovasi dan penemuan terbaharu. Kini, anda dapat membangkitkan mood ceria anda dengan serbuk detergen TOP! TOP Magical Infusion adalah serbuk detergen revolusioner yang mengubah pengalaman cucian pakaian anda menjadi pengalaman yang ajaib dan membawa anda ke dunia yang menakjubkan lagi mengagumkan.
TOP mementingkan kajian demi pengguna secara mendalam dan terima kasih kepada Lion Corporation Japan atas sokongan teknikal termaju mereka, hasilnya telah terbukti bahawa TOP Magical Infusion berjaya memenuhi jangkaan pengguna untuk memberikan kegembiraan, kesegaran dan berpuas hati setelah penggunaan produk tersebut (Penyelidikan Pengguna 2023). Menampilkan dua jenis teknologi unik daripada Lion Corporation Japan, wangian TOP Magical Infusion yang menaikkan semangat secara berkesan dapat membangkitkan mood dan merangsang deria anda:
- Mood Science Tech: Haruman bunga premium yang halus namun kaya membangkitkan perasaan gembira dan yakin;
- Bloom Sense Tech: Apabila fabrik digosok, wangian semerbak yang menakjubkan akan dikeluarkan dan menghasilkan kesan tahan lama yang membantu anda berbau harum dan yakin sepanjang hari.
Salah satu keistimewaan unik TOP yang paling terkenal adalah Advanced Micro Clean Tech, yang berkesan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya (termasuk SARS-CoV-2 – yang mengakibatkan COVID-19, Coxsackie dan Influenza A) dan bakteria**.
Formulasi Jepun berbilang teknologi ini berfungsi serta-merta apabila bersentuhan dengan fabrik, mengunci dan menyingkirkan virus dan bakteria ini daripada pakaian dengan satu cucian yang berkuasa:
• Anti-Microbial Tech menyingkirkan 99.9% virus serta bakteria** melalui efek sinergi pelbagai agen aktif yang mengelilingi sel-sel berbahaya ini dan menariknya dari fabrik untuk perlindungan optimum;
• Anti-Sebum Tech menarik keluar kesan peluh, minyak badan dan kotoran terperangkap untuk pembersihan menyeluruh.
• Anti-Malodour Tech menghapuskan bakteria penyebab bau bagi memastikan tiada bau hapak walaupun dikeringkan di dalam rumah. • Anti-Mite Dust Tech menyingkirkan 99.9% debu hama yang menyebabkan alahan tanpa memerlukan air panas.